Nampaknya isu kerajaan negara jiran kita mahukan gaji pembantu rumah dengan minimum RM700 sebulan menimbulkan beberapa masalah pada beberapa rumah tangga. Aku rasa macam tu lah! Korang setuju tak?
Entry aku yang berkaitan : Jadi pembantu rumah lebih mewah gajinya.
Ianya menjadi modal kepada para isteri untuk minta lebih elaun pada suami masing-masing. Ada isteri yang serius nak minta elaun lebih dan ada juga yang sajalah nak melawak. Ada suami yang sabar dengan kerenah ini dan ada juga yang naik angin walau pun isterinya saja nak melawak. Sabar ye!
Jangan isu pembantu rumah jadi bahan bergaduh pula pada pasangan suami isteri yang selama ini memang tak pernah menggunakan khidmat itu pun. Apatah lagi jika pihak isteri sememangnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagi yang sangat memerlukan khidmat pembantu rumah pun dah lama pening memikirkan masalah ini dek kerana masing-masing sibuk bekerja.
Urusan yang paling dirisaukan tentulah kebajikan anak-anak dan kebersihan rumah tangga. Itu saja masalah yang menyebabkan mereka perlukan khidmat pembantu rumah.
Para isteri yang minta lebih elaun biasanya atas sebab berikut tidak kiralah sama ada dia surirumah sepenuh masa atau pun tidak :
Semua kerja rumah dibuat olehnya tanpa bantuan suami. Si isteri meluahkan tenaga dan berkorban rasa menguruskannya tanpa sedikit pun elaun dari pihak suami. Dia merasa sangat letih dan terasa tidak dihargai. Dia merasakan pembantu rumah lebih beruntung kerana melakukan tugas yang sama tetapi menerima gaji yang lumayan. Sedangkan dirinya tidak menerima RM7 pun untuk nak beli bedak, krim muka, jamu dan sebagainya untuk keperluan diri sendiri.
Kalau begitu, jadi pembantu rumah sajalah lagi bestkan.
Berbeza pula pada para isteri yang saja nak melawak dengan suaminya tentang isu ini. Dia bukanlah nak minta elaun yang setara pun dengan pembantu rumah. Tetapi cukuplah sekadar si suami turut sama membantu melakukan kerja rumah jika memang sama-sama juga bekerja sepenuh masa. Sejuk hatinya jika sekali-sekala suami membantunya dengan urusan anak-anak dan kerja rumah di hujung minggu.
Tapi kalau dapat tambahan elaun pun apa salahnyakan. Tak perlu sampai RM700 pun, RM500 pun ada yang rasa terlalu banyak "banyak sangat ni bang!".
Kadang-kadang ada isteri yang merasakan tak perlu pun elaun untuk dirinya. Baginya sudah lengkap dengan tempat tinggal yang ada, kereta untuk ke sana-sini, makan minum sentiasa suami sediakan, segala bil pun suami bayarkan dan pakaian cukup semuanya. Syukur sangat baginya bila kebajikannya dan anak-anak seperti kesihatan dan pelajaran juga diusahakan agar sempurna oleh si suami. Maka tak perlu lagi baginya elaun. Kasih sayang suami padanya dan anak-anak sudah menjadi rahmat besar baginya.
Jadi bagi aku kalau semuanya nak berkira antara suami isteri maka susahlah nak maju dan bahagia. Bila dah kahwin maka itulah yang kita kena buat. Kalau tak sanggup patut dari awal jangan kahwin jika hanya nak susahkan orang lain. Tak kiralah kita sebagai suami atau pun isteri, bertolak ansurlah dan berkasih sayanglah. Besar pahala tu!
Jangan berkasih sayang dengan yang bukan muhrim pulak, dosa besar. Apatah lagi bertolak ansur sampai tergadai diri, memanglah tak patut lansung. Dah la dosa, rugi besar pulak tu.
Mana yang terasa hati tu aku minta maaf. Bukan menidakkan beban tanggungjawab para suami maka bercerita tentang letihnya menjadi suri rumah. Masing-masing ada bahagiannya.
Kadang berlaku dapat suami yang baik tetapi isteri pula yang mengambil kesempatan mengabaikan tanggungjawabnya atas kebaikan suaminya. Begitu juga sebaliknya bila isteri baik, suami pula bersikap membuli isterinya. Lumrah dunia begini, jangan kita ikut!
2 comments:
betul tu kak.. klu kira elaun mmg besar elaun kita.. tp dalam rumahtangga kita tak boleh terlalu berkira.. lebing kurang, bantu membantu itulah seeloknya..
kalau husband mampu boleh je kak, daripada duit dia habis bayar pembantu rumah..
Post a Comment