iklan

Followers

Pages

Monday 2 April 2012

Bang! Pakai jaket!

Aku lalu depan sekolah rendah agama di kawasan aku, Bandar Seri Putra. Kelihatan pak guard sekolah tu sedang jaga lalu lintas. Dia berdiri di tengah-tengah jalan atas garisan ala-ala polis trafik. Yang speacialnya aku tak pernah nampak dia pakai uniform guard. Dengan rela hati agaknya.

Kalau dulu rambutnya yang keriting halus dan agak kembang sering menarik perhatian orang yang melihatnya. Sekarang dah potong pendek, dah tak kembang rambutnya. Peramah orangnya dan mudah tersenyum semasa menjaga lalu lintas dengan gigih lagi.

Dia berbaju putih lengan panjang dan memakai sarung tangan putih. Ada topi di kepalanya. Cuma satu yang aku rasa kurang, dia tak pakai jaket keselamatan yang dapat menyerlahkan kehadirannya di tengah-tengah jalan. Syukur jalan tu cuma sibuk semasa anak-anak baru mula datang sekolah dan balik sekolah sahaja.

Tadi saja aku mengusik kerana kebetulan lalu di situ. Bila sampai je kereta aku di sebelahnya, aku lansung menegurnya dengan nada suara yang agak tinggi "Bang! Pakai jaket!".

Spontan dia menjawab "Yep!" sambil mengangguk dan tersenyum.

Aku menegur begitu sebab dia dah cam sangat dengan kereta aku yang kadang menghantar dan mengambil anak di sekolah bila berkesempatan. Aku kan peramah, selalu mengangkat tangan dari dalam kereta dan dia selalunya membalasnya dengan mengangkat tangan juga. Cermin kereta aku bertinted yang tak gelap mana pun, jadi orang luar boleh nampak le aku yang di dalam kereta dengan jelas.

Aku harap dia terkesan dengan teguran aku secara gurauan tu. Keselamatannya juga penting untuk menjaga keselamatan budak-budak sekolah juga.

5 comments:

Unknown said...

tak sempat nak pakai kot..tapi keselamatan diri perlu la diutamakan jugak..kan?/

Dinas Aldi said...

Baru ja balik sekolah tadi akak lalu kat depan sebuah sekolah menengah tak jauh dari tempat keja akak, pak guardnya pakai jeket hijau muda fluorescent tu. Memang dari jauh dah nampak :)

Norliha Samad said...

orang yang berkhidmat macam tu kita patut hargai, walaupun sekadar angkat tangan itu dah memadai.

jeBateja said...

pak guard tu mmg peramah.....tapi dia di byr gaji je erk...erk....bayar kot....ahakz

Irfa said...

bahaya jugak tu..takut ada yg tak prasan.bagus akak tegur tu