iklan

Followers

Pages

Monday 9 April 2012

Nak undur tu pandang-pandanglah belakang tu!

Tak tahu apakah sebab utama aku suka sangat cerita tentang gelagat pengguna jalan raya dalam blog aku ini. Aku tetap nak cerita walau pun ianya dah biasa sangat berlaku. Hati aku rasa tak tenang bila aku tak share di blog ni. Bagi aku walau pun ianya perkara yang biasa berlaku tetapi jika ianya salah, eloklah kita ingat-ingatkan selalu mengikut kemampuan kita. Apatah lagi ianya boleh menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan, pertengkaran dan perpecahan kepada institusi masyarakat dan kekeluargaan.

Kita pernah nampak, pernah dengar dan mungkin juga diri sendiri yang melakukan perkara ini. Apa perkara itu?

Undur kereta ikut suka hati, seperti jalan ini kita seorang sahaja yang guna!

Mungkin kita terlupa, bila sensor tak bertauliah berbunyi TUNG! TANG! atau lagi kuat bunyinya barulah kita tersedar. Itu kalau tersedar, bagaimana kalau kita tak sedar terus? Hilang nyawa?

Bila mengundur kereta patut-patutlah guna tiga cermin yang ada dalam kereta. Bukan untuk melihat wajah dah teratur atau belek jerawat tapi untuk melihat adakah keadaan sesuai dan selamat untuk mengundurkan kereta. Guna cermin sisi kiri dan kanan dan juga cermin tengah. Jangan asyik tengok cermin kanan saja, terlupa cermin sisi kiri, sedar-sedar ada yang melanggar dari belakang.

Pagi ini aku hantar anak ke sekolah melalui Seksyen 6, Bandar Seri Putra yang mana nyaris berlaku kemalangan di persimpangan antara Jalan SP 6/4 dan SP 6/5.


Puncanya seorang penduduk di Jalan SP 6/4 mengundur kereta MPV Livinanya dari parking rumah. Kereta MyVi yang datang dari belakang terpaksa mengelak. Aku yang dari arah bertentangan terpaksalah berhenti kerana MyVi dah masuk laluan aku. Waktu yang sama aku hon sekali untuk beri amaran pada Livina kerana dia dah hampir sangat dengan MyVi.

Sedetik saja berhentinya, kemudian dia terus nak mengundurkan keretanya hingga memaksa aku memberi lampu dan hon kereta yang panjang. Terus dia berhenti, kalau diteruskan memang berdentumlah jawapnya. Tinggal setengah jengkal je lagi nak kena. Tarik nafas lega agaknya pemilik MyVi tu.

Jem sekejap jalan tu dengan ada pula sebuah bas di sebelah aku yang tak sabar dah nak memotong dan sebuah bas lagi dari arah bertentangan. Maklum saja ramai lagi murid-murid sekolah yang nak dihantar.

Itu nyaris tak kena langgarkan. Kalau terlanggar pun tak adalah melibatkan kecederaan atau kematian pun melainkan sakit jantung sebab terkejut. Bayangkan kalau terlanggar, ramailah yang hati jadi panas, masa terbuang, duit melayang. Melayanglah duitkan, takkan kemek sikit pun nak claim insuran. Tak berbaloi!

10 comments:

AisNy said...

tu gara-gara penguna yang tak bertimbang rasa. Patutnya dlm subject ujian memandu kena masukkan etika berbudi bahasa di jalan raya... :)

muslimah rempit said...

Kak So tak jemu tau baca kisah cara pemanduan dari Liza.. sebab Kak So pon banyakkkkkkkkkkk nak bebel pasai pemandu-pemandu ini... tapi tak pandai taip kui kui kui...

apa yang boleh buat... baca Liza punya coloteh, sangat menarik dan kupasan yang berisi... kui kui kui

mas saari said...

pemandu yang pentingkan diri sendiri, camnilah!

Misz-ella said...

kalau undur memang kena pandang belakang. kalau tak pandang memang berdentum la jawabnya.

Yang tak pandang tu terlupa ke? Pelik, kan.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tu la.. die ingat die pakai keta besar, jalan tu bapak die punya agaknye.. hehe.. sory kak, teremo siket lak :)

Emma said...

Yuhuuuuuu Emma singgah sini dari blog mak dara =)

Zurina Hj.Zainal said...

suruh dia amik lesen balik....mungkin lesen beli kot....hampeh...pentingkan diri sendiri jer...

Unknown said...

aisey...
nseb baek undur jer..
xdek ler teruk sgt..
kalu depan2 risau jugak tue..

Girang Daniel Batisah said...

dr blOg Mak Dara :D

Nadia said...

geram kenkadang..macam tak belajar drive je kn...eee...bengang..

yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!

Tengok anak nad jom..:)

http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html