iklan

Followers

Pages

Friday, 3 February 2012

Murid-murid semakin kurang sopan dengan guru

Kantin SMK Bandar Seri Putra, minggu pertama persekolahan 2012... ramainya.

Sekali-sekala anak-anak bercerita tentang situasi yang menarik perhatian mereka di sekolah. Antaranya sifat-sifat kurang sopan pelajar pada para guru.

1. Seorang guru kelas tahun 4 sedang marahkan anak-anak muridnya di hadapan kelas. Apa perkaranya tidak pula anak aku nyatakan. Tiba-tiba ada seorang murid mengomel "Tengok cikgu marah-marah, saya dah tersalah tulis!". Tidak kira sama ada kita guru, ibu bapa, rakan atau apa-apa saja tentu akan merasa tidak dihormati, terganggu, geram atau bengang dengan kenyataan orang seperti murid itu. Nak salahkan guru? Cuba letak diri kita sebagai ibu bapa pula yang sedang menasihatkan anak tetapi tiba-tiba dia mengomel seperti menunjukkan dia tidak lansung mendengar apa yang kita cakapkan tadi. Tentu kita rasa apa yang kita nasihat dan tegurkan tadi hanya sia-sia.

2. Kata anak aku ada seorang pelajar tahun 6 ini agak sensitif. Pantang terkena atau tersentuh sedikit saja akan teruslah melenting. Biasanya yang aku jumpa sifat ini lebih kerap berlaku sesama adik-beradik semasa kecil tetapi agak kurang bila berada di kalangan orang lain. Ada satu situasi di mana pelajar ini ditegur oleh guru di dalam kelas. Namun responnya agak memeranjatkan bila tiba-tiba dia bangun, mengangkat sedikit mejanya dan menghempaskan kembali ke lantai tanda protes. Kemudian dia terus keluar dari kelas. Agak kurang ajarkan!

3. Ada seorang murid tahun 4 dari kelas tingkat paling atas iaitu tingkat 3 dalam keadaan tiba-tiba sakit kaki. Maka dia tak laratlah nak mendaki tangga naik ke atas. Jadi cikgu masukkan dia ke kelas anak aku yang berada di tingkat bawah. Inilah yang dikatakan tidak menghormati tetamu dan mementingkan diri sendiri bila ada yang mencebik pada budak tersebut dengan kata-kata "Tak yah masuk kelas ni lah, menyibuk je!".

Inilah antara sebab-sebab aku tak mahu jadi cikgu kerana aku bukanlah insan yang penyabar. Kalau situasi begini berlaku rasa macam ringan saja tangan aku ni nak merotan budak-budak ni. Bukan juga bermakna anak-anak aku tak pernah memprotes, tak pernah bergaduh dan bersikap yang bukan-bukan tetapi hanyalah sesama adik-beradiknya. Samalah macam aku kecil-kecil dulu.

Tapi mereka tahu aku akan melenting jika sikap begini mereka bawa hingga ke sekolah atau bila berada di kalangan umum. Pantang sungguh aku dengan sifat tidak menghormati guru. Jika guru tidak kita hormati, di manakah keberkatannya ilmu yang kita pelajari?

Kadang-kadang anak-anak sudah memahami, jika mereka tersilap dan dirotan oleh cikgu maka tak akan ada pengaduan pada aku. Tetapi jika mereka merasakan mereka tidak bersalah tetapi dimarah oleh cikgu, mereka akan mengadu pada aku. Biasanya jika aku rasa perlu, aku akan cuba berjumpa dengan guru berkenaan untuk mengetahui situasi yang berlaku dan berbincang. Jika tidak aku nasihat saja anak aku supaya bersabar. Allah sedang menduga. Tetapi jika dia didenda atas kesilapan orang lain, aku akan siasat dan tidak berdiam diri kerana anak aku juga ada harga diri.

Dapat aku rasakan betapa panasnya perasaan guru di dalam hati bila menghadapi situasi begini. Nak ditegur tak mendengar kata, nak di beritahu pada ibu bapa khuatir dia pula yang diherdik semula, nak dirotan takut lain pula penerimaan ibu bapa. Silap-silap jadi kes besar. Serba tak kena jadinya, maka kadang jadilah "lantak kaulah". Inilah yang mungkin boleh terus-terusan akhlak murid jadi lebih buruk. Keadaan menjadi lebih haru bila tiada kerjasama daripada para ibu bapa sendiri.

Berkali-kali sudah dan ramai yang mengatakan sikap hormat kita pada guru sangat berbeza berbanding dulu dan sekarang. Begitu juga sikap guru itu sendiri. Namun masih ramai lagi yang memandang mulia pada tugas guru ini dan para guru sendiri ramai yang benar-benar ikhlas dalam mendidik anak-anak muridnya. Biar pun zaman sudah berubah, kita teruskanlah menyokong para guru mendidik anak-anak kita agar yang salah itu dapat diperbetulkan segera.

Seperti entry lama aku "Tegas tapi pastikan hati anak-anak melekat", kenalah cuba memahami anak-anak agar kita mudah menyerapkan rasa hormat mereka pada para guru dan rakan-rakan sekolah.

Sudi-sudi baca entry lama aku yang agak panjang "Pelajari seni mendidik anak-anak".

p/s : Kalau dapat cikgu ni, mesti semua OK agaknya ; "Guru paling cantik dan seksi di China".

7 comments:

mas saari said...

tak suka murid2 yang tak hormat guru ni, umpama dia tak hormat mak ayah dia je..

Areyoudys said...

as salam..
eh? kak mas kat sini.
haha..

hm..kita kena buat satu undang2 baru..budak2 sekolah tak boleh kurang ajar. kurang ajar, bagi hukuman. biar sama rata dengan budak2 sekolah juvana. tak dikawal. makin melampau..

sukarnya menjadi guru kan..
hm..

Jemput ziarah membaca entri pakcik.. ;)
syukran..entri terbaru :


Orang Gila Dibenarkan Solat


Entri sebelum ni :


Tahan air kencing punca kerosaKan buah pinggang dan pundi kencing


Cara meringankan solat dalam Islam

Ct Aja said...

betul kak..jd cikgu mmg kn betul2 sabar kan....

atuk said...

Assalamualaikum Liza

yang penting kena ada ilmu Agama dalam dada

contohnya disana sudah ada adap2 murid dgn guru

sud@is said...

tabik pada cikgu2 yang sabar dgn kerenah anak2 murid yg berbagai..
menjaga anak 3-4 orang pun banyak cabaran inikan anak murid...

amier_fekhry said...

bg pnglmn fik sbgai cikgu lg2 cikgu pndkn khas, utk ank2 murid yg kurg ajar kt x pyh nk bg hukumn spt rotan, kt mesti pndai bermain dgn psikologi mereka. kdg2 mereka jd begini sbb krg perhatian. kenali mereka pasti mereka akn berubh dan mnjadi kwn kpd kt...

ummiross said...

Ibu bapa selalu menjadi contoh tauladan, selalunya kalau ibu bapa yang baik2, anak2 pun baik jugak budi pekertinya..