iklan

Followers

Pages

Tuesday, 22 May 2012

Nilai RM1,050 di mata aku, korang pulak?

Bila impian harta dunia yang ingin kumiliki mahu dijadikan kenyataan, maka aku kenalah menabung duit sendiri. Jika ada rezeki terpijak tu tandanya hubby aku sudi sponsor untuk membelinya. Berdoa sajalah.

Telah aku ceritakan bagaimana aku dapat RM1050 dengan bermain kutu RM35 seminggu bersama rakan-rakan di sekitar taman perumahan aku. Asalnya aku malas nak main kerana takut tak boleh nak beri komitmen membayarnya tepat pada waktunya. Maklum saja kadang takut aku tak berkesempatan menghantar duit pada dia yang mengutip duit. Kalau aku terlewat, kesian pula dia nak cover kos aku nanti untuk 2-3 hari. Nak bayar secara online, dia pula tiada akaun Maybank, CIMB atau Public Bank seperti aku. Tak berbaloi nak bayar caj servis RM1 pada bank. Padahal bukan jauh pun tempat dia, 3 minit dah sampai. Bagi anak aku RM1 tu lagi buat dia happy.

Jadi bila berkesempatan dapat jumpa, aku bayar terus untuk 2 minggu atau 4 minggu, ikut berapa duit yang ada di tangan aku waktu itu.

Tahun lepas pernah juga main kutu RM14 dan RM70 seminggu. Saja cukupkan bilangan peserta yang terdiri daripada peniaga kecil-kecilan, pemandu bas sekolah, suri rumah, guru dan ramai lagilah hingga melebihi angka 20 orang juga yang terdiri daripada wanita. Waktu itu pendapatan tak berapa nak menentu tetapi aku usahakan juga untuk adakan duit tu pada masanya dan aku berjaya.

Apa moral yang aku dapat? Aku akan berusaha untuk menyimpan sebanyak nilai yang ditetapkan pada waktunya. Kalau tidak, tak adalah aku nak menyimpan, duit habis begitu saja.

Setiap hari kita berbelanja, tanpa sedar ia melebihi RM10~RM20. Ini belanja bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Biasanya jika aku sendiri belanja tidaklah sebanyak itu untuk diri sendiri, ianya sering melibatkan 5 orang anak aku yang kadang nak beli air, jajan dan sebagainya. Tak sedar pun bila RM1, RM2 dikeluarkan dari beg duit. Terasa banyak jika dikira jumlah untuk sehari "Banyaknya aku belanja hari ini!".

Cuba kita agihkan ke tabung yang kita sorokkan dalam almari sebanyak RM2, RM5 atau RM10 setiap hari. Bila tak ada duit, mulalah nak mengoreknya semula. Sebab itulah aku main kutu, tak dapat nak korek semula duit tu hinggalah tiba giliran aku.

Jika nak selesa, RM5 setiap hari pun dah memadaikan.

RM5 x 365 hari = RM1,825. Tanpa sebarang dividen!

Bagi aku jumlah tu banyak dah. Apa yang korang boleh buat dengan nilai sebanyak itu. Bayangkan ia satu nilai yang banyak untuk sesuatu perkara yang sangat bermakna. Jangan bandingkan dengan nilai yang kita rasa "alaaahhh... sikit je tu". Itu tidak dapat meransang semangat kita untuk menyimpan.

Aku membayangkan untuk diri aku yang bajet sempoi je... yang baik-baik aje ye!
- Tak perlu bayar duit kereta selama 6 bulan (monthly RM300). Baki RM25 untuk isi minyak kereta.
- Dapatlah aku beli mana-mana barang yang aku inginkan seperti mesin jahit, Samsung Galaxy Tab, Penapis air dan Vacuum Cleaner tu...
- Lebih dari cukup untuk beli uniform sekolah 4 orang anak beserta kasutnya untuk setahun.
- Selesai 6 bulan bil elektrik rumah aku yang mencecah RM300 sebulan.
- Boleh juga bayar bil Unify untuk setahun ; bayar sekali gus!
- Kos vacation family untuk dalam negeri pun dapat pergi juga dihujung tahun.
- Dapat beli baju-baju raya puasa dan haji untuk seisi keluarga aku yang 7 orang ni.
- Modal untuk mulakan perniagaan kecil ; apa-apa yang korang rasa patut!

Itu semua tanpa dividen, bukan pelaburan. Tapi kalau korang nak melabur dalam mana-mana dana Islamik milik Public Mutual tentulah ada dividennya lagi. Permulaaan cuma perlukan RM1,000 je untuk jangkamasa panjang 3~5 tahun. Baki RM825 bolehlah korang nak turut laburkan atau guna sendiri.

Andaikan menyimpan RM1,000 untuk 3 tahun dengan pulangan dividen 10%. Selepas 3 tahun, nilai wang kita menjadi RM1,331. Ada lebihan RM331 pula untuk pelaburan dalam dana unit amanah Public Mutual. Cara pengiraannya aku guna formula di SINI je.


Lepas tu bulan-bulan boleh tambah serendah RM100. Lebih rendah dari nilai RM5 sehari tadi ; cuma RM3.35 saja sehari dah dapat lebih dari RM100 sebulan. Nak lagi banyak... tambahlah RMnya.

Nak melabur? Contact aku untuk lebih memahaminya. Kalau tak faham, tapi nak melabur nanti tak best jugakan! Bukan duit tunai saja, guna duit EPF pun boleh dari akaun 1 sahaja.

Bagaimana kita galakkan anak-anak menyimpan, maka begitu jugalah elok kita amalkan bersama-sama. Kita sering galakkan anak menyimpan sedikit daripada wang saku mereka setiap hari, elok kita pun buat yang sama. Simpan berapa yang telah kita tetapkan dulu, kemudian barulah belanja dengan sebaiknya. Kalau nak menunggu menyimpan lebihan selepas belanja, memang tiada yang lebihlah jawapnya.

Pesanan ini bukan hanya untuk korang yang membaca sahaja tetapi juga untuk diri aku sendiri yang tak boleh nampak duit lebih dalam beg duit aku. Mulalah gatal tangan nak menghabiskan ke Spa, beg tangan, kasut, baju, makan-makan dan entah apa-apa lagi yang bukanlah keperluan sangat pun kadang tu. Lebih kepada nafsu nak membeli dan berbelanja.

10 comments:

Daddy Ziyyad said...

saya main kutu dgn diri saya sendiri sahaja :) Memang selalu simpan duit dlm tempat yg mmg saya tak akan korek utk bertahun2

Liza Abu Bakar said...

Daddy Ziyyad : memang itu yg sebaiknya.. kalau tidak tak sampai target simpanan.. ha..ha..

muslimah rempit said...

motivasi diri yang amat baik hehehhe

tahniah la kat Tuan Blog...

muslimah rempit said...

motivasi diri yang amat baik hehehhe

tahniah la kat Tuan Blog...

alin said...

baguslah cara kakak ni.. saya tak pernah lagi main kutu.. tapi mmg ada menyimpan sedikit setiap bulan..

kakchik@ella said...

KC suka sgt main kutu. Ini dipanggil 'force saving', kan.

Harun Ar said...

Saya pun suka main kartu...
Kunjungan siang... Salam

Liza Razak said...

kdg2 bila saya nak simpan duit sendiri ni mmg susah nak bagi komitmen.cuba kalau main kutu, boleh pulak bagi komitmen..hehe

Liza @ Adzriel AB said...

muslimah rempit : motivasi utk diri sendiri juga tu.. he..he..

alin : bagus2.. alin tahan godaan melihat duit berada di sisi.. kak liza tak tahan, tu yg kena simpan tempat lain.

kakchik@ella : memang kena force ni KC. kalau tak nanti tak menjadi.

Harun Ar : main kutu.. bukan kartu

Liza Razak : serupalah kita. nak kena campur tangan org lain baru nak jadi ye.

diana said...

saya pernah maian kutu sekali je..lepas tu tak dah..
sebab tak de sapa yang main pun buat masa ni..hehehe..

selalunya saya simpan dalam tabung sendiri je..

duit selit2..heheheh