Banyak kali berlaku, tapi kita ni susah nak serik. Bila berlaku pada diri sendiri nanti barulah nak menyesal.
Apa tabiat korang tentang kereta bila berhenti membeli makanan di tepi jalan, singgah rumah kawan sekejap nak hantar atau ambil barang, berhenti depan ATM nak ambil duit, hantar anak ke sekolah atau taska dan hal-hal yang sewaktu dengannya bila hanya ada urusan sekejap sahaja?
Korang matikan enjin tak? Atau kunci pintu kereta tak?
Macam entry aku sebelum ni, jelas sangat dia nak bagi kereta ni kat pencuri : Ambillah kereta saya, free je!
Berita yang aku baca ni bukan kereta saja hilang tetapi cucunya pun hilang sama sebab berada dalam kereta. Alasan diberi untuk selamatkan diri sendiri ialah sebab urusan sekejap dan cucu tidur dalam kereta. Tetapi alasan tu tak dapat nak selamatkan cucunya. Moga cucunya selamat balik. Takut aku budak hilang ni. Banyak sangat kes anak hilang sekarang ni. Isu sensitif!
Hasilnya urusan yang kononnya nak sekejap jadi berjam-jam, berhari-hari, bertahun-tahun mungkin cucu yang hilang tak pulang-pulang juga. Menyesal sampai ke liang lahad. Rasa bersalah pada diri sendiri, pada anak dan menantu, pada isteri dan seluruh ahli keluarga.
Bagi aku kalau betul pun nak tak sampai hati nak kejutkan cucu sepatutnya dia ada kunci lain di tangan. Dia boleh kunci kereta dengan kunci pendua yang ada. Cara terbaik kejutkan saja cucu tu, dah 8 tahun pun.
Baca berita 'Penculik 'terculik' cucu mangsa'.
Kiranya pencuri ni dapat 2 dalam 1 lah. Dapat kereta dan dapat budak yang mungkin dijadikan peminta sedekah atau yang paling menakutkan jika organnya diambil untuk jualan pasaran gelap. Bukan nak menakutkan sebab aku sendiri pun takut sangat sebenarnya.
8 comments:
sikap tidak mahu ambil iktibar atas kejadian yg lepas2 membawa padah..beringat sebelum kena..pepatah ini sungguh bermakna utk kita ikuti...
Walaupn byk kes hilang culik dah jd...tp sbnrnye masih ramai ibu bpa n masyarakat yg masih "leka"....hemm..
Memang takut sangat perkara macam ni..memang menyesal tak sudah andai berlaku. Na'uzubillah..
Memang takut betul baca berita macam ni kan, kereta hilang boleh terima lagi, tapi kalau cucu hilang,rasa seperti hilang sebahagian nyawa.
ngerikan kak.. semoga kite amik iktibar atas kejadian2 camnih..
manusia selalu alpa bab2 macam ni..bila terjadi ...ingat sekejap,pastu buat balik
kalau sume masih tak amek peduli kes2 jadi sebelum ni.. memang susah gak tu..
kadang2 setengah orang tak kisah hal remeh temeh camni...bila anak dah kena culik baru tau!
Post a Comment