iklan

Followers

Pages

Sunday, 29 April 2012

Maaflah ye! Terpaksa 'Unfriend' awak!

Aku terpaksa 'Unfriend' dua orang dari 'Friendlist' facebook aku hari ini sebab mereka menggunakan bahasa yang aku memang sangat 'allergic' mendengar atau membacanya iaitu 'ba alif ba ya'. Serius aku susah sangat nak sebut perkataan tu. Kalau ada anak aku yang menyebut memang aku sumbatkan mulut dia dengan cili. Tak kiralah cili api, cili besar atau pun cili sos. Tapi kalau orang lain tu aku biarkan sajalah. Lainlah kalau aku berupaya menegurnya.

Insan yang aku 'Unfriend' tu seorang lelaki dewasa yang sudah berumahtangga dan kelihatannya baru mempunyai seorang anak kecil yang masih bayi. Agak terkejut aku bila melihat dia juga bekerja buat jualan hampir sama seperti aku. Hebat juga pencapaiannya dalam bidang jualan itu. Pastinya setiap hari dia akan berjumpa dengan pelanggannya sama ada baru mahu pun yang lama. Maka sudah tentu dia juga pernah belajar di syarikatnya agar bijak berbahasa dengan para pelanggannya dan elakkan menggunakan bahasa sebegini.

Biar pun mungkin ada sesuatu yang mengganggu perasaan atau menyakitkan hati dari pelanggan, bahasa begini agak keterlaluan bagi aku. Takut aku nak jadi pelanggannya kalau terbaca luahan kemarahannya itu. Memang luahan kemarahannya bukan diniatkan pada para pelanggannya tetapi aku yakin tentu ada antara kelompok yang dibencinya itu merupakan pelanggannya juga. Boleh jika mahu tidak bersetuju tetapi janganlah mencarut.

Seorang lagi seorang anak gadis remaja yang memaki hamun teman sebayanya dengan perkataan yang sama, kira bergaduh dalam facebook le. Berlarut-larutan pula tu. Dia menuduh dan temannya pula menafikan. Tak tahulah aku siapa benar siapa salah. Tapi memang memalukan bila bergaduh dalam facebook dan ramai orang yang membacanya.

Apa nak buat, anak gadis ini baru berusia 13 tahun. Masih belum matang lagi. Cuma aku tak berapa faham mengapa ibu bapanya tak pantau facebook anaknya. Janganlah kita mengaibkan diri sendiri dan orang lain dengan sikap bergaduh dalam facebook seperti ini.

Sebagai ibu bapa eloklah pantau facebook anak-anak sekali-sekala agar mereka tidak keterlaluan. Aku pernah 'delete' satu group yang anak aku 'like' sebab ada gambar-gambar kartun yang agak seksi "Sorry ye! Mama delete group ni. Seksi sangatlah kartunnya! Tak sesuai!".

Aku tak mahu nak copy paste pergaduhan mereka di sini. Cukuplah aku katakan sangat 'annoying' maki hamunnya. Rasa nak menyampuk saja "Bila korang habis nak bergaduh kat sini?". Tapi segarang-garang aku dengan anak-anak sendiri, tak tergamak aku nak garang dengan anak orang lain. Jadi aku 'Unfriend' kan saja. Bukan mereka perasan pun dengan tindakan aku.

Membaca facebook hari ini memang agak merimaskan kerana banyak kata-kata pedas, kemarahan akibat BERSIH 3.0. Siapa pun yang kalian sokong, janganlah sampai putus saudara. Bergaduh sesama Islam, adik-beradik, suami isteri, ipar duai, jiran-jiran dan rakan sekerja.

Semua orang ada rasa marah dan tak puas hati, tapi sangat tak manis guna bahasa mencarut di laman sosial sebegini.

Bila tak suka biasanya aku biarkan saja mereka dengan status-status yang agak panas atau pedas. Cuma bila terasa kerap terganggu sangat barulah aku 'Unfriend' tanpa salam. Suka hati dialah nak taip apa lepas ni asal tak keluar lagi di 'home' aku.

Agak-agaklah kalau nak marah pun!

Friday, 27 April 2012

Model tudung yang syok sendiri... Sabar je!

Jealous pulak tengok patung tu pakai, comel betul. Teringin juga nak cuba. Tapi bila aku pakai rasa macam pipi tu montel pulak. Tak mengapalah walau tak berapa comel. Umur makin meningkat, begitulah perubahan wajah kita juga. Kalau nak maintain macam umur 20-an, terkejut pulak orang nanti.

Ini warna kegemaran kakak aku, Puan Zarina

Tudung warna hitam ni pula aku cuba pakai setelah rakan aku kata nak tengok 'real person' pakai. Kalau OK, dia nak beli. So aku dah pakai ni harap-harap dia berkenan le dengan tudung ni.

Pilihan kawan aku, Puan Salmi

Ada banyak lagi warna lain yang cantik. Yang aku pakai ni cuma 2 layer, ada juga dibuat 3 layer. Macam kek pulak berlayer-layernya. Memang cantik dan murah pula tu. Datang sekali dengan brooch. Nampak eksklusif je!

Kalau nak intai-intai lagi tudung ni boleh le tengok di link ni ; 

Eqbal Zack dan FCC Farmasi Colour Cosmetics di UPM

Petang semalam kakak call aku, suruh jadi jurujual katanya. Amboi! Esok pagi nak suruh aku jadi jurujual, petang baru nak call. Nasib aku tak apa-apa appointment pagi tadi. Katanya pukul 8 pagi dah mula tapi pukul 9.30 pagi baru aku sampai ke situ.

Susah sikit aku ni nak keluar awal pagi sebab kenalah masak untuk lunch anak-anak balik sekolah nanti, menyidai kain dan pastikan baju untuk ke sekolah ugama siap bergosok.

Kakak aku ajak aku join dia di kaunter sementara FCC Farmasi Colour Cosmetics. Biasalah, aku pun memang suka nak join. He..he.. suka bab promosi produk make-up dia ni. Walau tak berapa pandai pun aku redah aje asal banyak dapat bantu dia buat jualan.

Maka pengalaman itu sangat penting. Bukan maksud aku pengalaman menjual tetapi pengalaman aku menggunakan produk make-up yang kakak jual. Bila guna, aku rasakan keselesaannya maka aku dapat sampaikan rasa bagusnya produk ini pada pelanggan dengan hati yang ikhlas dan yakin.

Seronok tengok bila ada yang berkunjung ke kaunter sebelum tu tanpa secalit pun make-up, kemudian beredar dengan wajah berseri walau pun hanya sapuan foundation, bedak, blusher, eye shadow dan lipstik yang nipis. Sikit je kakak aku touch-upkan pada wajah pelanggannya tapi cukup untuk menaikkan seri wajah mereka. Boleh tahan juga jualannya.

Pun juga aku jadi tukang tambah menulis nama blognya di http://beautyfarmasi.blogspot.com/ jika ada yang ingin membeli secara online kalau stok make-up mereka dah habis. Senang je kan nak membeli make-up dengan kakak aku. Sempat juga promote blog tudung adik aku Asterisk Boutique.

Kakak aku buka kaunter di UPM, Fakulti Kejuruteraan. Ada mesyuarat PERMATA UPM dengan ahli yang datang melebihi 300 orang. Meriah jugalah tadi. Malangnya tiada gambar.

Bestnya bila abang ipar aku pun ada sama, turut menyokong isterinya iaitu kakak aku di kaunter. Tolong kira duit, tolong angkat barang, tolong ambilkan air untuk kakak aku. Hari ini kira dia cuti untuk tolong kakak akulah. Bekerja sendiri, cuti apply sendiri le. Gelihati aku tengok dia mengira duit, lajunya macam pegawai bank je.

Aku sempat call Eqbal, blogger glamour yang merupakan pensyarah di UPM, tapi dalam fakulti perubatan. Manalah tahu kalau dia ada, boleh juga jumpa. Sayangnya dia ke Trengganu.

Eqbal sedang rancak mempromosi blognya untuk di undi. Poster ni aku cilok dari blog Khairi dalam sokongan padu untuk Eqbal Zack, klik SINI.... ada video lagi untuk Eqbal dan cara-cara nak undi.


Eqbal kata masih kekal ranking 1 dalam kategorinya. Jom pakat-pakat kekalkan rankingnya.

Boleh vote dari facebook dan twitter... hari-hari vote tau! Cara-cara kat SINI.

Agak-agak kalau aku letak blog FCC Farmasi Colour Cosmetics aku ni dalam kategorinya tersendiri, sudi tak korang vote? Sampai 13 Mei 2012 je lagi. Tak pun blog tudung adik aku Asterisk Boutique.

Jangan buang masa, jangan bazir duit!

Buang masa je!

Thursday, 26 April 2012

Keluarga sakit, tinggalkan dulu kerja tu!

Bila terlalu memikirkan kerja berbanding keluarga yang sedang sakit. Kerana itu dulu aku sanggup bergaduh nak cuti dengan ex-boss kalau anak aku demam. Kerja penting untuk meneruskan hidup tetapi boleh kita cari ganti jika hilang. Tapi ahli keluarga jika hilang tiada galang gantinya. Janganlah jadi hamba kerja.


Alfatihah... status teman fb aku.

Ego dan 'brainstorming', ada kaitan?

Kita sangat benci orang lain bersifat ego yang sering kita maksudkan sebagai pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mungkin juga menyalahgunakan kuasa veto yang ada untuk menidakkan keputusan atau pendapat insan yang berada dalam kelompok kehidupannya.

Namun tanpa kita sedar kerap juga kita bersifat demikian yakni turut ego dalam beberapa perkara. Kita hanya tahu keputusan dan pendapat kita sahaja yang betul dengan melihat situasi yang hanya nampak di mata kasar kita. Kita tidak cuba melihat dengan mata hati dan memahami masalah yang mungkin dialami oleh pihak lain hingga memaksanya tidak sependapat dengan kita.

Tidak perlu kita melihat jauh keluar, cukup hanya kita lihat perkara yang berlaku di dalam rumah kita.

Bila anak meminta wang PIBG, yuran dan apa-apa jua kos untuk urusan sekolah, dengan segera kita marah, melenting dan cuba menyalahkan pihak sekolah. Bukan pihak sekolah yang ingin aku katakan kerana itu bukan masalah yang ingin aku katakan di sini. Aku hanya ingin memberitahu tentang anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.

Anak-anak menjadi perantara untuk meminta wang itu dari ibu bapa untuk diserahkan kepada guru. Mereka diarah oleh guru untuk berbuat demikian dan bila terlewat membayarnya mungkin juga menjadi mangsa amarah si guru. Malang sekali bila si anak memintanya dari ibu bapa, dia juga dimarah oleh ibu bapa yang merasa tidak wajar dengan jumlah bayaran yang dirasakan membebankan.

Kasihannya si anak merasa bingung bila dimarah oleh guru dan ibu bapa sedangkan dia terpinga-pinga di tengah-tengah. Tak tahu nak berkata apa dan nak mengadu pada siapa. Kalau pendek akal, mulalah ada yang buat perkara yang bukan-bukan.

Takut juga kalau jadi macam kes begini, baca kisah 'Hanya kerana sehelai pakaian seragam'. Baca juga tentang 'Sifir bunuh diri'.

Kalau tak puas hati, pergilah bertanya terus dengan guru. Biarkan kita sebagai orang dewasa berurusan dengan orang dewasa jika ada masalah. Kalau tiada masalah, bukan masalah pun kirimkan wang melalui anak kita.

Sambil tu dapat juga kita nasihatkan pada anak "Lihat anak! Mahalnya nilai wang untuk ibu/ayah keluarkan agar kamu dapat belajar dengan tenang. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh agar wang yang dikeluarkan ini tidak terbazir begitu saja. Ada orang lain yang mungkin tidak mampu lansung nak mengeluarkan wang sebanyak ini."


Itu belum lagi bila anak meminta wang untuk kos persekolahan, kita menidak-nidakkannya pula. Tapi selepas itu elok pula kita membeli baju baru, jam tangan baru, beg tangan baru, kasut baru dan sebagainya untuk kegunaan sendiri. Beratus-ratus pula harganya. Berbelanja begitu lebih penting daripada perbelanjaan sekolah anak demi kepuasan diri sendiri.

Jangan kita fikir orang lain hanya tahu menyusahkan kita sahaja dengan tidak mendengar kata dan nasihat kita. Kadang kita sendiri patut mengkaji apakah kita juga sering menyusahkan mereka? Pernahkah kita cuba memahami apa yang sedang dan sering dilaluinya sehari-hari hingga mereka kelihatan seakan memberontak dengan kita.

Kita mungkin hanya tahu memberikan anak-anak kita wang dan kemewahan tetapi kita tidak sertakan dengan kasih sayang. Kasih sayang bukan sekadar berkata dengan bahasa yang lemah lembut tetapi bantu mereka menyelesaikan masalah yang kadang sukar bagi mereka yang masih remaja tetapi mudah bagi kita yang dewasa.

Adakalanya kita pula menyalahkan mereka walau dengan bahasa yang lemah lembut tetapi tetap menyakitkan hati. Nanti dia rasa "Bukan nak selesaikan masalah tapi menyakitkan hati pula!". Sertakan dengan pendapat untuk penyelesaian kerana kita sebagai ibu bapa antara orang yang paling rapat dengan anak-anak.

Kalau kita boleh amalkan 'brainstorming' semasa mesyuarat di tempat kerja, mengapa tidak di rumah atau dengan masyarakat sekitar kita. Apa 'brainstorming' tu... he..he.. search kat Google lah ye.

Aku kena belajar untuk menjadi pendengar yang baik dan sabar dengan masalah insan-insan yang aku sayang. Bukan untuk kita terus ikut apa yang diingininya tetapi dengar dan fikirlah dulu, kemudian barulah kita buat keputusan yang sebaik-baiknya. Apa yang sering aku lupa terus 'cantas' kata-kata mereka tanpa mendengarnya hingga habis dan hasilnya kadang mampu melukakan hati.


Jangan mengalah sebelum melangkah!

Adakalanya kita merasa putus asa walau pun belum melakukan sesuatu usaha yang sepatutnya kita lakukan. Kita telah pun meletakkan keputusan bahawa kita akan gagal biar pun langkah pertama belum kita ambil.

Seperti anak kita yang mungkin bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, hanya kegagalan yang terbayang di mata kita hanya kerana sejarah tidak pernah menunjukkan dia berjaya.

Jika kita sebagai ibu bapa terlebih dahulu menghakimi anak sedemikian, ianya memang menuju kegagalan. Doa ibu bapa sangat penting untuk anak-anak. Anak-anak berpotensi menjadi lebih rasa putus asanya berbanding ibu bapa yang beranggapan demikian. Syukur jika anak-anak menganggapnya pula sebagai cabaran yang mesti disahut untuk berjaya.

Siapalah kita yang layak menentukan keputusan muktamadnya. Ada yang berhempas pulas belajar siang dan malam pun masih tidak berjaya mendapat semuanya 'A' dalam setiap subjek. Ada juga yang belajar ala-ala kadar pun mendapat keputusan cemerlang. Tetapi jika tak belajar lansung memanglah cita-cita ingin mendapat keputusan cemerlang itu umpama angan-angan Mat Jenin yang tak berkesudahan.

Selagi masa masih ada hendaklah kita rancang dan laksanakan strategi-strategi yang sesuai agar ada kesan baik pulih pada anak kita. Kadang ada anak yang perlukan kita sebagai ibu bapa untuk mendorong mereka belajar, menyiapkan homework dan mengatur jadual kehidupan sehari-hari.

Sifat anak-anak itu berbeza-beza, ada yang pandai berdikari, ada yang perlukan bimbingan sedikit saja sudah memadai dan ada juga yang perlu kita tarik tangannya agar tidak hanyut dalam arus sifat malas.

Ingatkan anak-anak selalu bahawa bukan orang lain yang dapat menentukan kejayaan mereka melainkan hasil usaha mereka sendiri. Jangan biarkan orang lain memandang sinis padanya hanya kerana dia mendapat keputusan periksa yang teruk selama ini. Bangkitkan keyakinan diri mereka akan kehebatan positif tersembunyi yang mereka ada. Bantu mereka untuk mencarinya.

Jika ada halangan dan tentangan, terimalah ia dengan minda yang lapang dada. Mungkin belum masanya yang sesuai Allah memakbulkan doa kita tetapi usaha tetap kita teruskan.

Begitu juga kehidupan kita yang sering berdepan dengan cabaran dan masalah yang menyesakkan minda. Insyaallah ada penyelesaiannya, maka bertindaklah dalam pelbagai plan A, B atau C. Kreatif-kreatifkan minda untuk memikirkan jalan penyelesaiannya dan bangun untuk bertindak. Berfikir saja tanpa bertindak tidak memberi apa-apa makna.

Wednesday, 25 April 2012

Anak-anak cermin pada diri kita

Sendiri mau ingatlah kan.. he..he..



Kita hidup bukan semata-mata untuk diri sendiri

Hidup kita ini bukan sekadar individu atau sorang-sorang saja. Bukan hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri semata-mata. Perlu juga melihat kesannya pada orang lain atas tindakan kita. Dalam erti kata lain, jangan syok sendiri.

Kita hidup dalam kelompok masyarakat yang terdiri daripada jiran-jiran, rakan-rakan, adik-beradik dan tentunya juga suami, isteri dan anak-anak. Kepentingan mereka juga patut kita ambil kira jika ianya akan terganggu akibat perbuatan kita. Jika terpaksa diganggu, maka perlu juga mendapat ihsan dan rasa tolak ansur dari mereka.

Bak kata siri kartun 'Wonder Pets' ; "Apa yang penting? Kerjasama!".

Berkerjasama, bertolak ansur dan saling menyokong kerja-kerja yang baik itu dapat membina satu kelompok yang harmoni dan bertimbang rasa. Bukan hanya memikirkan kesusahan kita sahaja sedangkan bila kita memerlukan kerjasama di pihak yang lain, tidak sedikit pun kita memikirkan kesusahan yang bakal dialaminya.

Perkara yang mudah jangan pula kita susah-susahkan. Kadang yang susah juga menjadi mudah jika kita tidak terlalu berkira dan berlapang dada. Mudahkan saja jika memang itu yang terpaksa kita lalui atau tiada pilihan lain yang lebih bagus.

Contohnya bila ada jiran yang buat kenduri. Tentu saja akan sesak kawasan hadapan rumah kita dengan kereta yang akan parking sesuka hati oleh tetamunya. Jangan marah, jangan susah-susah! Lepaskan saja rasa yang tidak baik itu dan berlapang dada. Tidak mengapa, letakkan kereta kita jauh-jauh sikit agar mudah nak keluar jika kita memerlukannya. Bukan lama pun nak susah begitu, cuma sehari dua saja. Ini hari dia, nanti bagaimana pula kalau anak kita yang nak buat kenduri kahwin.

Jangan sesak-sesakkan kepala nak marah-marah, bermasam muka, berkerut dahi dek kerana tak puas hati. Adakalanya kita tak mampu mengawal orang lain untuk menurut kehendak kita dengan bersikap menentang. Kadang elok diturut dulu dan kemudian baru memberi pandangan kita.

Umpama anak kecil yang inginkan gula-gula dengan segera, maka sesuai dulu kita ikut rentaknya dengan bertanya "Ooo... adik nak gula-gula?". Tentu saja si kecil akan reda sekejap dari menagis sambil mengangguk.

Tambah lagi "Adik suka gula-gula yang begini?", kemudian pandai-pandailah kita nak putar-putarkan segala nasihat yang perlu untuknya. Kadang menjadi kadang tu tidak jugakan. Tapi itu lebih baik daripada terus menolak kerana sifat penolakan kita yang pertama itu boleh meninggalkan kesan dendam di hati seseorang walau pun anak sendiri.

Jadi kalau kita tak mahu marah-marah, tak mahu pening-pening eloklah kita jangan fikirkan susah kita saja. Ingat-ingatlah kalau kita juga ada buat orang lain susah dan dia rasa macam tu juga. Maka, redha je lah ye! Buanglah sifat pentingkan diri sendiri, saling menyokong dan bekerjasama itu sebaiknya. Nanti kita juga yang untung sebab hati pun tenang jadi kurangkan risiko dapat penyakit-penyakit darah tinggi, jantung akibat stress.

Monday, 23 April 2012

Be strong!



Bila masing-masing dah ego!

Gambar Google je!
Dia rasa dirinya betul, katanya kita yang salah
Mungkin dia memang betul

Kita rasa dia salah, kita aje yang betul
Mungkin dia juga salah

Habis siapa betul siapa salah?
Dua-dua tak mahu mengalah

Dia rasa dah sering mengalah
Kita juga rasa selalu beralah

Entah bila nak selesai masalah

Letakkan diri kita di tempatnya
Pandang dari sisi yang lain

Analisa perbuatan dan akibat
Analisa segala alasan yang diberi

Tak faham juga? 
Tak dapat aku nak menolong!

Tidak mengapa jika dia tidak peduli... biarkan!



Tidak mengapa merasa sedih akibat kecewa dengan si dia
Anggap saja ini hanya mainan dunia, cinta yang hanya sementara
Cinta padaNya juga yang kekal lama


Tidak mengapa menangis tersendu melayan rasa
Namun biarlah bersifat sementara luahan kesedihan
Mengadu padaNya lebih tenteram jiwa

Tidak mengapa si dia tidak memperdulikan diri kita
Anggap saja dugaan untuk kita perbaiki kelemahan diri
Allah tidak pernah memperdulikan kita

Tidak mengapa si dia membenci kita
Perhatikan pula di mana silapnya kita
Allah sentiasa sayangkan kita

Biarkanlah dia, biarkan dia menilai diri kita selama berpisah
Biarkan dia melayani perasaannya sendiri, biarkan!

Jangan kita pula yang tewas dengan kekecewaan
Jangan kita pula yang merosakkan diri sendiri

Teruskan kehidupan untuk menjadi lebih baik
Allah sentiasa mendengar luahan hati hambaNya
Kecewa dengan si dia bukanlah penamat kehidupan

Thursday, 19 April 2012

Tambahkan manis dalam senyuman


Gambar ni aku jumpa dari artikel di SINI.

Kurang-kurangkan gula dalam minuman. Amalkan minum air kosong itu yang bagus untuk kesihatan.

Manis dalam senyuman tak mengapa...


Woooo... anak saper senyum comey ni??? Inilah anak blogger Ben Ashaari... dah pandai senyum..


 Manis dalam senyuman yang ikhlas buat hati yang panas menjadi sejuk. Apatah lagi melihat senyuman si comel ni. Menggoda betul!

Wednesday, 18 April 2012

Kerja seperti aku boleh saja bagi yang bertudung, lagi bagus!

Muda lagi awek di sebelah kanan aku ni. Menyapa aku dari entry INI lansung membawa kepada pertemuan semalam. Agak pemalu orangnya. Asyik aku aje yang bercakap. He..he..

Terasa seperti pertemuan dengan anak saudara je! Maklum saja beza usia yang agak ketara aku dan dia, jarak usia hingga 18 tahun. Tapi terasalah aku muda bila dia panggil aku Kak Liza. Wahhh... perasannya.

Cepat ambil gambar kita Bella! Masuk blog nanti! Rakan aku yang ambil gambar di di pejabat tempat kerja aku, Public Mutual cawangan Bangsar.

Dah berjanji dengannya nak jumpa pukul 2.00 petang semalam. Tapi aku dah pesan dengannya agar tunggu hingga aku call baru keluar dari rumah sebab dia hanya perlu jalan kaki dari rumahnya ke pejabat ni dengan mengambil masa hanya 5-6 minit sahaja. Aku tak sangka, dia pun tak sangka juga akan lokasi pertemuan sedekat ini.

Inilah dia blogger comel yang aku panggil Bella yang menulis tentang diskriminasi mereka yang bertudung dalam mencari kerja di entrynya di SINI. Aku yang membaca pun terasa kecewa dengan situasi yang dialaminya. Sangat tidak bertamadun.

Tak mengapalah Bella, Insyaallah rezeki yang halal dan bermaruah itu ada di mana-mana. Jika berusaha, pasti kita akan jumpa nanti.

Berjumpa dengan tidak tahu apa-apa katanya tentang apa yang perlu dilakukan sebagai UTC (Unit Trust Consultant). Itulah tujuan perjumpaan kami berdua sebenarnya. Bertanya untuk mengetahui dan jika suka boleh teruskan. Jika tidak mahu, tidak mengapa. Aku memang suka berkongsi cerita dan ilmu setakat mana yang aku mampu.

Tidak mengapa jika tak tahu kerana kita boleh belajar sama ada dengan cara melihat, mendengar dan cuba melakukannya sendiri. Lama-lama pandailahkan. Siapa pula yang naik kereta akan terus pandai memandunya. Semuanya kena belajar dan kemudian kita rasainya sendiri sama ada ianya selesa dan serasi dengan kita.

Cepat atau tidak kita mahir juga tergantung pada diri kita. Jika mahu cepat, maka berusahalah dengan gigih mempelajarinya. Tetapi jika usahanya ala-ala kadar, maka itu jugalah yang kita dapat nanti.

"Tiada diskriminasi tudung di sini. Pakailah pakaian apa saja asalkan ianya SOPAN!", kata aku pada Bella.

"Tiada boss atau orang bawahan, hanya rakan seperjuangan yang perlu saling membantu dengan hati yang ikhlas dan saling menghormati! Bertanya jika ada masalah kerja di sini walau pun hanya nak bertanya bagaimana nak menulis tarikh pada borang client. Call boleh, SMS pun boleh! Jangan termenung lama di depan borang semata-mata 'confuse' nak mengisi atau segan nak bertanya", tambah aku lagi.

Macam biasa, Bella ni budak baik main angguk je sambil tersenyum dengan kata-kata makcik ini yang masih juga dipanggilnya Kak Liza. Teruskan memanggil dengan panggilan itu, aku suka!

"Kerja seperti aku ini umpama kaulah boss, kaulah juga kuli. Suka hati bila nak cuti, bila nak kerja, semuanya fleksibel. Cuma kalau nak berjaya lebih, buatlah kerja macam mereka yang bergaji tetap selama 8 jam sehari. Insyaallah hasilnya berganda-ganda dari mereka dan kadang diri sendiri tak sangka dan rasa nak pengsan dengan kejayaan sendiri", maka keluarlah kisah sendiri pada Bella seperti yang aku ceritakan dalam entry INI.

Insyaallah, kerja yang kita laksanakan dengan jujur, ikhlas dan tekun akan mendatang hasil yang berbaloi. Kerja apa pun ada waktu gembira ada waktu duka, yang penting kita enjoy!!

Comel je mereka ni bila pakai tudungkan :

Fazura

Lisa Surihani (Suri hati Yusri!)

Nora Danish

Siti Nurhaliza

Tiz Zaqyah
Copy gambar kat atas tu dari Google je...

Kalau ada yang nak cari tudung-tudung cantik buat pergi kerja, boleh pilih-pilih di blog Asterisk Boutique. Ini contoh 3 design je, ada banyak lagi kat blog tu. Murah dan berkualiti!



Tuesday, 17 April 2012

Balik tusyen nanti tumpang je lah sapa-sapa pun!

Ini kes anak-anak pergi tusyen anjuran pihak sekolah rendah pada hari Sabtu lepas. Kes terjadi pada rakan aku yang anaknya juga sebaya dengan anak aku.

Semasa dia mengambil anaknya pulang tusyen, rakan anaknya ingin menumpang untuk pulang ke rumah. Bukanlah menjadi masalah pun baginya untuk tumpangkan rakan anaknya itu. Sekali-sekala membantu pun dapat juga pahalanya.

Cuma dia rasa terkilan, geram dan hairan bila rakan anaknya kata ibu ayahnya pesan supaya tumpanglah sesiapa untuk pulang selepas habis tusyen. Biasalah pada hari Sabtu jarang sangat ada van sekolah yang bertugas.

Jika ibu bapanya benar-benar tak dapat nak ambil anaknya itu tak mengapa tetapi sebaik sampai di depan pagar rumah, kereta bapa budak tu ada je elok parking di rumah. Rakan aku ni saja nak melihat sama ada ibu bapa budak tu ada atau tidak maka dihantarnya budak tu terus ke pintu sambil memberi salam.

Wah... bapa budak tu sedang bersantai menonton TV. Seronoknya begitu tanpa perlu risau nak ambil anak balik tusyen atau tidak sebab mengharapkan orang lain yang akan hantar anaknya pulang. Rakan aku tak kata apa-apalah, sekadar senyum dan berlalu.

Dalam hatinya terasa benar-benar hairan. Tak rasa risaukah si bapa dengan keselamatan anak daranya? Kejadian menculik kerap berlaku di kalangan budak-budak sekolah. Jika salah tumpang, mungkin boleh hilang anaknya. Jika berjalan kaki seorang diri dan jauh pula tu, khuatir ditarik orang jahat dan bawa lari.

Bila dah hilang barulah nak menyesal dan nak menangis. Anak yang hilang sudah tentu ketakutan. Belum lagi kesakitan yang mungkin terpaksa diharungi andai didera atau dibunuh. Kita hanya merasa kesakitan di hati serta kesedihan akibat kehilangan anak atas kelalaian kita sendiri.

Pantau-pantaulah anak-anak kita. Alangkah yang kita perhatikan sangat pun boleh hilang, inikan pula yang dibiar-biarkan. Dengan senang hati saja si penculik melaksanakan misinya.

Monday, 16 April 2012

Rugi beli kereta mahal, lampu isyaratnya silap pasang wayar!

Ada orang tak tahu nak bezakan mana kanan dan mana kiri. Mungkin tahu tapi sering tersilap dan teragak-agak. Bagi yang beragama Islam tak boleh ada sikap tak tahu mana satu kanan atau mana satu kiri melainkan memang dia ada masalah hilang ingatan.

Mana boleh silapkan kalau makan tu, gunakan tangan kanan. Lebih-lebih lagi bila makan guna tangan secara terus yakni tanpa sudu, garfu mahu pun chop stick. Lagi sunat jika gunakan 3 jari saja untuk menyuap. Dalil? Carilah kat Google tu, mesti ada. Kalau aku silap, cepat-cepat bagitau.

Bila makan guna 3 jari dan ibu jari ni, teringat aku pada arwah bapa mertua aku yang sering jadikan ia sebagai amalan seharian. Alfatihah!

Nak suap makanan guna tangan kiri? Ramai rasanya yang rasa geli sebab itulah tangan kita gunakan untuk mencuci anggota tubuh selepas buang air besar atau kecil. Walau dah cuci bersih dan bersabun pun, rasa tak selesa tu tetap ada.

Bila berwudhuk pun sunat kita mulakan dengan anggota badan sebelah kanan dahulu. Dapat pahalakan. Memang anggota kanan kita sering dahulukan seperti juga bersalaman dengan tangan kanan. Pelikkan bila salam dengan tangan kiri dengan orang lain. Macam kurang sopan je.

Jadi, ada yang bermasalah nak bezakan mana kiri dan mana kanan?

Penting kita tahu bezakan mana yang kiri dan mana yang kanan terutama semasa memandu kenderaan, mengendalikan mesin-mesin di tempat kerja dan sebagainya. Jika tersilap maka kebarangkalian berlaku kemalangan juga mungkin ada. Kalau nyawa melayang memang sesal tak sudah.

Kesnya pagi ini aku mengekori sebuah kereta Hyundai yang cantik semasa menghantar anak ke sekolah. Lampu singnal ke KANAN dia nyalakan. Jadi aku buat keputusan nak berhenti di sebelah KIRI.

Tapi bukannya dia ke kanan pun. Dia berhenti di kiri jalan. Aku yang mengekori ni terkejut juga dan terpaksa berhenti jauh sedikit dari tempat yang aku rancang nak berhenti kalau dia tak ke kiri tadi. Sabar ajelahkan.

Masalah lagi satu dia berhenti tidak betul-betul di tepi bahu jalan dan agak ke tengah sikit. Aku terpaksa pula undur untuk berlalu sebab anak-anak aku dah pun keluar dari kereta lebih cepat dari anak-anaknya.

Selepas anaknya keluar, siap lambai-lambai pulak di tepi ibunya di bahagian pemandu. Siapa tak sayang anak, nak lambai pun perhati juga di depan takut ada kereta yang datang 'menyapu' pula anak kita yang melambai.

Aku terpaksa berhenti untuk biarkan anak dia berlalu dulu.

Ajarlah anak-anak turun di sebelah pintu yang tidak menghala ke jalan. Jika kita berhenti di bahu jalan sebelah kri, suruh semua keluar di sebelah kiri. Jika kereta berhenti di bahu jalan sebelah kanan, biasakan anak-anak turun di sebelah kanan sahaja. Takut kalau tak perasan kereta datang dari belakang dan melanggar semasa anak keluar di bahagian yang tak sepatutnya.

Bila anak-anaknya dah berlalu, kereta Hyundai ni pun mula bergerak dengan bagi lampu signal KANAN. Lagi sekali dia buat pening belok ke simpang KIRI. Apa masalah dia ni?

"Kalau dapat ambil gambar ni cantik!", kata aku pada anak lelaki di sebelah aku. Nak hantar dia ke sekolah menengah pula.

Tapi tak dapat nak tangkap gambar pun. Jadi aku copy gambar dari Google sajalah.


Takkanlah kereta canggih macam ni ada masalah silap litar/wayar lampu signalkan. Manalah tahu kalau memang dia nak bagi isyarat kanan tapi lampu kiri yang menyala. Harap dapat bawa kereta tu pergi servis. Pakai kereta Kelisa buruk macam aku pun ok je, tak ada masalah dengan lampu signal (Riak betul aku ye!).

Macam kecil je masalah ni, tapi fikir-fikirkanlah. Sikap sambil lewa kadang mengundang padah yang buat kita menyesal seumur hidup.

Sunday, 15 April 2012

Allah tarik rezeki yang itu tapi ganti dengan yang lain.. syukur!

Allah memang sering menduga kita. Cuma kita yang sering terlupa atau saja buat-buat lupa, akulah tu. Membaca entry teman baik, Hanis Azla dengan tajuk 'Pengajaran buatku..' memberi kesimpulan bahawa adakalanya Allah duga kita dengan perkara yang kita tidak suka. Malah dugaan itu tidak seberat mana pun yang sebenarnya nak mendidik kita agar lebih bersabar. Dugaan yang sebenarnya hendak menyelamatkan kita dari perkara buruk yang lain.

Kita tidak tahu rahsia takdir Allah, namun kita hendaklah berusaha agar takdir kita menjadi kisah yang baik, gembira dan menguntungkan. Jika pengakhirannya masih mengecewakan, kita kenalah redha. Itulah yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Islam.

Dugaan yang Allah berikan kadang menutup hati kita untuk melihat kebaikan di sebaliknya. Tindak balas yang selalu aku berikan sering mengarah kepada kesalan, marah dan kecewa. Aku sering terlupa dan selalu begitu.


Gambar yang aku jumpa di facebook rakan baik abang kandung aku semasa di sekolah rendah ini juga memberi pengertian yang sangat mendalam. Tentu hubby aku setuju sangat dengan kata-kata ini kerana aku ini kadang jenis yang sukar mendengar nasihat. Maka rendah-rendahkanlah hati menerima nasihat dan teguran yang baik dari orang lain, biar pun kita rasa orang itu tidak layak menasihati kita. Tapi siapalah kita nak menilai kemuliaan seseorang itu di sisiNya, hanya Allah s.w.t.

Berjumpa dengan seorang client secara tak sengaja di KL Sentral minggu lalu membawa kepada temujanji lain semalam di Alamanda, Putrajaya atas dasar kerja aku sebagai UTC (Unit Trust Consultant).

Seperti ada keserasian antara aku dengannya yang bagaikan sudah kenal lama. Kisah anak-anak menjadi topik utama berbanding kisah tentang Unit Trust. Itulah yang berlaku bila dia yang punya anak 4 orang dan aku pula ada anak 5 orang bertemu. Usia anak-anak pun masing-masing masih bersekolah, macam padan aje. Ditambah pula suaminya juga suka memasak seperti hubby aku bila ada masa terluang.

Asalnya aku cuma menyapa untuk bertanya "Kak! Betul ke tunggu train ke Putrajaya kat sini?". Aku nak balik dari KL ke Putrajaya menaiki ERL. Puncanya kerana dari awal pagi lagi aku tak mahu bersesak menaiki komuter balik ke Bangi di waktu petang.

Bila dia bertanya aku kerja di mana, barulah aku menjawab yang aku bekerja di Public Mutual. Risau juga nak beritahu, takut kalau-kalau dia tak selesa pula nanti. Maklum sajalah, ada orang mengelak untuk bercakap dengan 'Sales person' macam aku ni. Takut kalau aku 'promote' produk pula nanti.

Dalam train duduk sebelah-menyebelah je. Ramah dia bercerita tentang anak-anak dan aku pun suka mendengarnya. Saja nak cungkil rahsia bagaimana seorang ibu mendidik anak-anaknya. Boleh juga aku ikut mana-mana yang baik dan sesuai. Mudah tersenyum dan ketawa juga, macam aku juga agaknya.

Sampai di Putrajaya, sama-sama jalan beriringan nak bayar duit parking di mesinnya. Kalut dia mencari beg duit. Rupanya tertinggal di pejabatnya. Dia naik ERL tadi guna kad Touch 'n' Go ye. Selepas aku bayar duit parking aku, aku hulurkan lebihan syiling padanya. RM2 je "Liza belanja akak!".

Mulanya dia nak call suaminya, tapi aku kata padanya jangan susah-susahkan perkara yang mudah. Jangan sebab tak dapat nak bayar parking yang cuma RM2, berjam-jam pula dia nak tunggu suaminya datang. Syukur aku ada RM2 untuk aku hulurkan padanya.

"Nanti akak bayar balik ye!", katanya pada aku.

"Ish! Tak payahlah kak! RM2 je, kalau RM200 memang Liza minta balik!", he..he..

Niat aku memang nak membantu dan aku mampu pula masa tu. Jadi berikan saja. Sebenarnya ia memberi kepuasan dan kelegaan pada diri aku bila mampu meringankan masalah orang lain, setakat yang aku mampu. Apalah sangat RM2 nak dibandingkan dengan rezeki yang Allah dan beri pada aku dan banyak pertkara-perkara lain yang aku bazirkan dengan jumlah yang lebih besar.

Namun perjumpaan susulan semalam membuatkan aku tersentak dan bersyukur sangat-sangat dengan sesuatu yang aku tidak duga lansung. Benar-benar aku tak menyangka dengan jumlah yang dia setuju untuk laburkan dengan aku dari wang EPFnya. Siap berikan juga penyata EPF milik suaminya. Cukup untuk aku katakan komisyen yang bakal aku terima dalam RM1K lebih sikit.

Urusan dengannya juga sangat mudah dan sempoi. Dia juga yang belanja aku makan, padahal aku yang mengajaknya. Adoiii... naik segan pulak aku.

Berjumpa dengan client wanita lebih mengujakan aku sebenarnya sebab banyak lagi perkara lain yang dapat dikongsi. Bila aku bercerita tentang Youtube Ustaz Azhar yang aku uploadkan dalam entry 'Bertudung tapi dok tutup aurat', timbul pula ceritanya tentang ceramah yang sering diadakan di KLCC pada hari Isnin, tengahari. Boleh juga lapang-lapangkan masa untuk mendengar sama.

Memandu pulang ke rumah dengan hati yang sangat terharu. Rasa nak menangis pun ada. Kalau hubby baca ni tentu dia ketawakan aku. Maklum saja aku ni agak degil sikit bab-bab syahdu ni.

Terharu sangat bila memikirkan beberapa hari yang lepas dan minggu-minggu yang lalu aku sedih bila aku terlepas beberapa peluang dek kerana sibuk dengan masalah sendiri. Tapi tiba-tiba Allah ganti dengan rezeki yang berganda lebih daripada peluang yang aku terlepas tu. Allah beri juga aku seorang client dan sekali gus menjadi teman yang sangat sederhana dan penyayang sifatnya.

Apa yang aku pelajari? Lakukan tugas kita dengan ikhlas dan jujur. Tidak mengapa jika ada perkara yang dulu milik kita tetapi kemudian ia pergi begitu saja atau ada yang tidak singgah pun menjadi milik kita. Belajarlah bersabar dan jangan cepat melatah. Bersyukur dengan segala apa yang kita miliki, bukan dengan kata-kata tetapi tunjukkan dengan apa yang sepatutnya kita amalkan sebagai hambaNya.

Berkata itu mudah, melaksanakan mungkin agak sukar tapi aku kenalah berusaha.

Sampai rumah terus cium pipi hubby dan kongsikan cerita dengan anak-anak. Terima kasih juga pada mak, kakak, adik, abang-abang dan ipar-ipar aku yang sentiasa memberi sokongan pada aku selama ini. Rakan-rakan semua tentulah tak lupa yang terus menyuntik semangat buat aku.

Note :
Ada yang nak kerja macam aku ni? Boleh rujuk entry aku yang ini, 'Aku pun nak offer jawatan kosong, sapa mau?'.

Saturday, 14 April 2012

Bertudung tapi dok tutup aurat

Terima kasih cikgu Naida kerana kongsikan gambar 1001 makna di facebook.

Ustaz kata "tak wajib pakai tudung, wajib tutup aurat"...

Dengarkan... best ni!!

Friday, 13 April 2012

Aku pun nak offer jawatan kosong, sapa mau??

Intai-intai blog si ibu penyayang ni. Ada buah hati bernama Kopi... eh! Bukan minuman ye! Tapi seekor kucing yang comel, hinggakan suaminya pun cemburu. Baca kat SINI.

Tapi bukan itu topik utamanya, cuma tertarik dengan iklan jawatan kosong di blognya ini, klik 'Jawatan Kosong'. Ada 3 jawatan yang ditawarkan di situ.

Aku pun ada jawatan kosong juga nak offer kat korang semua, cuma perlu :

1) Minimum SPM, 4 subjek lulus dengan BM/BI atau Maths kredit mana-mana dua daripadanya.
2) Umur minimum 21 tahun.
3) Part time atau full time

Nak jadi apa? Unit Trust Consultant le... Kalau nak, boleh pm aku kat facebook di SINI.







Basic gaji? Tak ada basic gaji pun. Alamak! Takut ni kalau tak ada basic yang minimum. Berapa gaji yang korang nak, tentukan sendiri. Modal tak ada pun, bukan kena beli barang pun.

Apa yang aku boleh kata, gaji unlimited/tidak terhad ikut usaha masing-masing. Bagi aku kerja ni mudah untuk aku yang sibuk dengan kerja-kerja di rumah, hal-hal sekolah anak-anak. Waktu kerja yang fleksibel. Sendiri kuli, sendiri jadi bos, sendiri mau cuti.. he..he..

Kalau dulu kerja 8 jam di pejabat, sekarang 3-4 jam je sehari. Itu pun selalu juga aku mengelat cuti sendiri pada hari Isnin dan Jumaat. Sabtu dan Ahad confirm aku cuti. Tapi aku mampu dapat gaji yang lebih daripada kerja aku sebagai Assistant Engineer dulu. Jika aku betul-betul kerja 8 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat, boleh lawan gaji big boss lama aku..he..he..

Tak kisahlah berapa punkan. Kalau nak tahu lebih, kenalah jumpa aku dulu. Kita sembang-sembang pasal ni. Nak buat part time boleh, full time pun boleh. Pandai-pandailah nak uruskan. Aku boleh tolong bagi panduan dan dorongan saja.

Thursday, 12 April 2012

Eh! Aku jadi testimoni rawatan muka teknik Laser Brightening

Tengahari tadi aku lunch di restoran UK atau nama penuhnya Restoran Sup Urat Keting. Boleh 'like' fb page dia kat http://www.facebook.com/pages/RESTORAN-SUP-URAT-KETING/366300658225.

Memang restoran favorite anak sulung aku, Aishah sebab suka sangat dia dengan sambal sotongnya yang sedap. Bila aku tanya nak makan kat mana, laju je jawapnya nak ke UK.

Baru aje aku nak makan ada pelayannya yang menegur aku "Kak! Akak ada buat rawatan brithening ke?".

"Ah! Sudah!", kata hati aku. Sambil tersenyum aku tanya dia semula "Nampak kat mana?".

"Dalam facebook le, saya perasan memang muka akaklah!", jawapnya yang memang dah biasa menegur setiap kali aku datang ke situ.

"Betullah tu! Ooo... dah keluar rupanya!", cuak jugakan. Bagaimanalah rupa aku yang selekeh tu.


Ni dia gambar aku yang dia nampak tu. Wajah tanpa secalit make-up pun bagi yang BEFORE dan AFTER. Ada beza tak antara kedua gambar ini? Gambar AFTER lagi ok rasanya. Aku curi gambar dari SINI.

Apa yang aku rasa selepas rawatan :

- Kedutan di dahi aku berkurangan. Maklum saja aku ni dah pun mencecah usia 39 tahun. Jenis yang tak ambil berat sangat pasal rawatan muka. Cuci muka asal sempat dan guna apa produk yang aku boleh capai je. Toner atau pelembap pun sapu bila ada mood aje.

- Paling suka bila sembab bawah mata dan 'gemuk' di pipi yang hampir dengan hidung juga berkurangan. Terasa wajah tu nampak segar sikit... perasan sikit.

- Perasan tak bentuk wajah aku terbentuk sikit di bahagian dagu dan pipi. 'Slim' sikit.

Aku buat rawatan di Shena Aroma Spa menggunakan teknik urutan laser brightening. Sangat selesa dalam masa 1 jam sahaja. Produk Dermatics yang digunakan berasaskan air sangat selamat dan menyegarkan wajah.

Rawatan yang best sangat ni aku suka kongsikan dengan semua. Jika ada yang nak cuba, telefon je pemilik spanya yang comel, Shelly di 03-89201651. Buat appointment dengan dia. Bila dah sampai sana, ada rawatan lain yang pasti buat korang terpegun juga. Ada urutan badan, sauna, hydro-bath (bubble) dan macam-macam lagi. Sangat best!


Lokasi di mana? Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Depan restoran UK tu juga, di tingkat atas. Di bawahnya ada kedai pakaian wanita. Lepas rawatan muka ni, mandi buih-buih hangat, sangat hebat khasiatnya.

Jangan lupa 'like' fan page Shena Aroma Spa ye!

You want something, you go get it!

Wednesday, 11 April 2012

Hujan ke? Tak.... kena simbah air je!

"Habis basah!", ngomel hubby aku sebaik pulang dari kedai kerana membeli roti.

"Kenapa yang? Hujan ke?", tanya aku. Hairan juga sebab aku tengok cuaca pagi ini cerah je. Hujan dalam perjalanan ke?

"Ada kereta tu lalu sebelah, laju je langgar lopak air! Bukan tak nampak lopak air punya besar", balasnya.

Oooo... rupanya terkena dengan pemandu kereta yang langgar lopak air, kemudian airnya menyimbahlah ke hubby aku. Bukan terpercik ke seluar aje, malah hingga ke baju dan terkena muka. Agak-agak berapa laju ye kereta tu dipandu dalam kawasan taman perumahan ni? Ingat pandu kat jalan besar ke?

Korang pernah terkena atau buat kat orang lain?

Ni gambar dari google... kesian orang tu. Dah macam mandi air pancut je! Adoiii... sejuk kena air tapi dalam hati yang panas!

Susah payah hubby aku ke kedai membeli roti nak buat sandwich. Inilah hasilnya ....


Sarapan untuk anak-anak pagi ini, sandwich telur yang hubby buat. Rajin dia buat telur hancur yang ditumis dengan bawang, tomato, daun bawang dan daun sup. Cucur bawang tu aku yang buat. Sarapan mudah dengan teh O panas buat sejukkan hati.

Tuesday, 10 April 2012

Untungnya diaorangkan... selesa betul

Untung pengguna motorsikal di kawasan ini...


Saiz parking lotnya besar... sama besar dengan parking lot kereta untuk sebuah motorsikal.