iklan

Followers

Pages

Sunday, 3 June 2012

Tangkai jering di Changkat Jering... alahaiii!

Jumaat lepas hubby balik ke kampungnya di Parit 3, Jalan Gula dengan ditemani anak lelaki aku, anak kedua yang berusia 14 tahun. Ada kenduri kahwin saudaranya di sana sambil melawat maknya, mak mertua aku.

Aku dan anak-anak lain tidak turut serta kerana nak menghadiri kenduri kahwin anak sepupu aku di Kelana Jaya. Lagi pun tempoh baliknya cuma sekejap ; petang Jumaat balik dan Ahad pula dah nak bergegas semula balik ke Bandar Seri Putra. Perjalanan tentunya mengambil masa berjam-jam dengan 5 orang anak dalam satu kereta termasuk kerenah anak bongsu lelaki yang baru berusia 3 tahun tentu melelahkan juga.

Pulak tu musim cuti sekolah, tentu saja aku tak mahu turut serta dalam kesesakan jalan raya menuju ke Utara. Memang betul pun jalan jem. Lewat malam baru hubby dan anak teruna aku tu sampai ke kampung.

Hubby janji nak balik semula pada hari Ahad. Kebiasaannya dia akan sampai ke rumah dalam pukul 8 malam. Tapi hingga pukul 10.00 malam masih belum tiba. Rata-rata rakan facebook ada yang kata jalan sesak sama ada dari Pantai Timur dan dari arah Selatan. Jadi aku pun menelefon hubby aku yang dijawap oleh anak teruna aku kerana hubby sedang memandu :

Aku : Abang (panggilan pada anak aku!) dah sampai mana ni?
Amirul : Kita kat mana ayah? (diajukan soalan pada hubby aku pula)
Hubby : Kita dah lalu Changkat Jering.
Amirul : Haaa ma! Ayah kata dah sampai Tangkai Jering!
Aku : Sampai mana? (salah dengar ke aku?)
Amirul : Tangkai Jering! (macam yakin je!) Mana ayah? (nak kepastian lagi dari ayahnya)
Hubby : Changkat Jering laaa.. bukan Tangkai Jering! (ketawa..)
Amirul : Changkat Jeringlah mama! Tadi baru gerak pukul 9.00.
Hubby : Jalan jem teruk!
Aku : Changkat Jeringlah Amirullll... bukan Tangkai Jering!
Amirul : He..he..

Mmmm... alahai anak aku... 'Tangkai Jering' tu peribahasa, maknanya kedekut.

Gambar dari entry 'Janganlah kedekut'
'Changkat Jering' baru betul nama sebuah tempat di negeri Perak.

Gambar dari entry 'Cuti di Teluk Batik'

Gambar exit Changkat Jering ni menghala ke Utara rasanya. Hubby pulak hala ke KL nak balik rumah. Jalan sesak kerana masing-masing ambil peluang bercuti sempena cuti sekolah selama 2 minggu.

Aku cuba check trafik di website http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx tapi ini hasil yang aku dapat. Kamera tak berfungsi, bolehlah nak speed! Tak faham aku fungsi website ni kalau tak dapat nak bagi info terkini.


'Generally all traffic clear'... banyaklah clear! Realitinya jalan jem teruk bagai nak rak!! Huhh.. Emosi sikit pulak dah..


2 comments:

Unknown said...

musim cuti sekolah macam ni nak balik kampung ke memang jem teruk kan..

Cik CT said...

Hehehe....Geli hati cikCt baca entry ni..btw, cikct org Chgkt Jering..:)