iklan

Followers

Pages

Tuesday 3 April 2012

Memang kepala batu... keras ya amat!

Situasi setiap pagi menghantar anak ke sekolah memang sering buat aku geleng kepala. Apa pula kali ini?

Memang benar sangatlah peribahasa 'kepala batu' ni yang bermaksud degil atau 'keras kepala'. Itu definisi paling tepat yang aku rasalah. Susah nak dengar nasihat pun iye juga!

Ada satu lagi maksudnya yang memang benar-benar definisi secara terus iaitu kepalanya memang keras macam batu. Mungkin lebih keras daripada batu sungai atau batu jalan. Malah lebih keras daripada tin dinding kereta. Memang kepala yang sangat kebal.

Murid sekolah menengah bawa motorsikal ikut suka hati ke kiri kanan, ke tengah laluan bertentangan dan menyelit-nyelit di antara kereta yang bergerak perlahan. Bukan seorang, tetapi dalam 3-4 orang yang memotong kereta aku. Baik yang menunggang dan pembonceng sama-sama tak memakai topi keledar. Semuanya macam tu.

Itu belum tanya usia yang dibenarkan untuk menunggang motorsikal. Pelajar sekolah berdekatan hanya berusia 16 tahun bagi yang paling tua. Itu pun baru bermula tahun ini kerana sekolah tu baru dibuka tahun lepas. Tapi rata-rata bukan pelajar berusia 16 tahun saja yang menunggang motorsikal, malah melibatkan juga pelajar-pelajar yang lebih junior.

Masalah mereka ialah tiada lesen. Kalau mungkin ada lesen pun mereka tidak memakai topi keledar dan membawa pombonceng. Mereka membahayakan diri mereka sendiri.

Siapa yang patut mengawal? Akulah yang patut mengawal anak aku. Anak lelaki aku dah pun berusia 14 tahun tetapi memang tak dibenarkan menunggang motorsikal walau pun sekadar untuk mencuba-cuba. Motorsikal di rumah tu cuma hubby aku je yang tunggang. Lagi pun anak aku lebih suka aku yang hantar dia ke sekolah. Dia malas nak memikirkan tentang nak parking dan menjaga keselamatan motorsikal sepanjang dia berada di sekolah.

Baca tajuk ni 'Risiko mati katak'.

7 comments:

Kak Amy said...

bahaya la tambah kalau x de lesen, kalau kemalangan terus masuk kubur x pe lagi , ni kalau cedera teruk , terpaksa menangung derita seumur hidup...sapa yang susah

Irfa said...

setuju..

mak ayah yg bertanggungjawab.
sayang anak katanya dibelikan moto w,pun lesen takde

bicara mak dara said...

memang betul kak liza.. samalah macam di sekolah anak teruna saya pon.. memang bahaya betulll diorang ni bawak motor.. Kadang kadang risau juga dgn keselamatan anak saya yang tunggang basikal tu takut kena langgar dgn budak2 keras batu ni..

Dinas Aldi said...

Memang bahaya tunggang motor takda lesen, takut kalau terjadi apa2 (mintak dijauhkan), insurans pun takda, patah riuk pulak dengan luka bagai..Allahu akbar..Memang kena kawal, tak boleh dibiarkan. Demi keselamatan dema jugak, bukannya kita saja2 nak sekat kebebasan dema.

insan_marhaen said...

Yang jd masalahnya kalu apa2 hal yg berlaku antara pengguna jln raya yg melibatkan murid/pelajar yg berpakaian sekolah..kot mane pun kitalah yg bersalah ...walaupun sebenarnye mereka yg menunggang dlm keadaan bahaya..jd kita kena sentiasa berwaspada bila jln tu ramai penggunanya yg berpakaian sekolah..hurmmmm...

Unknown said...

jiran saya ni ada anak lelaki sekolah rendah lagi..tapi dah diberi anak dia bawak motor.pelik betul mak pak sekarang.bila dah tertungging tepi jalan baru nak meraung..lepas tu salahkan pemandu lain..

mas saari said...

berani sangat mak ayahnya bagi anak2 bawah umur bawak motor ke sekolah.. dah jadi apa2 nanti baru nak menyesal!