iklan

Followers

Pages

Saturday, 17 March 2012

Masalah peribadi punca bunuh Omar Peter dan Zara Eleena

Apa punca sekali pun bukan hak kita untuk menyakiti dan ambil nyawa orang lain sesuka hati. Hilang nilai kemanusiaan kerana duit dan tak akan berkembang tara mana pun sebab tak ada berkat kerana mencuri. Kejam sungguh manusia ini..

Aku copy paste berita di bawah ni dari blog 'Dia buat dah' untuk susulan dari entry aku sebelum ni 'Dia yang kukenali telah dibunuh, Alfatihah!'

SHAH ALAM - Polis semalam mendedahkan pertengkaran mengenai masalah peribadi merupakan motif utama seorang pensyarah, Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah dibunuh di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong Ahad lalu.

Penjenayah yang melakukan perbuatan itu pula kemudian melarikan kereta jenis Perodua Kenari milik wanita tersebut bersama sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM100,000.
Barang kemas itu kemudian dijual di sebuah kedai emas di Ampang, dekat sini manakala kereta tersebut ditemui di Changlun, Kedah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kesemua maklumat tersebut diperoleh selepas pihaknya menyoal siasat enam suspek termasuk teman lelaki mangsa berusia antara 19 dan 23 tahun. Mereka ditahan di kawasan Cheras dan Ampang sejak Isnin lalu hingga kelmarin.

4 comments:

Unknown said...

aihh.. keciannya. pasal punca mslh peribadi, org jadi mangsa bunuh..ish3.

Liza Abu Bakar said...

steffany daph : nak jadi penyebablah tu.. kesian jadi mangsa.

Lydia Miza said...

mcm2 kes sekarang ni kan kak

sitiezahim said...

ya Allah seramnye...moga kita semua dilindungi sentiasa kan kak..