iklan

Followers

Pages

Tuesday, 5 June 2012

Kadang terasa tua, adakala perasan muda!

Terasa usia semakin menghampiri taraf warga emas bila mana baju aku dan anak sulung aku, Aishah mula dah sama saiz. Ini gambar tahun 2008, 4 tahun lalu bersama anak sulung dan anak aku yang ke-4, Azri. Anak ke-5, Arif lahir pada tahun berikutnya. Gambar semasa beraya di Jengka 16, Pahang.


Baju kurung ni aku beli yang dah siap. Aku dan Aishah sama-sama memakai baju kurung yang sama saiznya iaitu saiz M. Syukurnya bila hingga hari ini pun baju ni masih muat aku pakai, begitu juga dia. Cuma dia semakin tinggi. Hingga hari ini pun, 5 June 2012 dia kelihatan lebih tinggi daripada aku (160 cm) jika memakai kasut yang bertumit setengah inci tingginya. Tapi aku masih lagi lebih ringan daripada dia walau pun katanya berat badannya dah susut 4 kg. Sebab hari-hari dia pun makan Jamu Sihat Wanita agaknya... promote lagi! Jangan marah!

Baju-baju aku yang lain pun kadang disambarnya juga. Tak semua baju aku dia boleh pakai sebab saiz aku yang kecil sikit daripada dia sekarang ni. Sikit je kecilnya..he..he.. Ye! Usia bakal mencecah 40 tahun pada tahun depan. Dapat anak sulung pada usia 23 tahun, patutlah terasa "Eh! Tua dah aku rupanya!". Betul-betul tak sedar diri!

Memang aku tak sedar diri bila ada yang menegur "adik ke ni?". Dalam hati ini terdetik juga "nampak muda lagikah aku?" atau "saja nak amik hati le tu!". Masa ni perasan mudalah pulak... alahai..

Pipi aku pun dah makin chubby..alahai..

Chubby aku pun, chubby lagi pipi Aishah (mode saja nak mengena!)

Aishah nampak innocent... baju sekolah (2011)
Ini gambar-gambar tahun lepas, 2011. Gambar terbaru berdua macam ni masih terperap dalam handphone. Malas betul nak upload. Bukan ada beza banyak pun. Paling tidak adalah sikit kedut kat mata dan dahi aku bertambah.

Tua atau muda kena ingatkan diri selalu. Dah tua-tua ni tak elok pulak terkinja-kinja macam anak muda. Yang muda pun tak elok terkinja-kinja, apatah lagi yang tua buat macam tu. Lagilah nampak hodohnya. 

Janganlah sebab rasa diri dah tua maka dah tak ada mood nak jaga penampilan dan kesihatan. Sesuaikan penampilan dengan usia agar nampak kemas dan rapi. Jaga pemakanan, senaman ringkas dan ambil supplement yang sesuai, elok dapatkan nasihat doktor untuk kesihatan yang baik.

Usia tetap akan bertambah, fizikal, stamina juga akan turut menyusut tapi jangan biarkan kadar menyusutnya laju melebihi usia akibat tak ambil peduli. Berusahan sekadar mampu secara natural. Kita orang Islam, bukan bedah plastik, bukan suntik botox yang palsu belaka.

Kita mungkin merasakan orang lain cantik wajahnya tapi ia bukan penyebab untuk kita merasa rendah diri. Cantik wajah itu anugerah Allah yang tak boleh kita ubah, usah kita kesali. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Budi bahasa yang buruk boleh kita ubah menjadi cantik jika berusaha. Yakin pada diri sendiri.

Wajah cantik tak menjamin hubungan berpanjangan sesama manusia jika sifat pula tak cantik. Yakinlah sifat yang cantik itulah yang akan menjadi ingatan selamanya. Senyum-senyum selalu.

5 comments:

Unknown said...

serius kak? akak nak masuk 40? besar anak dara akak.. kalau saya pun ingat adik je..

Dr K said...

hehehe..sama lah macam mak saya, segala baju kurung dia boleh kongsi dgn adik adik perempuan saya...sebab mak saya jenis yg berat badan tak naik, menten kecik aja..:)

sud@is said...

mungkin bila nmpak org yg lebih tua kita rasa muda..begitu juga sebaliknya....

ummiross said...

Setuju..cantik diluar itu sangat relatif, cantik pada kita mungkin tak cantik pada yang lain. Tapi cantik budi bahasa sama nilainya pada setiap orang

Dinas Aldi said...

Betoi la, nampak macam dua beradik dengan anak tu :)

Betoi jugak, jangan sebab usia dah meningkat, tak mau jaga penampilan diri. Malah, lebih berusia la patut jaga bagi lebih segar & kemas. Baru la bersemangat!