Biasa berlaku kita disuruh matikan handphone ketika meeting, seminar atau menghadiri mana-mana perbincangan kumpulan. Aku jarang benar matikan handphone, cukup sekadar buat 'silent mode' dengan vibration (getaran). Sejak dulu aku sentiasa risau dengan insan-insan yang aku sayang jika ada kecemasan.
Rakan aku pernah bercerita tentang rakannya yang bekerja sebagai seorang pakar motivasi. Beliau sering ke sana sini memenuhi jemputan untuk memberi ceramah ke pejabat-pejabat swasta mahu pun kerajaan.
Seperti biasa dia akan matikan dulu handphonenya sebelum memulakan motivasi beliau. Dari mula ceramahnya hingga ke akhir tidak lansung dijenguknya handphone tu. Hinggalah bila beliau naik ke bilik hotelnya, ada banyak 'miss call' dengan 2 message di handphonenya.
Rasa-rasanya apakah isi messagenya. Biasanya kita akan membaca message yang paling akhir atau paling atas sekali. Maka dia hanya membaca mengatakan anak kesayangannya telah pun kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Bila di lihat pula message yang sebelumnya berbeza beberapa jam meminta dia segera ke hospital untuk memberitahu anaknya itu bakal menjalani pembedahan segera.
'Misscall' yang diterimanya pula adalah dari nombor handphone isterinya dari tempat kemalangan hinggalah ke hospital. Bertalu-talu isterinya membuat panggilan dalam keadaan panik, cuba memohon bantuan suami tetapi panggilannya tidak berjawap. Bayangkanlah perasaan isterinya waktu itu.
Memohon bantuan dan sokongan apa nak buat, anak dah kemalangan. Perlu tandatangan segera untuk pembedahan anak? Bila dah panik, banyak perkara yang sudah tidak tentu hala. Itulah keadaan isterinya waktu itu.
Penyesalan tak sudah melanda beliau kerana habit mematikan terus handphone setiap kali memberi ceramah motivasi mengundang padah pada diri sendiri. Sudah suratan takdir begitu. Menjadi pengajaran yang lebih jelas buat kita semua.
Kadang-kadang hal sebegini bukan saja dia kehilangan anak, tapi boleh sebabkan perceraian bila isteri mungkin menyalahkan suami buat selamanya. Kena redha.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Walau pun dalam keadaan 'silent mode', sekejap-sekejap jenguklah handphone tu. Takut ada perkara yang penting sangat-sangat. Pandai-pandailah korang nak adjust macam mana. Jangan sampai berjam-jam pula baru nak respon panggilan.
5 comments:
silent or vibrate rasanya tak mengganggu tugasan...yg terganggu hanyalah bila ada bunyi ringging...even waktu solat sekali pun kalau dioffkan hanyalah seketika sahaja...kena bijak bertindak/fikir mengikut keperluan dan keadaan semasa.
[PCL] : setuju sangat..
saya tak pernah matikan hp kalau ada meeting ke, seminar ke... takut ada panggilan kecemasan nanti!
hanya silent mode je! moga kisah ni jadi pengajaran..
silent mode sudah.....handphone tue satu keperluan ketika ini....
Saya percaya penceramah ini off HP pun sebab pengalamannya. Pengalaman saya sebagai seorang penceramah, guna 2 HP. Untuk peribadi dan kerja. Biasanya HP kerja ni memang tak berenti berdering. Itu sebab bila beri kuliah saya offkan je terus HP kerja.
Post a Comment