iklan

Followers

Pages

Monday, 19 March 2012

Saintis haram ni patut ke tali gantung je!

Semakin kerap aku dengar kes dadah di berita TV. Mana yang menagih, mengedar dan membuatnya. Pun begitu ada juga aku terbaca (lupa dah kat mana) yang minta mansuhkan hukuman gantung ke atas pesalah dadah kerana katanya kes dadah tak juga surut dengan hukuman tu.

Alasan kukuh ke? Atau kalau mansuh dengan ganti hukuman penjara seumur hidup tu boleh lebih baik ke kesannya berbanding hukuman gantung? Yang pasti aku tak setuju. Teruskan saja hukuman gantung tu kerana dadah menyebabkan ramai anak bangsa kita rosak, musnah dan punah. Bukan hanya orang yang menghisap dadah itu musnah tetapi melibatkan orang lain yang tidak berdosa juga. Cukup berat kesan buruk dadah ini.

Masalah jadi keldai dadah pun satu hal yang patutnya dapat dielak jika berhati-hati menerima tawaran lumayan dan mendapat teman baru. Kaji apa yang tersurat dan tersirat. Kalau malas nak kaji, jangan layan.

Hebatnya sekarang semakin bijak mereka nak menandingi para saintis. Agaknya teringat masa belajar campur bahan kimia dalam makmal sains di sekolah dulu. Masing-masing nak proses dadah sendiri sama ada di rumah persendirian mahu pun rumah sewa.

Kalau dah proses sendiri tentulah nak kaut lebih banyak keuntungan agaknya. Semakin banyak dengar kes makmal haram nak proses dadah dibenteras. Apa nak jadi?

Tadi pun ada berita kes proses dadah dilakukan di rumah sewa.

Hati-hatilah wahai pemilik rumah sewa. Sekali-sekala kena ambil tahu juga jika dirasakan ada aktiviti mencurigakan oleh penyewa anda. Jangan main terima saja permintaan nak menyewa rumah kita. Takut jadi kes macam ni nanti, untung ke mana tetapi kita pula yang dapat naya.

4 comments:

Norliha Samad said...

diorang tu teringin nak jadi saintis agaknya kot...

jeBateja said...

Kalau mcm tu...Malaysia leh menjadi negara teramai SAINTIS....

Dr K said...

pejuang hak asasi manusia (katanya) ramai yg perjuangkan supaya hukuman bunuh ni di mansuhkan...s pencipta dadah ni pada saya mmg sejahat jahat manusia, dan perlu di bunuh

Hanis Azla said...

saintis yg mengunakan otak mereka utk menghancurkan hidup org lain.. hukuman gantung mmg paling wajar buat mereka..