Gambar dari SINI |
Kami berhenti sekejap di satu R&R. Sempat membeli air dan jajan.
Biasanya aku akan bertanya jika ada anak-anak yang nak ke toilet untuk buang air. Tak mahulah aku bila kereta dah jalan nanti ada yang tak tahan nak membuang pulak. Memang cari marah akulah tu sebab aku tak akan berhenti di lorong kecemasan semata-mata untuk buang air kecil. Sangat bahaya!
Tak ada siapa yang nak ikut ke toilet. Jadi aku sorang je lah yang pergi.
Sampai di depan toilet aku jadi confused mana satu toilet untuk perempuan dan lelaki. Terpaksa berhenti sekejap untuk baca papan tanda dengan teliti. Toilet pertama untuk lelaki dan kalau berjalan ke depan sikit lagi barulah toilet untuk perempuan.
Aku confused sebab ada sekumpulan 3-4 orang lelaki dan seorang wanita berdiri di hadapan jalan nak masuk ke toilet perempuan. Sangat-sangat mengganggu bagi aku. Rasa nak 'sound' aje!
Apahal pulak ramai lelaki depan jalan ke toilet perempuan dan menghalang laluan pulak tu. Tak ada perasaan agaknya. Macam tak ada tempat lain nak berborak.
Kalau ugama lain tu aku fahamlah rasanya, ini yang seugama dengan aku. Patut lagi fahamlah soal tempat sensitif macam tu. Yakinlah seugama sebab sorang wanita tu bertudung dan mereka cakap Melayu semuanya. Rimasnya kita orang perempuan nak lalulah!
Jadi kalau ada menunggu sesiapa dari toilet tu jangan sampai menyusahkan orang lain. Hairan juga aku yang menunggu punyalah ramai pulak tu.
Pelik betul!!
3 comments:
kalau saya sound je kak! tak pikir orang langsung orang camni..
Mungkin depa sangat sayangkan orang yg sedang ditunggu tu, yg sedang membuat aktiviti dalam toilet tu la, hehehe..
Memang rimas dengan orang yg tak prihatin gitu. Ada yg bersembang tengah jalan, kita nak lalu pun boleh buat derk ja, haisy..
tandas pompuan harum kot. hehehe...
Post a Comment