Ditegur marah, tak ditegur salah. Kesilapan yang buat aku nak tergelak pun ada. Agak-agaklah nak buat silap pun. Mykad, benda penting ni. Apa tidaknya, tengok nombor kad pengenalan usianya sebaya anak sulung aku je. Baru 16 tahun, tapi bila dilihat rupa lebih berusia dari mak aku yang baru menyambut hari lahirnya ke-70 semalam.
Kes ni dah rujuk ke JPN, tapi tak tahulah berapa lama baru nak betulkan. Kalau ikutkan Piagam Pelanggan Bahagian Kad Pengenalan yang bermasalah dalam link JPN ini kata masalah selesai dalam masa 4 bulan. Dah sampai 4 bulan ke belum dari tarikh buat laopran. Lihat piagam nombor 2.
Baca berita penuh dari mStar Online :
Gara-Gara Kesilapan MyKad, Warga Emas Jadi Gadis Sunti
KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.
Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.
"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.
Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.
Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.
Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA
3 comments:
kes mcm ni pun ada ke..perihatin sgguh kjn kita yer..
dah masuk paper mungkin proses cepat sikit kot.hehe
Kesilapan yang boleh mendatangkan kesulitan kepada tuan empunya badan..
Post a Comment