iklan

Followers

Pages

Monday, 6 February 2012

Aku ditinggalkan lagi

Pukul 11.30 malam tadi hantar hubby ke airport KLIA dengan anak-anak pun nak ikut juga. Fligh ke China dijadualkan terbang pukul 1.40 pagi. Begitulah selalunya bila hubby outstation, akulah yang akan jadi teksinya ke airport sejak mula kenal zaman bujang lagi. Aku pun tak merasa susah, terasa hubungan tu lebih erat.. Cewah! Jiwang karat pulak.

Aku tak suka dia naik teksi, takut beri peluang awek lain yang ambil dan hantar dia pulak. Tak adalah, gurau je. Aku percaya dengan hubby aku.. He..he.. Kalau naik teksi nanti tak dapatlah anak-anak aku nak keluar jalan-jalan. Sekurang-kurangnya tak adalah terperap dalam rumah je untuk hari itu.

Bila hubby tak ada, semua urusan kena buat sendiri. Kelam kabutlah aku setiap pagi dalam seminggu ni. Kalut sebab terpaksa hantar anak-anak ke 4 destinasi, 2 sekolah menengah di Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra, 1 sekolah rendah (2 orang) di Bandar Seri Putra dan baby ke taska dekat dengan rumah. Waktu lain tetap macam biasa sebab selepas anak-anak dah dihantar memang urusan aku walau pun hubby ada. Cuma bila hubby ada, dialah yang menghantar anak sulung aku ke sekolah di Bandar Baru Bangi.

Hubby ke China dan Korea. Dah dua tiga kali juga ke sana dan berdua dengan rakan pejabatnya atas urusan kerja. Jadi aku tak adalah risau sangat. Cuma ada pesan padanya tak payahlah beli apa-apa kat sana. Takut membazir dan menyusahkan fikiran pulak nak mencari cenderahati untuk isterinya ni. Lainlah kalau dia ke sana untuk bersantai.

Wah! Pergi Korea juga? Anak sulung aku berpesan suruh kirim salam dengan hero drama bersiri Korea, Dream High kat sana. Gila cerita Korea, samalah dengan aku.

Bila hubby tak ada mulalah merindu. Moga urusannya di sana lancar dan begitu juga aku di Malaysia ni. Kejap ke, seminggu saja. Anak-anaklah menjadi kekuatanku. Terima kasih pada pembaca setia blog aku yang sentiasa menyokong.

4 comments:

kak tie said...

alamak...ruginya tak ikut...

mas saari said...

betul tu kak! bila husband takde di sisi memang rindu setengah mati... walaupun hari sehari..

Lulu Caldina said...

tabahlah kak...
tapi lagi best kan kalau ikut ^_^

Puan Kutu said...

bila sesekali berjauhan nie sebenarnya menegeratkan lagi hubungan.mana taknya rindu berlebihan ye tak?hehe..