Gambar dari SINI |
Rakan anak aku kata "budak perempuan tu budak form 4". Apalah perasaan ibu ayahnya melihat anaknya balik lewat yang disangka ada aktiviti di sekolah, rupanya bercengkerama dengan pakwe di restoran mamak. Restoran tu ada bahagian yang terbuka dan juga ruang yang berhawa dingin.
Bila dah nak balik dan masuk kereta, rakan anak lelaki aku kata "tadi diaorang macam nak cium je!".
"Laaa... kenapa tak bagitahu acik tadi? Nak je acik sergah!", balas aku.
Itu kejadian pada 14 Februari baru ini, lupa aku nak ceritakan kelmarin. Meraikan Valentine's Day agaknya... Ishh.. tak sukanya aku.
Situasi ini pula dah 2 kali aku melihatnya di mana sekelompok pelajar lelaki yang masih beruniform baru saja selesai bersarapan di retoran mamak yang sama. Berkepul-kepul asap rokok dihembus. Sakitnya mata aku melihatnya. Jam sudah pun pukul 7.30 pagi sedangkan loceng berbunyi pada pukul 7.20 pagi.
Selepas itu barulah mereka bergegas menaiki motorsikal masing bergerak ke sekolah. Harap mereka memanglah ke sekolah.
Hal ini berlaku di restoran mamak yang satu ini saja. Seingat aku tak nampak pula keadaan yang sama di restoran-restoran lain sekitar taman perumahan di tempat aku ini.
Bila aku tanya pada pekerja di situ "Kenapa tak tegur?".
"Tak boleh tegur! Hal diaorang kita tak boleh campur!", kata pekerja yang memang biasa juga menegur aku setiap kali aku ke restorannya.
"Oooo... kau bersubahatlah ye!", komen aku. Tersengih saja dia.
Risau aku tengok anak-anak remaja yang bukan saja tak sayangkan diri sendiri tetapi sudah tiada rasa malu lansung dengan masyarakat sekeliling. Terang-terangan begitu bangga melakukannya. Mungkin sebab masyarakat tidak sepakat untuk menegur.
Kita nak menegur anak orang mungkin susah. Jadi pakat-pakatlah kita mengawal dan perihatin dengan aktiviti anak-anak kita. Insyaallah jika semuanya sepakat, dapatlah kita kurangkan gejala sosial yang tidak sihat ini.
Aku risau kerana aku ada 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang sedang membesar. Sikap masyarakat sekeliling juga punya potensi untuk mempengaruhi kehidupan kita.
p/s : Restoran depan tangki air di Bandar Seri Putra... 24 jam dibuka.
12 comments:
perkara macam nilah yang dirisaukan... moga anak kita tak terlibat dengan perkara sebegini!
situasi macam ni lah paling menyampah nak tengok,lagi kita tenung lagi dia buat...dasar budak tak de moral...memang kesian kat fmly diorang,saya pun risau anak2 semakin membesar...sebab itu ke mana sahaja mereka nak pergi saya pantau dan ambil tahu...saya sanggup hantar dan ambil..
2la hakikatnya skrg kak,diorg bukan ada perasaan malu da,tp perasaan bangga dpt buat cm2.
Assalamualaikum Liza
yg lebih dahsyat...keluar ajer pintu sekolah...dah berasap...yg perempuannya terus tanggal tudung
dunia dah jauh berubah kak.. budak2 sekarang lagi advance dari kita sendiri dulu..
malu itu cabang iman, bila sifat malu sudah terhakis beginilah jadinya..
kadang2 tak kena gaya menegur, kita plak yang kena bantai..
macam2 gaya anak muda zaman sekarang..
memang menyampah bilo tgk bdk2 sekolah yg tak reti beradab bilo kat tpt public nih...
Harap-harap x jadi la kat sitwin bile basar nanti...
Memang sangat merisaukan dan sesak nafas bila akak fikir pasal bebudak macam tu. Sangat susah hati..
ERrr....nasib baik masa den muda2 dulu tergolong org yg baik2 ye kak....ahakz...
bisnes tu kak... kalau tegur, habislah bisnes
Post a Comment