iklan

Followers

Pages

Thursday, 23 February 2012

Asyik mengutuk je! Pujilah sikit!

Selalulah orang pesan kat kita dan kita pun ada juga pesan pada orang lain 'bila buat sesuatu tu biarlah ikhlas tanpa mengharapkan balasan'. Kalau aku ni ikhlas cakaplah, tengok perkara juga. Kalau ikhlas membabi buta ni kira agak-agaklah logiknya ye!

Bila melibatkan urusan orang dewasa ni kadang aku kira biar dialah. Buruk dan baik nilailah sendiri. Masing-masing sudah dewasa untuk bertindak ikhlas atau sebaliknya. Bila macam tak ikhlas, kalau dinasihat nanti takut meroyan pulak. Eiii... ngeri aku tengok orang meroyan tak tentu pasal ni.

Tapi bila berurusan dengan anak-anak kecil dan remaja yang sedang mengenal erti hidup, kadangkala mereka sangat mengharapkan pujian sebagai tanda penghargaan. Bila mereka dah mengungkit nanti kita kata maknanya tak ikhlas pula.


Biasalah anak-anak yang sedang membesar, perlu ada bimbingan dan nasihat dari mereka yang dewasa. Jadi sebagai orang dewasa rasanya susah sangatkah kita nak beri pujian atas perkara baik yang telah mereka lakukan. Terutamanya anak-anak kita sendiri.

Ada orang mudah memberi pujian (compliments) dan ada juga yang hanya tahu mengutuk (condemns).

'Condemns' atau 'compliments' yang selalu kita berikan pada anak-anak?

Bila ada perkara baik yang dia buat, patutkah kita berikannya 'compliments'? Dan bila perkara tak bagus dia hasilkan, perlu jugakah kita berikannya 'condemns'? Mungkin patut dan mungkin juga tak patut. Lihat situasi dan penyebab juga. Pandai-pandailah kita menilai dan terus belajar bagaimana cara menilai sikap anak-anak.

Apa yang sering berlaku orang dewasa lebih kerap memberi 'condems' berbanding 'compliments'. Aku tersilapkah? Bagi yang dewasa, bayangkan situasi kalian semasa remaja dulu. Bila ada yang tersilap sikit saja, mudahnya orang dewasa seperti guru, warden, ibu bapa, driver bas, makcik kantin, polis dan siapa-siapa sahaja mereka yang dewasa mula menyalahkan dan lagi sakit bila mengutuk kita tanpa menyelidik situasi sebenar.

Bukan semua, tetapi memang ada orang yang suka menilai sesuatu dengan pantas dengan hanya melihatnya kali pertama.

Rasanya biarlah kita bertindak adil. Tidak perlu nak mencari anak remaja lain untuk kita meletakkan di mana kedudukan 'condemns' dan 'compliments', cukuplah bertindak wajar dengan anak remaja sendiri.

Hargai anak-anak bila mereka berbuat baik dengan meluahkannya secara lisan atau perbuatan yang kita maksudkan sebagai 'compliments'.

Tegur dengan baik dan adil bila ada kesilapan yang mereka lakukan. Bukan 'condemns' tetapi 'comments' yang membina.

Janganlah hanya 'condemns' saja yang anak-anak dapat tetapi susah benar dia nak mendengar 'compliments' dari ibu bapanya. Lagi bagus bila 'comments' diberi sekali dengan cadangan membina dan dapat membantu anak-anak berfikir dengan lebih baik.

Pernah dengar luahan hati ini? "Tau salahkan orang je, memang saja nak cari salah kita. Bila kita buat baik tak pernah puji pun!". Termenung sekejap nak memikirkan maksud ayat tu... he..he..

7 comments:

Unknown said...

insyallah kak...papa mifz akan cubo menjadi papa yg baik untuk Mifz...

bagus entry nih..:)

Liza Abu Bakar said...

Papa Mifz : bertuah mifz dpt papa mcm ni.. he..he.. syukur katanya.

Hanis Azla said...

betullah kak.. pujian buat anak2 rasa dihargai dan seronok.. tp condemn itu perlu juga sekali sekala untuk mereka memperbaiki diri..

zati embong said...

kak,jat sokong 2 kak,sgt main peranan. kdg2 sedih sgt bila tgk anak2 duk tnya ulang2 tanya soalan bnyak kali,dahla depan2 public,tp mak buat derk je.

ummiross said...

puji-pujian menghidupkan jiwa asal berpada2, condemns pulak membunuh jiwa jika tak kena gayanya..

jeBateja said...

Errr.....benar sekali tu...masa kita anak2 pun gitu jugak kan kak...kan...kan..

Anonymous said...

Anak kecil pantang dipuji akan tersenyum meleret. :-)