iklan

Followers

Pages

Wednesday, 2 May 2012

Sibuklah sangat! Perlu belajar urus masa dengan lebih baik!

Aku agak sibuk dengan kerja aku sebagai UTC. Apa UTC tu? Rujuk entry ni untuk lebih jelas "Kerja seperti aku boleh saja bertudung, lagi bagus!". Sebab sibuk maka tak berapa nak sempat aku menaip entry walau pun idea tu banyak tapi terperap saja dalam otak aku ni.

Busylah sangat. Sebenarnya boleh saja aku nak luangkan masa menaip tapi dek kerana aku memang lemah dalam pengurusan masa, jadi ianya tertangguh. Aku selalu kalah dengan godaan buka facebook dulu dan tentu saja berurusan dengan client menjadi priority juga.

Keletihan ada kala menyumbang kepada hilangnya mood nak menaip. Hanya minda saja teringat-ingat tetapi tangan seolah kaku untuk bercerita. Letih juga menguruskan hal rumah sehari-hari. Bila membasuh kain tu dah macam kedai dobi lagaknya. Bertimbun-timbun kain yang nak dibasuh, disidai, dilipat dan disterika.

Malam tadi aku bergotong-royong dengan anak-anak untuk melipat baju masing-masing tanpda sebarang alasan. Aku melipat baju-baju hubby, si kecil Arif, baju aku sendiri dan yang lain-lain seperti tuala, cadar dan sebagainya. Anak-anak hanya melipat baju mereka sendiri. Siapa yang siap lambat daripada aku akan aku denda rotan di tapak tangan. Memang sangat berbaloi denda tu sebab aku terpaksa melipat kain-kain yang 3 kali ganda lebih banyak dari mereka. Saja nak mengelak mereka berangan semasa melipat dan galakkan mereka lebih fokus dan konsisten.

Jika ada yang terlebih dahulu menjadi orang pertama siap melipat, upahnya RM5 dan ajak makan ke Secret Receipe. Itu lebih baik daripada aku upah orang buat kerja ni dengan kos RM10 untuk tempoh sejam. Bagi duit pada anak sajalah. Kadang tak sampai hati juga nak menyuruh mereka buat bila masing-masing ada banyak kerja sekolah atau dalam tempoh sedang hadapi peperiksaan.

Itu hal kain baju, belum kisah mengemas rumah pula. Penyumbang kepada semaknya rumah aku tentulah si comel Arif ni. Geramnyalah aku dibuatnya, tapi itulah kenyataan yang perlu kita hadapi bila ada anak kecil di rumah.

Sibuk juga si Arif ni nak guna laptop kakaknya
Jadi mohon maaf jika tak dapat nak balas kunjungan mahu pun balas follow blog. Buat mana yang larat aje ni.

Hal sekolah anak-anak pun aku kena utamakan. 2 hari lepas pun aku ke sekolah kebangsaan untuk berjumpa cikgu berkenaan belajar secara online. Pagi tu anak aku kata tak jumpa cikgu yang uruskan hal tu, maka aku call cikgu tu untuk berjumpa pada waktu petang di pejabat sekolah.

Aku beli 2 set E-Learning dari Sasbadi dengan harga tawaran RM100 untuk 1 set hingga 30 April 2012. Satu untuk anak aku yang bakal menghadapi UPSR tahun ini dan satu lagi untuk anak aku yang bakal hadapi PMR tahun depan. Kalau tak di suruh belajar, anak aku yang dua orang ni liat sikit nak belajar. Jadi selalu nak kena follow-up.

Kalau nak tahu tentang E-Learning ni boleh jenguk http://www.sasbadionline.com/.

Masa nak balik terserempak pula dengan blogger JeBateja dan isterinya Puan Gula Hangus. Romantis betul jalan bersama-sama untuk urusan daftar anak sekolah tahun depan katanya. Besar dah anak dara kau ye, comel je dengan memeluk patung kesayangannya si Pink Panther.

Parking kereta sebelah kereta aku rupanya. Inilah kereta MyVinya yang banyak berjasa menghantar kek dan puding untuk para pelanggan ke serata kawasan Lembah Kelang. Bukan setakat isterinya saja yang pandai buat puding sedap, dia pun tak kurang hebatnya mencipta pelbagai rasa puding. Sangat menyokong usaha isterinya. Tabik lu JeBateja!

MyVi dengan sticker Pro-Ride
Nampak sticker Pro-Ride? Siapa nak beli barang Pro-Ride boleh contact aku atau JeBateja. Part untuk kereta Proton dan Perodua. Memang murah giler harga kitaorang boleh bagi kat korang. Kalau nak beli kereta Proton ata Perodua pula, contact aku je... Sorry! Iklan kejap.. manalah kot ada rezeki aku. Rezeki tara mari kalau tak berusaha!

8 comments:

Reena said...

k.liza ibu yg ohsem la... :))

diana said...

saya dapat bayangkan penatnya kak liza sehari2..sebabnya saya yang anak sorang ni pun rasa macam nak menjerit bila sehari kena menyapu 5,6 kali.kemas umah sejam sekali.aih..nak marah lebih2 tak sampai hati sebab budak2..kan??boleh membebel bagi telinga dan hati sendiri sedap je la..

Liza @ Adzriel AB said...

Diana : ehh.. dia tak kerja dgn kak liza. cuma sama tempat kerja dgn hubby kak liza. ishhh... mmg penat urus rumah, tak kiralah anak sorang atau ramai. melayan arif yg 3 tahun ni pun jenuh. kakak2 & abg2nya pun pening.

Scarlett O'Hara said...

Salute pada blogger yg ada anak kecik.Bukan senang tu nak kerja, nak layan anak, nak itu, nak ini.

ummiross said...

Alhamdulillah, bila sibuk tu maknanya rezeki bertambah tu, jaga kesihatan juga ye Liza..

jeBateja said...

Waka....waka...selepas jumpa tu kan...kita kan ...kata kat wife....abang rasa keta kita akan masuk BLOG....rupanya...betul jugak bagai di sangka....ahakz....ahakz...

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

siti murni said...

kemain suka si jebat tu...hehe...bila la dapat merasa puding buatan jebat n wife..