iklan

Followers

Pages

Monday, 11 June 2012

Orang niaga 'online', dia pun nak juga!

Ada yang bertanya "OK ke niaga online ni?", "boleh untung ke?".

Bagi aku buat apa pun OK dan insyaallah ada untungnya kalau berusaha, bersikap proaktif dan konsisten. Perniagaan sekarang tidak kira cara online atau tidak, sudah tentu banyak saingannya. Kalau malas dan banyak alasan maka akan bersawanglah 'kedai online' kita.

Orang tak kenal kita kalau kita tak perkenalkan diri. Jaja 'kedai online' kita merata-rata tapi biarlah dengan cara yang terhormat. Jangan buat orang rasa terganggu (annoying je) pulak. Annoying ni subjektif bagi setiap orang kerana ada orang tak kisah dengan cara kita promosi tapi ada juga yang rimas.

Antara cara paling glamour sekarang tentunya promosi produk kita di facebook dan buat kerja 'tag'. Jangan suka-suka hati juga nak 'tag' orang, nanti ada yang marah. Sebaiknya minta kebenaran dulu.

Promote jugalah barang kita di twitter, blogwalking atau di mana-mana laman web khas untuk perniagaan seperti di web mudah.my atau wanita.com. Banyak lagi, aku pun tak tau nak bagi tau sebab aku sendiri tak konsisten dalam bab promosi ni. Cakap je pandai...

Tapi terus-terang aku kata, nak berjaya kena konsisten. Kalau boleh sekurang-kurangnya sehari sekali tu buatlah promosi, apatah lagi kalau 'kedai online' kita ni baru nak bertapak. Jangan berharap bila kita dah buka 'kedai online' maka menunggu orang melawat kedai kita tu. Kalau Siti Norhaliza buka 'kedai online' tanpa promosi pun siapalah yang tahu, inikan kita yang siapalah yang kenal.

Bila kita dah menjual tu kenalah jujur, jaga etika. Jika pembeli lambat bayar tentunya rasa bengang jugakan. Kata nak bayar petang, tapi tak ada pun. Kemudian janji tunda esok pagi pula, pun tak bayar lagi. Padahal barang dah ready nak pos ni. Lagi angin kalau barang dah pun kita pos tapi bayaran belum pun kita terima.

Jika kita sebagai peniaga ada rasa marah bila pembeli asyik bertangguh membayar, begitu juga dengan pelanggan yang tentu saja bengang bila peniaga tak pos barang seperti yang dijanjikan. Asyik bertangguh atas alasan yang tidak munasabah. Minta maaf pun tidak dengan pelanggan atau tidak maklumkan lebih awal jika ada masalah.

Hari-hari kena semak email atau message facebook. Mana tahu kalau-kalau ada tempahan pelanggan. Takut kalau tak semak nanti, terlepas pandang dan lambat jawap. Pelanggan pun hilang mood nak beli.

Aku tak galakkan terima tempahan melalui SMS atau panggilan telefon kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi jika asyik berbalas SMS. Akhirnya pelanggan tak jadi membeli pun kerana produk tidak menepati citarasanya. Apa yang kita dapat, hanya kena bayar bil SMS yang berganda.

Kurangkan kos dengan berhubung melalui email, YM, facebook, twitter atau sebagainya dengan internet. Bil yang kita bayar biasanya dah tetap, sama ada guna banyak atau sikit. Pandai-pandailah nak pilih perkhidmatan internet syarikat mana.

Orang lain niaga 'online' dan kita pun nak juga. Nampak macam senang je kan. Rasanya senang sikit nak urus berbanding kedai biasa. Tetapi pelanggan yang datang ke 'kedai online' tak sama perasaannya dengan yang melawat ke kedai nyata. Bila di kedai yang nyata, mereka dapat memegang dan merasa dengan tangan produk yang ditunjukkan.

Bila memaparkan gambar produk biarlah cantik dan jelas, sertakan ciri-ciri dan spesifikasinya. Susun atur dengan baik agar mudah pelanggan nak lihat dari satu gambar ke satu gambar. Kalau diri sendiri rasa tak best dengan susun atur produk dalam blog tu, betulkanlah. Letak diri kita sebagai pelanggan.

Kelebihan mereka yang punya kedua-dua 'kedai online' dan kedai nyata tentu saja mampu terus 'mengikat' pelanggannya. Ada pelanggan yang menyinggah di kedai kita atau kaunter kita di mana-mana karnival dan tertarik membeli produk kita. Lalu bagaimana pula kita mahu mereka terus membeli daripada kita? Tentu saja datang lagi ke kedai kita jika kita ada kedai dan jika kedai kita dekat dengan tempat tinggal atau tempat kerja pelanggan. Ohhh... mungkin mereka akan jauh dari kita maka cadangkan mereka terus membeli dari kita secara online.

Bagaimana jika hanya ada 'kedai online' saja. Ada pelanggan yang ingin melihat produk secara depan mata pula. Maaflah cik pelanggan! Tak dapat saya nak menolong.

Blog niaga yang cantik atau kedai nyata yang cantik mungkin penting. Tapi bagi aku itu bukan juga sebab utama pelanggan nak membeli dari kita. Apa yang penting tentunya produk yang berkualiti dan harganya berbaloi. Pun perkhidmatan kita yang konsisten dan berhemah juga penting untuk menjadikan pelanggan yang ada menjadi 'repeat buyer' atau 'pelanggan ulangan'. Tidak pun sesuatu yang baik tentang kedai kita mungkin juga pelanggan sudi nak jaja ceritanya secara percuma. Iklan dari mulut ke mulut tanpa disuruh pun.

Aku suka susun atur blog tudung Asterisk Boutique yang kelihatan simple tapi mudah untuk pelanggan menikmati gambar-gambar tudungnya dan membuat pilihan. Gambar-gambar cantik dan jelas. Siapa kata dia perlukan jurugambar profesional? Semua dibuat sendiri oleh mereka suami-isteri. Blog pun diolah sendiri. tak perlu nak upah aku tolong buatkan.

Blog ini ;  FCC Farmasi Colour Cosmetics memang aku yang buat. Rasa macam ada lagi nak diperbetulkan agar lebih 'friendly customer'. Dulu pemiliknya tak pandai nak up-date blognya, sekarang tiap-tiap minggu berusaha untuk letak entry sama ada tentang produk, tips, event dan sebagainya. Kalau tak pandai kena belajarlah, lama-lama tentu pandai.

Hasil kerjatangannya yang kreatif ; boleh order beg custom made kat SINI
Nak berjaya dalam niaga 'online' bukanlah boleh diperolehi dalam sekelip mata. Kena ada usaha yang gigih dan konsisten. Jujur dan beretika. Cara pun kena betul juga. Hormati rakan niaga lain yang mungkin menjual produk yang sama. Jangan ada sifat nak menjatuhkan atau menghina. Buat kerja kita saja, jangan sibuk dengan kelemahan orang lain. So... tabahkanlah hati!

8 comments:

Anonymous said...

terpulang masing2 lah kan...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

alamak .. sy xde produk nk di online kan lah.. hehe

pena rozie said...

rajin, usaha tangga kejayaan....

Unknown said...

sebenarnya kedai online komitmen nya lebih tinggi..saya pun pernah buat kedai online..tapi tak istiqamah bab2 promosi..jadi terbengkalai mcm tu je..

blog-tips-kurus said...

saya nak meniaga kurma ni.. :-)

Zul fattah said...

insyaAllah.. rezeki ada d mane.. asalkan halal, go on!!

umiawadah said...

memang banyak dugaannya bisnes online..risikonya pun tinggi,tapi atas kebijaksanaan kita juga menyelesaikan masalah dengan customer online ni..banyak ragam...tapi saya tetap tak serik meniaga online walaupun kadang-kadang terkubur cam tu je sebab tak de bajet lagi..he he he..bagus saranan dan cadangan kak liza ni..

Jey said...

thanks for the tips akak..
sy pun bercadang nak niaga online tak lama lg..
harap tak jadi macam 1st trial dulu, brenti separuh jalan =D