iklan

Followers

Pages

Wednesday, 16 May 2012

Buku conteng dan pensil tumpul

Bengang dan geram betul aku dibuatnya. Dah berkali-kali aku sebutkan dan pesan dengan anak aku yang seorang ini gara-gara pensil tumpul dan buku contengnya. Namun perkara sama juga yang diulangnya, seperti tak mendengar, tak ingat dan tak tahu. Apa yang aku nampak dia tidak faham erti 'menghargai', erti 'kesusahan' dan erti 'jimat'.

Gambar dari Google je... contoh!
Dua tiga buah buku yang masih baru dijadikannya buku conteng untuk melukis gambar-gambar kartun kegemarannya. Baguslah ada bakat untuk melukis dan aku tak halang bakat tu.

Sekali-sekala memang perlukan buku conteng untuk menulis atau melukis apa saja yang kita suka. Cuma yang aku marah bila dia guna buku yang baru.

Setiap tahun aku akan asingkan buku-buku tulis yang masih ada banyak ruang kosong untuk diconteng atau dijadikan tempat mengira bila belajar Matematik. Itulah buku yang aku pesan padanya untuk dia gunakan sebagai buku contengnya. Sudah pun aku sediakan. Bukan sebuah atau dua buah buku tetapi banyak, lebih daripada 10 buah buku. Ambil sajalah dari situ.

Cilok gambar Google jugak ni..
Tadi hal buku conteng, ini tentang pensil tumpul pula. Aku ada suruh dia mengemas biliknya. Maka sampah-sampah dibuangnya dalam bakul sampah di luar biliknya.

Macam biasa aku akan check bakul sampah untuk tengok juga apa yang dibuangnya. Terjumpa aku dua batang pensil yang masih panjang lagi tapi matanya dah patah. Geram aku datang dah!

Lagi sekali aku berleter padanya kerana membuang pensil yang sepatutnya masih boleh digunakan. Hanya asahkan saja.

Tiada pengasah pensil pula katanya! Satu alasan yang tidak mampu menyelamatkan dirinya daripada leteran aku selanjutnya. Dulu pun pernah aku menegur perkara yang sama. Tiada pengasah pensil, mengapa perlu berdiam diri. Tidak pernah lagi rasanya aku tak mahu belikan pengasah pensil baru. Kadang aku siap simpan stok lebihan untuk pensil, getah pemadam dan pengasah pensil.

Aku tak berkira untuk anak belajar. Mengapa tidak bertanya, mengapa tidak mengadu dengan aku tentang kehilangannya. Terkedu anak aku nak beri jawapan dengan soalan aku, dah terperangkap!

Kalau pun nilai sebuah buku hanya 80 sen dan pensil 50 sen menjadikan jumlahnya RM1.30. Nilai yang sangat kecil rasanya. Tetapi jika nilai ini didarabkan dengan 365 hari untuk setahun sudah jadi RM474.50. Lebih dari cukup untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta aku. Ada lebih lagi tu... aku pakai kereta Perodua Kelisa, murah je!

Lagi best bila aku tanya "Kalau mama bagi duit RM474.50 pada Azri setiap hujung tahun, nak tak?".

Laju-laju dia angguk "Nak! Nak!". Dah pasti dia nak beli handphone baru. Sedar pun dia betapa besarnya nilai duit tu.

"Jangan haraplah!", balas aku dengan ketawa mengenakan dia.

"Mama niiii....", anak aku pulak yang geram!

SELAMAT HARI GURU... teringat asah pensil kemas-kemas, cantik-cantik guna pisau masa kecil-kecil dulu..

6 comments:

Daddy Ziyyad said...

cadangan:

- belikan dia pensel mekanikal(pensel tekan tu), jadi tak payah asah, ganti matanya sahaja..:)

-belikan drawing paper..so lagi puas melukis atas drawing paper yng besar

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

bakal pelukis kut.. tu yg sume die conteng.. pasal pensel lak, maybe anak akk ingat tu pensel pakai buang kut.. hehe.. pakai sekali pastu buang ;)

diana said...

sama la dengan maisara ni..
bulu tulis yang opah dia bagi semuanya di buat melukis.
mentang2 opah dia memang pembekal buku tulis untuk dia..

bab pensil tu memang tak patut la..
pensil patah main buang je..
hehhehe...kiranya ank kak liza ni orang nya mudah dan simple..
ekekekek

ummiarissa said...

sama lah kak Liza dengan anak saya,buku elok2 boleh pulak dia buat buku conteng..satu lagi saya mesti ada stok pensil,pemadam,pengasah...selalu sangat hilang..dan itu tanpa pengetahuan dioranglah saya spare tu...kang tahu pandai nak minta je..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

anak2 saya buku utk melukis je ntah berapa.janji dia lukis diam2 dah la kak..mls saya nk pk dah.

muslimah rempit said...

wau... pandai mak kenakan anaknya yer heheheheh

Sekali sekala seronok kenakan anak hahahahha...