Tak dapat juga jumpa Ummi Ross |
Sepatutnya hubby yang ambil tapi dek kerana ada jemputan kenduri kesyukuran di rumah teman, Hanis Azla yang terletak di Seksyen 8, maka akulah yang ambil anak sulung.
Tak sempat nak jenguk dia bersukan. Harap tiada lagi masalah longkang tak bertutup di kawasan stadium seperti tahun lepas.
Pergi ke rumah Hanis Azla ditemani 4 orang anak-anak aku. Cuma anak ke-2 saja yang tak nak ikut. Hubby pun ada kerja, tak dapat nak turut serta. Bukan aku ingat pun alamat rumahnya, main agak-agak saja kalau-kalau ternampak keretanya parking di depan rumah. Itu pun berpandukan pengalaman tahun lepas berkunjung ke rumahnya.kerana meraikan harijadi anak sulungnya yang ke-12.
Tapi sekarang anak sulungnya sudah pun berada di tingkatan 1 dan masuk sama sekolah dengan anak sulung aku, SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Bersukan jugalah nampaknya. Rupanya masa aku sampai, anak sulungnya belum pun balik dari stadium lagi. Kalau tau tadi boleh le naik dengan acik Liza sekali balik rumah, kan Hanum!
Mana Ummi Ross? Tak sampai lagi rupanya. Melihat hidangan nasi dengan sambal belacan, tempoyak dan ulam-ulaman buat aku lupa diet aku.
"Kak Liza tak boleh tengok ulam-ulam ni!", mengadu pada Hanis Azla.
Memang betul pun, anak sulung aku jadi mangsa untuk tolong ambilkan nasi tambah. Tak malunya..he..he..
Berulas-ulas pula durian aku baham. Dah dia letak di depan mata, mana boleh tahan!
Sempat juga aku mengintai ruang dapurnya yang dah dibesarkan. Seronoknya! Kalau nak buat kenduri, boleh pakat ramai-ramai duduk sambil memotong bawang. Luas! Macam biasa bila balik rumah, tentu saja aku ceritakan pada hubby. Ehemmm... bagi gambaran pada hubby saja idea dari rumah Hanis Azla sebab hubby pun bercita-cita nak membesarkan ruang dapur, bilik air dan bilik tidur tingkat bawah.
Alhamdulillah! Gembira melihat rezeki dan kebahagiaan yang Allah berikan pada Hanis Azla dan keluarganya. Jangan kita melihat untuk merasa cemburu yang negatif tetapi lihatlah ia sebagai pendorong atau contoh untuk kita mencapainya juga. Moga aura yang positif darinya bergetar ke dalam kehidupan aku juga, memperbaiki mana yang kurang dan mengekalkan mana yang sedia indah.
Maaflah tak ada gambar semasa kenduri... sedap sangat makan!
p/s : Timing nak jumpa Ummi Ross tak kena juga lagi...
6 comments:
hapyy for kawan2 kan!
oohhhh..dah sampai ya rumah hanis azla...saya pernah berjumpa sekali dgn nya masa gathering blogger dulu...alhamdullilah. dia baru balik umrah :)
hehe..betul tu Liza, timing tak kena lagi, masa ummi sampai, kata Hanis, Liza baru je balik, alamak ummi lewat sikit je.InsyaAllah akan sampai harinya kita bersua muka..
besyukur atas kebahgian org lain.. mmg bagus..=D
Betul tu, tumpang gembira dengan kebahagiaan & rezeki yg Allah SWT kurniakan pada insan lain :)
seronok bila akak dan anak2 dpt datang.. terima kasih byk yer.. semoga akak juga sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.. mudah2an Allah memberikan rezeki yang tidak putus2 buat insan sebaik akak, insyaAllah..
Post a Comment