iklan

Followers

Pages

Thursday 26 April 2012

Jangan mengalah sebelum melangkah!

Adakalanya kita merasa putus asa walau pun belum melakukan sesuatu usaha yang sepatutnya kita lakukan. Kita telah pun meletakkan keputusan bahawa kita akan gagal biar pun langkah pertama belum kita ambil.

Seperti anak kita yang mungkin bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, hanya kegagalan yang terbayang di mata kita hanya kerana sejarah tidak pernah menunjukkan dia berjaya.

Jika kita sebagai ibu bapa terlebih dahulu menghakimi anak sedemikian, ianya memang menuju kegagalan. Doa ibu bapa sangat penting untuk anak-anak. Anak-anak berpotensi menjadi lebih rasa putus asanya berbanding ibu bapa yang beranggapan demikian. Syukur jika anak-anak menganggapnya pula sebagai cabaran yang mesti disahut untuk berjaya.

Siapalah kita yang layak menentukan keputusan muktamadnya. Ada yang berhempas pulas belajar siang dan malam pun masih tidak berjaya mendapat semuanya 'A' dalam setiap subjek. Ada juga yang belajar ala-ala kadar pun mendapat keputusan cemerlang. Tetapi jika tak belajar lansung memanglah cita-cita ingin mendapat keputusan cemerlang itu umpama angan-angan Mat Jenin yang tak berkesudahan.

Selagi masa masih ada hendaklah kita rancang dan laksanakan strategi-strategi yang sesuai agar ada kesan baik pulih pada anak kita. Kadang ada anak yang perlukan kita sebagai ibu bapa untuk mendorong mereka belajar, menyiapkan homework dan mengatur jadual kehidupan sehari-hari.

Sifat anak-anak itu berbeza-beza, ada yang pandai berdikari, ada yang perlukan bimbingan sedikit saja sudah memadai dan ada juga yang perlu kita tarik tangannya agar tidak hanyut dalam arus sifat malas.

Ingatkan anak-anak selalu bahawa bukan orang lain yang dapat menentukan kejayaan mereka melainkan hasil usaha mereka sendiri. Jangan biarkan orang lain memandang sinis padanya hanya kerana dia mendapat keputusan periksa yang teruk selama ini. Bangkitkan keyakinan diri mereka akan kehebatan positif tersembunyi yang mereka ada. Bantu mereka untuk mencarinya.

Jika ada halangan dan tentangan, terimalah ia dengan minda yang lapang dada. Mungkin belum masanya yang sesuai Allah memakbulkan doa kita tetapi usaha tetap kita teruskan.

Begitu juga kehidupan kita yang sering berdepan dengan cabaran dan masalah yang menyesakkan minda. Insyaallah ada penyelesaiannya, maka bertindaklah dalam pelbagai plan A, B atau C. Kreatif-kreatifkan minda untuk memikirkan jalan penyelesaiannya dan bangun untuk bertindak. Berfikir saja tanpa bertindak tidak memberi apa-apa makna.

1 comment:

Hanis Azla said...

yg penting, kita doakan yg terbaik utk anak-anak kita.. kemudian sama-sama usaha dengan jalan yang paling sesuai dgn anak-anak kita.. bila berjaya bersyukur.. jika tidak jangan dicondemn.. betul kata akak.. lain anak lain pula prestasinya..