iklan

Followers

Pages

Monday, 11 June 2012

Berkecamuk minda aku!

Rasa tak betul bercampur-campur dalam minda aku dua tiga hari ni. Kadang gagal juga aku mengawal rasa marah, geram, kecewa dalam diri.

Sabar! Pesan hubby! Aku sabarlah ni! Kononnya sabar tapi mulut aku asyik membebel je! Marah bila orang lain buat salah. Kesalahan yang patut aku boleh maafkan, yang patut aku boleh tegur. Kesalahan yang bukan dia sengajakan dek kerana kelemahan dirinya untuk melaksanakannya dan kurangnya pengetahuan.

Kadang ada juga rasa dia tak berusaha untuk mengatasi kesilapan itu. Egonya aku yang sering juga bersikap serupa, tak berusaha dan sambil lewa. Biasalah! Salah orang lain memang pantas kita nampak. Marah ditambah kecewa bila rasa tidak dihargai. Padahal itu bukanlah niatnya nak buat aku begitu.

Aku memang faham tetapi sisa-sisa sifat baran aku sejak zaman muda masih banyak. Maka itulah kesempatan digunakan oleh syaitan untuk mempengaruhi aku. Kadang aku marah,kadang aku redha.

Sebaiknya aku tak mau layan lagi rasa negatif yang bercampur-campur tu. Ada banyak lagi tugasan yang aku kena buat. Kalau asyik nak fokus pada sesuatu yang menambah-buruk keadaan, kualiti hidup aku juga yang susut. Buang masa, buang tenaga aku je.

Bergerak terus dengan segala perancangan dan tugasan yang lain. Allah yang tentukan rezeki kita, berusaha ajelah untuk dapatkannya. Kalau malas, tak ada siapa boleh tolong. Maafkan je lah! Aku pun bukan bagus sangat yang nak bengang-bengang sangat ni.

No comments: