iklan

Followers

Pages

Monday, 7 May 2012

Ayat menggoda, jangan mudah tergoda!

Hubby aku pun susah nak puji aku camni. Untuk makluman hubby aku tu agak pemalu dan susah nak romantis-romantis begini. Tarikh-tarikh penting yang patut dia ingat pun selalu tanya aku semula untuk ingatkan. Nasib baiklah hari jadi dia sendiri dia ingat, melampaukan kalau tak ingat tarikh 1 Januari!

Tapi tengoklah ayat-ayat mereka yang hantar message ke inbox facebook peribadi aku ni. Perasan lawa aku dibuatnya.Terasa dihargai je! Eceh... mukadimah baik depa ni bagi.




Macam ni lah nak mengorat perempuan, baru peluang nak dapat tu besar. Tak semua wanita mudah cair dengan pujian-pujian sebegini. Ada yang terasa berlebihan dan lansung takut nak membalas.


Aku memang takut nak balas dan tak ada hati nak balas pun kalau betul mereka ni jujur sekali pun.

Ini pula memang 'mengayat' betul. Panjang pulak pengenalannya. Bagus jugakan, dapat aku belajar bagaimana nak 'greeting' bila kena buat ucapan ke, atau jumpa kenalan baru. Maklum sajalah, bahasa Inggeris aku memang tak fasih lansung tapi Insyaallah aku faham apa yang depa tulis.


Yang ini ganas sikit. Belum apa-apa dah nak ajak berbincang. Janganlah gelojoh sangat bang!


Eceh! Ini trick lama ni! Tak sengaja jumpa profile aku. Apa-apa ajelah!


Ada banyak lagi yang menjengah di inbox message dalam facebook aku dalam kategori 'others'. Tak larat nak copy paste pun. Tapi satu pun aku tak pernah reply. Tak perlu jawap apa-apa, takut nanti dari kita tak mahu berkenalan ianya mendorong kepada kita bercerita tentang diri kita pada mereka yang tak kita kenali. Bukan orang Malaysia pulak tu, susah nak jejak jika ada perkara buruk berlaku.

Kalau ada antara mereka yang jujur sekali pun, bukanlah menjadi keperluan untuk aku menerima salam perkenalan dari mereka. Bagi aku takut jika lebih banyak perkara buruk yang mungkin berlaku berbanding yang baiknya. Tak rugi pun kalau aku buat tak tahu aje.

Baca entry berkaintan :
1) Mencari cinta lain di facebook, berbaloi ke?
2) Sayang! Anda menarik!
3) Banyaknya duit! Ada makna ke?

5 comments:

siti murni said...

Ada jugak dapat mesej2 macam ni...bila baca nak gelak pun ada...nampak sangat lah auta belaka kan..puji2an tinggi melangit. harapnya jgn la ada yg termakan pujian diorg ni..strategi je semua tu.

Daddy Ziyyad said...

ahahahaha..ayat goreng semua power...semua tu penipu/scammer professional ! ahaha

tapi yg sedihnya, ada jugak wanita yg terpedaya..

S..U..D..@..I..S said...

ramai juga anak2 muda yg hanyut ngan ayat2 macam ni....

Irfa said...

sume muka mat saleh.sekali tuan punya badan adalah Awang Hitam ;)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Alhamdulillah

baik2 takut dahan durian sekah pula....