Set make-up Farmasi Colour Cosmetics. Aku curi gambar ni dari facebook anak saudara sepupu aku. Maknanya anak saudara aku jugalahkan.
Kiri sekali ada 4 bulatan warna tu Soft Touch 4 Colors Eye Shadow, biji-biji bulat halus tu pula Pearl Blusher, bekas bulat ada warna biru tu pula Soft Touch Mono Eye Shadow dan ada berus disertakan.
Kos semua termasuk pos dalam RM110 je rasanya. Ikut kiraan akulah berdasar harga tertera pada link produk tu.
Hanya RM110 untuk dapatkan produk yang sama seperti artis-artis pakai dan mak andam gunakan untuk andaman pengantin.
Mengapa mereka memilih produk ini sebab ianya sangat berbaloi untuk poket kita. Murah dalam lingkungan saingannya dan berkualiti.
Jimat pulak tu, oles sedikit saja dah ada warnanya dikulit kita. Tak perlu nak oleskan banyak kali pulak. Harga murah, jimat penggunaan. Memang berbaloilah.
Perkara paling penting, produk dari Turki ini boleh digunakan tanpa was-was kerana ianya halal. Lihat SINI.
- Halal Certificate for Farmasi Colour Cosmetics
- Elemen Halal Farmasi Colour
- Farmasi Colour Cosmetics
Dia ingat dia sorang je yang ada. Gurau je!
Aku pun ada juga set aku sendiri. Paling suka dengan foundationnya. Bukan mudah nak cari foudation yang sedap pakai tapi harga murah. Sekarang aku pakai High Performance Foundation, sesuailah untuk aku yang dah berusia lebih dari 30 tahun ni.
Kadang-kadang aku tak pakai pun foudation tu tapi aku lembapkan dulu muka aku dan terus sapu Silky Compact Powder tu. Buat macam foundation pulakkan. Tokey tak ajar, aku sendiri bikin je.
Ini aku punya set. Jangan terkejut tengok warna True Color Lipstick tu. Memang merah terang pun. Biasanya aku sapu sikit je dan campur sikit dengan Gleam Rouge Lip Gloss yang warnanya agak natural. Tak ada dalam gambar pun.
Tokey kedai suruh aku pakai Eye Pencil warna hijau. Cuba ajelahkan! Selalu pakai warna hitam atau coklat. Boleh juga lukiskan sebagai satu line atas mata, lagi kemas.
Paling best nak bawa ke mana-mana kalau nak cuci muka tentulah Wet Wipes dalam bekas plastik putih yang ada gambar awek kat depan tu. Lap je keliling muka tu, memang bersih dari segala kotoran terutama kalau nak hilangkan kesan-kesan eye shadow dan eye pencil tu.
Tak make-up? Tak mengapa, boleh juga gunakan warna-warna yang natural agar wajah nampak segar.
Kalau nak tengok real product, tanyalah tokeynya kalau-kalau dapat jenguk lokasinya di rumah je. Busy nak exam maka tak sempat nak jaga kedai pun. Tapi kalau nak order online pun tak jadi masalah juga.
Nak diskaun lebih? Jangan minta dengan aku. Korang bodek-bodeklah tokey tu sebab dialah tokey, dia jugalah kulinya... he..he..
Orang lelaki pun boleh beli, jangan korang pakai pulak. Boleh hadiahkan untuk teman wanita, ibu, isteri, kakak atau mana-mana wanita yang korang sayang. Tiada hydroquinone yang boleh merosakkan wajah tu ye!
4 comments:
KC kan Liza, jrg2 pakai mekap. Aritu beria-ia beli. pakainya sesekali aje.
kakchik@ella ; samalah liza ni kadang2 tu malas juga. biasa kalau pi majlis atau mood baik juga. KC dah natural beautynya.
hai liza, mana nak dprkan product nie....:):)
elna : ada banyak link di situ. order di blog Beauty Farmasi
http://beautyfarmasi.blogspot.com/
Post a Comment