Zaman sekolah dulu bila balik dari sekolah dan sampai rumah saja aku letak beg sekolah dalam bilik, terus capai tuala dan mandi. Tak adalah aku suka nak duduk dulu lepak kat dapur atau ruang tamu atau baring atas tilam. Bila dah siap mandi, barulah nak solat, makan atau buat kerja-kerja lain.
Sebenarnya aku tak selesa nak buat perkara di rumah dengan masih berbaju sekolah. Terasa rimas dan panas pun ada. Lagi pun takut mengotorkan baju yang putih tu. Uniform kenalah jaga sebab hari-hari nak pakai. Semasa di sekolah rendah dulu, mak yang basuhkan baju sekolah. Baju-baju aku yang lain mak suruh basuh sendiri. Mak takut aku basuh tak bersih agaknya.
Bila meningkat ke sekolah menengah, aku mula tinggal di asrama. Biasanya aku kena makan tengahari di kantin asrama dulu sebaik balik dari sekolah. Selepas makan, aku balik ke dorm dan bergegas pula nak pergi mandi. Perlu tukar dari uniform ke baju biasa sebelum nak buat apa-apa pun.
Aku mula bekerja di Bandar Baru Bangi yang memerlukan aku memakai uniform yang disediakan. Maka begitu jugalah tabiat aku yang akan segera buka uniform bila tiba di rumah. Biasanya ada satu lagi baju lain yang aku pakai di dalam yang berlengan panjang sebab uniform yang diberi berlengan pendek.
Memang begitulah tabiat aku sejak zaman sekolah rendah lagi hinggalah bekerja. Jika tidak terus mandi pun, aku akan segera tukar ke baju biasa yang lain daripada terus memakai uniform di rumah sama ada untuk nak duduk sekejap tengok TV atau sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau aku mula nak memasak, sangat merimaskan jika masih beruniform.
Bagaimana dengan korang pula? Sempat tidur sekejap di ruang tamu dengan masih lagi beruniform sekolah atau kerja? Aku tak akan buat kecuali kalau aku sakit dan mungkin tak larat. Tapi yang biasa berlaku pun aku akan kuatkan juga diri untuk menukar pakaian.
Melihat karektor anak-anak pun ada juga yang bila balik sekolah akan terus saja pergi mandi. Ada juga yang masih lambat-lambat nak menukar pakaian. Terpaksa ditegur berkali-kali.
Bilangan uniform biasanya terhad, jadi aku terpaksalah menjaganya. Lagi pun aku tak suka bawa bau-bauan dari tempat kerja lama-lama di rumah. Rasa macam buat OT kat rumah pulak... ehh... gitu pulak ye.
Itu aku, korang bagaimana? Pendapat masing-masingkan...
6 comments:
zaman skolah saya dulu pun sama jugak..nanti mak bebel kalau lewat tukar uniform
tapi skrg..balik umah anak dah tunggu nak susu ..kena lah baring bagi susu barulah mandi.huhu
sama jugak kak!
balik sekolah je terus mandi dan gantung baju sekolah dalam bilik... bukannya boleh tukar baju setiap hari sbb baju ada berapa helai je...
sbb tu skrg saya ajar anak2 buat camtu, alhamdulillah mereka boleh ikut!
Balik rumah mesti nak terus mandi pasai rasa geli geleman la heh melekit2 peluh bagai baju kerja tu. Akak ni plak keja masuk kelas sana sini, jalan banyak, habuk kapur papan hitam tu lagi satu badan, kalau balik tak mandi dulu, memang teruklaa..
Actually kalau ikutkan, lepas keluar setiap kelas rasa nak mandi, kahkah!
lepas kena leter baru tukar...hehe zaman kanak2
beza pula dengan aku, dulu pulang sekolah..mandi..pastu..tidur..maklumlah sekolah pagi...itu sek menegah..kalau sekolah rendah....mmm..aku dah lupa dah...apa aku buat! rasanya..tidur juga kot....
zaman sekarnag ini...budak sek semua ada hand phone.....zaman kita.....??
same sara pon dulu cmtu gak zaman skolah..blk je skolah mst mandi dulu..tak selesa pakai bju skolah kt umah..hehe
Post a Comment