iklan

Followers

Pages

Wednesday, 13 June 2012

Bila tak sihat, semua kerja tergendala..

Gambar dari SINI
Panas dan terasa bahang matahari yang menyentuh kulit. Semalam memandu sendirian ke KL bertemu client. Client unit trust aku yang sedia ada tetapi ingin mendapatkan sentuhan aku untuk mencipta blog niaganya. Wah! Bertambah lagi seorang ahli perniagaan secara on-line.

Alhamdulillah... terima kasih atas kepercayaannya pada aku walau ada sebut harga yang lebih murah dari yang aku tawarkan katanya. Tetapi dia tetap memilih aku untuk buatkan blognya.

Sememangnya dah dua hari aku batuk yang tak serius pun. Terasa juga kulit wajah agak kering. Kurang minum nampaknya. Selesema pun agak menjadi dan tekak terasa perit.

Balik ke rumah sempat aku jenguk satu blog yang aku baru saja siapkan headernya. Blog sebuah taska. Dah siap tentu saja aku akan share nanti. Jenguk sekejap je, lepas tu baring kejap. Ofis dalam bilik tidur sendiri, suka hati ajelah kan. Ofislah sangat yang cuma ada laptop dengan satu rak file client yang aku letakkan di luar bilik tidur.

Lama berfikir, aku pun bangun nak ke klinik dengan bertemankan anak aku, Asyikin yang baru pulang dari sekolah ugama. Doktor yang biasa aku jumpa cuti pula. Tak mengapalah doktor ganti pun.

Doktor tanya "esok nak MC ke?". Keadaan aku yang batuk dan selsema dengan suhu badan yang orang kata agak dedar (suam-suam) macam nak demam je. Kepala pun sakit.

"Tak pe doktor! Saya cuti ikut suka hati je, kerja sendiri!", sengih je doktor dengar jawapan aku.

Dalam hati nak je aku tanya "Doktor nak jadi client unit trust saya?". Tak terluah pun! Bila tak sihat, mood nak bertanya pun tak ada... he..he..

Bila dah makan ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik buat badan aku jadi lemah semacam pulak. Lansung muntah malam tadi, nyaris sakit kepala hilang. Cuma badan rasa tak bermaya je. Sekejap-sekejap aku minum air oren twister silih ganti dengan air mineral.

Maka malam tadi dinner anak-anak disediakan oleh hubby aku. Masing-masing dapat burger special hasil air tangan hubby. Daging burger berbalut telur.... burger speciallahkan. Thank you yang!

Baju sekolah anak-anak yang di sekolah rendah pun hubby tolong gosokkan. Dua orang yang menengah kena sterika baju sendiri le macam biasa. Dah besar!

Hubby tak bertanya khabar pun keadaan aku. Dia memang bukan lelaki romantis pun malah hari jadi aku pun dia tak pernah ingat. Kalau aku merajuk pun tak adalah dia nak pujuk. Pujuk diri sendiri je lah. Lagi pun aku memang jenis yang merajuk sekejap je. Tengah marah, merajuk le. Lepas dah lega, ok le balik.

Tapiiii... "ada aku kisah?". Aku dah maklum, jadi tak ada istilah nak kecil hati macam sesetengah orang. Kekurangan dirinya yang bukan masalah besar pun bagi aku. Lagi pun kalau hubby nak bagi hadiah bukan kira waktu hari-hari istimewa. Ikut suka hati dia je bila-bila nak bagi.

Pagi ni tak adalah sakit kepala, tinggal batuk dan selsema. Tapi itulah aku, malasnya nak makan ubat kecuali terpaksa sangat. Dapat minum teh 'o' limau suam memang sedap ni.

Nampaknya production kerja aku merosot sikit hari ini. Harap esok sihat untuk jumpa client-client aku. Kita merancang, Allah tentukan. So jangan takbur dengan kelebihan yang kita ada. Kalau Allah nak tarik balik nikmat tu, bila-bila masa je kan. Mmmm... pun aku selalu terlupa nak bersyukur.


7 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

memang la kak.. kalau dah xsihat tu, kalau ada kj yang penting jgn la buat... kalau dapat siap kan pon mesti hasil die kurang memberansang kan :)

Rai said...

semoga cepat sembuh kak..

sebenarnya dalam hidup berumahtangga kita jgn tengok kelemahan dan kekurangan..bila tengok mcm tu..alam rumah tangga jadi lebih hambar..kita pun jadi stress..

lagi pun saya rasa suami akak penyayang je..siap buatkan burger masa akak demam..ada org beli je..

pena rozie said...

semoga cepat sembuh....

jeBateja said...

Rugi lah kak...mana taw doktor tu masuk unit trust akak...pehhhh....kencang oooo

Kesuma Angsana said...

take care ye... jgn lupa makan ubat tu!

Dinas Aldi said...

Akak doakan semoga Liza cepat sembuh. Memang susah nak buat kerja bila badan tak sihat. Jaga diri baik2 ya.

kakchik@ella said...

KC doakan liza dah semakin sehat sekarang ni.