iklan

Followers

Pages

Wednesday, 6 June 2012

Nak makan pun tak selera...

Berblog sambil nyum2.. tangan saper tu?
Homemade popcorn!
Agak sibuk aku semalam hingga lupa nak makan. Pagi hanya sarapan dengan segelas teh tarik. Kemudian 2-3 gelas milo panas semasa mengadap laptop mengemaskini blog, melayan facebook dan buat persediaan untuk jumpa client unit trust dan proposal blog.

Tengahari pula aku jumpa client yang nak minta tolong aku buatkan blog niaganya di Bangi. Nantilah kalau dah siap aku kongsikan di blog ni. Mudah berurusan dengannya. Pun sambil berbincang aku cuma minum air tembikai kurang ais... teringin juga nak minum ais. Perut terasa lapar tapi tiada selera nak makan.

Selepas tu aku bergegas pula berjumpa dengan client baru untuk pelaburan unit trust. Syukurlah tak susah aku nak terangkan padanya. Maka masa yang digunakan pun tak sampai sejam pun.

Bergerak ke kereta masih lagi ada yang menelefon bertanyakan tentang nak minta aku buatkan blognya dan ada juga yang bertanyakan tentang unit trust. Appointment seterusnya aku set pada lusa pula sebab esoknya (hari ini) sudah ada tugasan lain yang perlu aku lakukan.

Sempat aku call beberapa client lama untuk jumpa mereka pada minggu depan. Hari Selasa depan paling sibuk rasanya nak jumpa client unit trust yang minta aku buatkan blog untuknya di Bangsar dan nak jumpa blogger yang nanti aku ceritakan kalau jadi jumpa. Kalau tak ada cerita pasal blogger tu maknanya tak jumpalah..ha..ha..

Jam sudah pun pukul 6.30 petang, aku masih lagi dalam kereta di kawasan parking depan tempat kerja client aku tadi melayani panggilan handphone dan juga buat panggilan. Teringat perut yang terasa lapar, minum seteguk dua air mineral yang sentiasa aku bawa.

Aku call hubby "Yang! Kat mana?".

Hubby menjawap "Dah sampai rumah dah! Kenapa?". Alaaa... terasa sedikit kecewa.

"Mama kat Bangi ni, depan SMC lagi ni. Baru lepas jumpa client-client kat sini. Ingatkan nak ajak minum!", beritahu juga hajat aku walau pun tahu hajat tak tercapai. Tak mengapalah, minum kat rumah ajelah!

Sampai kat rumah aku tak masak untuk dinner. Biasanya hari Selasa sama ada aku atau hubby beli makanan kat pasar malam je. Pun tak ada selera juga nak makan. Buat air milo panas je. Badan letih agaknya, tak selera walau terasa lapar.

Lama dah rasanya tak buat kerja terlebih sikit. Orang lain buat sampai 6-7 appoinment pun masih steady lagi tapi aku baru 2-3 appointment dah terasa sibuk sangat dah ni. Itulah bezanya orang yang rajin bekerja dengan aku ni yang suka buat kerja ikut suka hati je. He..he.. kena belajar berubah jadi rajin ni baru boleh berjaya dalam apa jua yang kita impikan.

Entry berkaitan : Sibuk sangat! Perlu belajar urus masa dengan lebih baik!

8 comments:

Unknown said...

betulll..bila kerja sendiri memang takde orang monitor..motivasi kena tinggi..tak boleh culas je..

tapi makan kena jaga jugak kak..

ummiross said...

Tahniah, sibuk maknanya rezeki bertambah, Alhamdulillah.

wahida said...

amboi..mmg bz tu...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

waaaa...sebuk juga tu yer...
makan kena ikut jadual...

Murni Alfathunnisa said...

letih & stress jadi punca hilang selera makan. saya pun kekadang camtu..tiba2 je tak rasa nak makan apa2.

Anonymous said...

ala... nampak popcorn... teringin lah pulak... mana nak cari ni!

Dr K said...

ramai betul org yang nak buat blog ya..saya igt kan org bayar utk buat website aja..

MumMe said...

yg mumme pula...asyik makan saja...apapun semoga Kak Liza kembali bertenaga hari ni...