Kadang pentingkan diri sendiri ni bagus pada perkara-perkara yang sepatutnya Maksudnya mengabaikan permintaan orang lain yang boleh menjurus kepada kemusnahan diri kita dan kita tetap meneruskan aktiviti kita yang mendatangkan faedah. Kita mungkin pentingkan diri sendiri kerana tidak sama-sama mengajak orang lain untuk melakukan perkara yang menguntungkan ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan pergaduhan dan huru-hara. Apa pun jarang sangat orang kata ianya pentingkan diri sendiri dalam hal begini.
Selalu yang berlaku kita dikatakan pentingkan diri sendiri bila melakukan sesuatu tidak kira baik atau buruk yang kita rasa memberi keuntungan kepada diri kita tetapi tidak memperdulikan jika sama ada ianya memberi kesan buruk atau sebaliknya kepada orang lain Biasanya ia akan menimbulkan rasa marah pada orang lain.
Bagaimana dengan sikap pentingkan diri sendiri yang begini?
1. Kita menjadi guru yang mengajar anak murid dalam erti kata sekadar mengajar tanpa memperdulikan sama ada anak murid kita faham atau sebaliknya Kita hanya tahu masuk ke kelas dan mengajar mengikut silibus yang ditetapkan hinggalah habis masanya. Tiada rasa risau jika ramai anak murid yang salah semasa menjawab soalan Kita hanya faham bahawa tugas mengajar kita sudah selesai, selebihnya pandai-pandailah anak murid nak faham atau tidak.
2. Sebagai ibu dan bapa yang tahu tentang pentingnya ilmu agama tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka sering mengikuti kelas-kelas agama untuk diri sendiri agar lebih pandai dan tahu tentang agama Tetapi mereka abaikan keperluan ilmu agama pada anak-anak mereka dengan harapan anak-anak dah dapat di sekolah. Atau pun dah suruh sekali dua tetapi anak-anak tak mahu maka lantak koranglah.
3. Kita berniaga hanya untuk mencari keuntungan. Tidak kisahlah jika isi bahan niaga kita mengandungi unsur-unsur yang haram terutamanya makanan. Bagi kita tidak mengapa bahan mentah kita ambil dari pembekal yang bukan Islam walau pun yang Islamnya ada. Apa yang penting bagi kita adalah keuntungan komisyen yang lebih tinggi.
Mungkin ada banyak lagi contoh yang kita tak berapa perasan pun ianya juga antara sikap pentingkan diri sendiri. Cuma contoh sebegini sebenarnya akan merosakkan kembali diri kita mungkin belum di dunia tetapi di akhirat nanti. Keuntungan yang kita harapkan akan menjadi kerugian yang besar buat diri kita di kemudian hari.
Melakukan kebaikan adakalanya mudah dan adakalanya sukar, tetapi itulah yang wajib kita lakukan. Bukan semua bersikap begini, ramai lagi yang jujur dan sentiasa memikirkan kepentingan orang lain. Mereka ini biasanya tidak ingin menyerlah tetapi kita dapat merasainya. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment