iklan

Followers

Pages

Friday, 10 February 2012

Aku pun nak cepat jugak! Ingat kau sorang je nak cepat??

Ehh... suka hati dia parking belakang kereta aku. Aku nak cepatlah, kau ingat kau sorang je yang nak cepat. Belakang sana tu punya banyak parking kosong. Lebih dari 10 lot parking yang kosong. Apasal kau tak park kat sana je. Dah la block kereta aku nak keluar, block laluan kereta lain juga. Aku tegur nanti kau marah tapi marah aku ni kau tak kira pulak.


Ni lagi satu kira nak cepat dia je turunkan anak ke sekolah kat tengah-tengah jalan. Cepat sangatlah kononnya. Depan aku ni kosonglah, apasal kau tak ke tepi sikit je. Kereta lain nak lalu pun tak boleh, aku nak keluar pun tak boleh. Aku pun nak cepat juga, nak hantar lagi sorang anak ke sekolah menengah pulak.

Situasi-situasi beginilah yang kadang buat aku jadi panas hati, tapi memandang sajalah. Kalau lama sangat, tarik nafas dulu baru pergi tegur. Bukan apa takut vokal aku tinggi dan hilang budi bahasa pulak semasa menegur. Kalau tidak, sabar ajelah. Sabarlah konon, merungut-rungut juga aku dalam kereta sorang-sorang.

Geramnya!!


9 comments:

Hudalatip said...

Biasa gak kena cam gini, memang panas hati,..

Fathiah Hamim said...

pentingkan diri sindri, takda civic minded. -_-

susumanis said...

hampeh tol org cam nih :((

zati embong said...

kalau sekejap rasanya leh consider,tp kalau 5 min tnggu x gerak2 x tahu nk kata apa la.

umiawadah said...

honkan je ...biar dia cepat2 sikit..memang gitulah..

mas saari said...

selalu jugak kena camni bila antar anak sekolah... geram!

Bapak said...

lebih ramai pentingkan diri sendiri, xde sivik

Dinas Aldi said...

Memang bengang kalau macam ni, akak pun selalu kena.

is150 said...

Akak kalau kat sini mesti sumpah seranah tak berenti punya... kat sini lagilah orang berenti, bukan takapt anak je turun. Driver pon turun sama keluarkan beg dari bonnet.... Parking lagilah , ikut suka je.