iklan

Followers

Pages

Friday, 4 May 2012

Malasnya nak layan mak aku yang seorang!

Kita bukan kucing, manusia!
Pernah dengar kenyataan seorang ibu "anak ramai pun tak ada makna, sorang pun tak boleh nak hantar aku ke mana-mana!". Itu keluhan seorang ibu bila rasa sangat kecewa dengan layanan anak-anak terhadapnya. Anaknya ramai tetapi masing-masing tak memperdulikannya bila dia dah tua, dah tak larat.

Semua orang sibuk, kadang nak layan anak sendiri pun tak sempat. Terlalu sibuk sampai panggilan telefon si ibu memang tak penting lansung baginya. Malah ada yang sanggup berkata "menyusahkan jelah orang tua ni, aku kan tengah sibuk ni. Tak faham-faham ke?".

- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang menjaganya dulu, tidaklah dia menjadi orang penting hari ini.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang basuhkan berak dan kencingnya, mandikan dia dulu maka tidaklah dia merana sakit kulit.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang menyuapkan makanan ke mulutnya, mungkin jadilah dia anak terbiar yang mati kelaparan.
- Terlupa agaknya kalau tak kerana ibunya yang tak tidur malam menjaganya waktu demam panas, takut juga dia dah tak ada di dunia ini atau mungkin cacat otak.

Banyak perkara yang kita terlupa tentang pengorbanan ibu. Kita hanya memikirkan kerugian yang kita tanggung sekiranya meluangkan masa melayan si ibu yang seorang.

Kita takut rugi masa, takut rugi peluang, takut rugi duit. Kita lupa bahawa semua itu sangat berbaloi kita tinggalkan seketika untuk melayani kehendak si ibu. Bukan sepanjang masa pun, bukan setiap hari dan setiap ketika pun. Sekali-sekala saja si ibu minta tolong.

Tak tahulah bagaimana jika dia perlu beri tumpuan setiap hari pada ibunya yang sudah tua itu. Masa tu satu kerja pun tak boleh buat. Jangan doakan si ibu cepat meninggal dunia sudahlah sebab rasa menyusahkan.

Anak-anak ramai kalau ambil giliran melayan kehendak si ibu tentulah tidak menjadi masalah besar. Susahnya bila yang rajin melayan hanya seorang itu sajalah. Jadi ada yang lain pulak ambil peluang dari kebaikannya sering cuba mengelak untuk melayan permintaan si ibu yang bukan selalu pun.

Sekali-sekala je tinggalkan sekejap kerja tu melayan kehendak ibu sementara dia masih ada. Biasalah bila dah tak ada nanti baru nak menangis, barulah nak menyesal. Tak ada maknanya... Jadi, bila ada peluang nak ambil hatinya, buatlah! Biarlah kita menjadi anak yang sentiasa lekat dihatinya kerana si ibu akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya apatah lagi jika si anak menyenangkan hatinya.

6 comments:

ummiross said...

jadi anak soleh dan solehah,insyaAllah berkat dunia dan akhirat.

diana said...

tu la kan..bila anak2 terlampau seronok dengan kehidupan sendiri sampai mak bapak pun dia rasa macam melemaskan dia.

-Sara- said...

ermm tiba2 rindu mak ;(

siti murni said...

ye jugak kan...:) entry yang sangat terkesan di hati...

C'Jai said...

Berbahagialah pada yang masih punya emak..
Rindu mak...:(

Solihin Zubir said...

kalau ada yg snggup berdoa mak dia mati cepat semata2 kerana tak larat bela, mmg kejam la..

nauzubillah..