iklan

Followers

Pages

Friday, 9 March 2012

Dah masuk sekolah menengah, kenalah pandai berdikari!

Pagi-pagi nak hantar anak ke sekolah memang aku kalut selalu. Suka buat perkara last minute memang macam tu. Bila perangai tu turun kat anak, mulalah nak marah. Tapi salah siapa? Tak ke salah aku sendiri.

Malam tadi tak nak digosok baju tu, sibuklah anak teruna aku tu baru nak menggosok baju sekolah pagi ni. Belum bergosok tu satu hal, dibuatnya bajunya baru basuh malam tadi dan masih lembab dalam bakul dah buat aku angin satu badan. Memang habit aku selalu basuh baju waktu malam, sidainya di sebelah pagi. Dalam sehari ada dua bakul besar yang nak kena sidai.

Tiap-tiap malam nak kena ingatkan dia pasal baju sekolah dah bergosok ke belum. Kalau aku terlupa nak ingatkan, macam tu lah jadinya. Rasa nak karate je! Geram ni... dah tingkatan 2 masih nak harap mak pasal baju sekolah. Balik-balik aku juga yang kadang terpaksa cover untuk tolong gosokkan baju sekolah dia pagi-pagi.

Garang-garang aku pun kadang tak sampai hati juga. Tapi kalau asyik tak sampai hati aje nanti anak pulak yang naik lemak, betul tak? Jadi dia pun saja-saja buat-buat lupa gosok baju kerana harapkan maknya yang buatkan pagi-pagi.

Tak pelahkan, tadi aku dah luahkan rasa hati aku pada hubby melalui SMS awal pagi. Hubby dah sampai ke pejabat agaknya. Aku minta tolong dia pulak nasihatkan si anak teruna aku tu. Anak lelaki lebih baik jika dinasihatkan oleh bapanya agar mindanya lebih cepat matang dan bijak.

Dah masuk sekolah menengah pun, kenalah tau nak uruskan diri sendiri. Bukan suruh basuh baju sendiri pun macam aku dulu-dulu. Cuma pastikan setiap hari baju sekolah, kasut sekolah, stokin dan segala keperluan sekolah yang lain tersedia setiap pagi. Kalau tak ada tu kenalah cari sampai ada. Macam manalah agaknya kalau tinggal di asrama macam aku dulu. Semua buat sendiri, sakit pening pun tahan sendiri, tension pun layan sendiri aje.

6 comments:

Faiz said...

salam kak liza..hehe kalau masuk asrama semua automatik buat sendiri sebab tahu takda sapa yang akan buat kalau tak diri sendiri yang kena buat hehhe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tiap2 pagi anak ila menangis nakmandi pagi.. tapi dia baru tadikala.. bila bising elok la kejap pastu buat balik.. agaknya kita kecik2 dulu mcm tue ke??

Hanis Azla said...

bila mama ada memang segalanya nak mma pantau.. wp sepatutnya dah boleh buat sendiri kan kak.. anak2 saya pun gitulah juga.. pg selalu angin jugak sbb nak pergi sekolah barulah nak mencari itu ini..

sitiezahim said...

kene tulis besar2 dan tampal dlm bilik dia..hihiihih

Dinas Aldi said...

Bagus tu, kena ajar dia berdikari & selalu ingatkan tapi kalau dah selalu sangat, tension jugak ya. Liza ok la jugak, marah saja tapi mak akak dulu nasihat dengan rotan terus, kakahkah! Nasib baik la mak akak rotan, jadi orang gak akak ni (huweekk muntah hijau puji diri).

kak tie said...

bagus bila anak2 dari kecil dah diajar berdikari...senang mak/bapak..:)