Jimat atau berhemat berbelanja memang bagus. Menggunakan wang untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan ikut keperluan sahaja. Bukanlah ikut hati dan perasaan yang nak aje beli sedangkan kalau benda tu tak ada, tak menjadi masalah besar pun.
Memang patut jimat pun untuk elakkan pembaziran atau lagi susah bila perbelanjaan untuk perkara yang penting tiba-tiba saja tak tertunai. Semuanya gara-gara tak dapat elak nafsu membeli benda-benda yang memang menyeronokkan, cantik bergaya tetapi tak penting.
Mana lagi penting? Beli handbag yang harga beratus atau bayar yuran sekolah anak, mungkin selesai juga bayar yuran tuisyen anak dua tiga bulan. Tak salah beli handbag pun tapi kalau ada perkara penting yang belum selesai, eloklah didahulukan pembayarannya.
Ada yang sanggup tempah baju mahal-mahal untuk ke majlis tertentu tapi baju sekolah anak yang dah pun senteng tak pun dipedulikannya. Senteng atau singkat sebab sejak 3 tahun yang lalu anak makin membesar dan tinggi. Kalau orang dewasa susahlah nak makin tinggi. Banyak berlaku pun makin melebar badannya adalah.
Aku yang dewasa ni selalu ingatkan anak supaya berjimat tetapi kadang terlupa aku sendiri adakalanya membeli mengikut hati untuk puaskan hati sendiri je. Anak-anak melihat dan bijak juga menilai. Tak baguslah bila pesanan jimat pada anak-anak tak selari dengan sikap kita yang adakalanya suka boros. "Mama ni suruh orang jimat tapi mama tak jimat!", haaa... kan anak aku dah komplen tu.
Sesekali nak memuaskan hati sendiri dengan barang mewah tidak mengapa asal perkara yang penting selesaikan dulu. Takut nanti bila tak cukup dana untuk perkara penting, kita pulak yang tension. Jangan bunuh diri ye atau buat perkara yang bukan-bukan pulak. Kita ada pegangan agama.
Erti jimat bukan tertakluk pada jimat semasa membeli barang saja tetapi juga melibatkan jimat pada perkara-perkara yang kadang kita ambil mudah saja seperti penggunaan dua perkara utama seharian :
1) Elektrik seperti lampu, aircond, sterika, kipas, TV.
2) Air semasa mandi dan gosok gigi, siram pokok bunga, basuh kereta.
Seronok aje guna dua perkara tu kan. Lupa siapa yang bayar bil tu yang terseksa... he..he.. Jimat-jimatlah ye!
Opss... satu lagi! Jimat-jimatlah bila guna handphone tu. Jangan sampai bil melambung tinggi atau asyik nak kena top-up aje.
2 comments:
dulu masa bercinta, selalu kena top up je memanjang...sekarang dah kawen, selalu sms je...hehe...
topup tu yang tak leh tahan..cepat benar habisnya...air pulak anak-anak ler yang tak tahan hari2 kena berleter..main air banyak dari mandi..
Post a Comment