iklan

Followers

Pages

Thursday 12 April 2012

Eh! Aku jadi testimoni rawatan muka teknik Laser Brightening

Tengahari tadi aku lunch di restoran UK atau nama penuhnya Restoran Sup Urat Keting. Boleh 'like' fb page dia kat http://www.facebook.com/pages/RESTORAN-SUP-URAT-KETING/366300658225.

Memang restoran favorite anak sulung aku, Aishah sebab suka sangat dia dengan sambal sotongnya yang sedap. Bila aku tanya nak makan kat mana, laju je jawapnya nak ke UK.

Baru aje aku nak makan ada pelayannya yang menegur aku "Kak! Akak ada buat rawatan brithening ke?".

"Ah! Sudah!", kata hati aku. Sambil tersenyum aku tanya dia semula "Nampak kat mana?".

"Dalam facebook le, saya perasan memang muka akaklah!", jawapnya yang memang dah biasa menegur setiap kali aku datang ke situ.

"Betullah tu! Ooo... dah keluar rupanya!", cuak jugakan. Bagaimanalah rupa aku yang selekeh tu.


Ni dia gambar aku yang dia nampak tu. Wajah tanpa secalit make-up pun bagi yang BEFORE dan AFTER. Ada beza tak antara kedua gambar ini? Gambar AFTER lagi ok rasanya. Aku curi gambar dari SINI.

Apa yang aku rasa selepas rawatan :

- Kedutan di dahi aku berkurangan. Maklum saja aku ni dah pun mencecah usia 39 tahun. Jenis yang tak ambil berat sangat pasal rawatan muka. Cuci muka asal sempat dan guna apa produk yang aku boleh capai je. Toner atau pelembap pun sapu bila ada mood aje.

- Paling suka bila sembab bawah mata dan 'gemuk' di pipi yang hampir dengan hidung juga berkurangan. Terasa wajah tu nampak segar sikit... perasan sikit.

- Perasan tak bentuk wajah aku terbentuk sikit di bahagian dagu dan pipi. 'Slim' sikit.

Aku buat rawatan di Shena Aroma Spa menggunakan teknik urutan laser brightening. Sangat selesa dalam masa 1 jam sahaja. Produk Dermatics yang digunakan berasaskan air sangat selamat dan menyegarkan wajah.

Rawatan yang best sangat ni aku suka kongsikan dengan semua. Jika ada yang nak cuba, telefon je pemilik spanya yang comel, Shelly di 03-89201651. Buat appointment dengan dia. Bila dah sampai sana, ada rawatan lain yang pasti buat korang terpegun juga. Ada urutan badan, sauna, hydro-bath (bubble) dan macam-macam lagi. Sangat best!


Lokasi di mana? Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Depan restoran UK tu juga, di tingkat atas. Di bawahnya ada kedai pakaian wanita. Lepas rawatan muka ni, mandi buih-buih hangat, sangat hebat khasiatnya.

Jangan lupa 'like' fan page Shena Aroma Spa ye!

7 comments:

armouris said...

muka lebih cantik... terjumpa info ni, juga pasal rawatan laser… sharing is caring :) - Laser Lipolisis Tegangkan Wajah

Unknown said...

untungnya, rawatan nmpak kan hasil dan bersihnye kulit!

pasni mesti ramai lagi tegur kan, glamer u ;)

Misz-ella said...

amboi liza .. buat KC rasa nak cuba jer. hehehe

Hanis Azla said...

mmg nampak perbezaannya.. bagusnya kak.. lepas ni boleh jd duta produk.. klu saya nak buat rawatan, bolehlah saya ke sana juga nanti..

Murni Alfathunnisa said...

lama sungguh tak ke spa..buat facial. baca entry ni terus teringin.

salam kenal dari saya.

mas saari said...

memang nampak perbezaannya..

ummiross said...

waa memang ada perbezaanlah Liza, nanti ummi pun nak cuba juga, insyaAllah.