iklan

Followers

Pages

Saturday, 19 May 2012

Sesaat dikejar, derita dan trauma sepanjang hayat..

Gambar fb rakan aku, abg Asri..TQ
Amboiii... ni antara penyebab kemalanganlah ni.

Kalau minda dah....
- Pentingkan diri sendiri!
- Tak fikir buat salah!
- Tak fikir keselamatan orang lain!
- Rasa nak cepat je!

Ayoooo abang drebar lori... janganlah rosakkan nama-nama abang-abang lori lain yang hemah memandu. Sebab hang sorang buat perangai macam ni, habis depa yang lain orang dok persalahkan "drebar lori memang begitu dan begini, memandu ikut suka mak bapak dia je!".

Agak-agaklah nak memotong kenderaan lain. Laju mana sangat hang boleh pergi? Melampaukan bila kita ni dah le memandu kenderaan berat, memotong di selekoh dan double line pulak.

Janganlah sebab ego diri sendiri ini menyebabkan orang lain jadi mangsa. Suka-suka hati perjudikan nasib yang kalau selamat, memanglah lepas memotong. Kalau nasib tak baik, ada kenderaan lain yang tiba-tiba datang dari arah hadapan menyebabkan risiko lebih buruk pada pihak yang datang. Melainkan kalau kenderaan yang sama berat berhadapan dengan lori ni, berteulah buku dengan ruas.

Gambar kanan ni aku cilok kat dari SINI je. Kalau nak gambar lagi ngeri, korang taip jelah 'kemalangan ngeri' di Google Search tu, confirm jangan ada yang nak muntah tengok. Aku tak share gambar ngeri-ngeri sangat dalam blog aku, cukuplah kita faham akan kemungkinan buruknya jika bersikap seperti pemandu lori dalam gambar di atas tu, gambar yang rakan senior aku kongsikan semasa dia sendiri memandu.

Kalau dah lenyek kereta ni, bayangkan pulak apa jadi pada mereka yang berada di dalam kereta tu. Aku pun boleh mengalirkan air mata walau pun bukan melibatkan ahli keluarga, rakan mahu pun mereka yang aku kenali. Hargailah nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Jangan sesaat yang dikejar mengakibatkan kehilangan nyawa atau pun derita sepanjang hayat.

5 comments:

kakchik@ella said...

KC pun takut tengok lori-lori zmn skrg, liza. Kesian kat motosikal2 yg jadi mangsa mereka.

ummiarissa said...

nak cepat punya pasal..nyawa sendiri dan orang lain terabai..tak sedar badan kenderaan besar gedabak tu..ada hati nak memotong..double line lagi..

Prince of Noob said...

wah ur entry topik yg sama dgn saya punya entry hari ni pasal kemalangan... mcm kebetulan lak... kita dah ranking ke-20 dunia utk kemalangan maut di jalanraya... leh tgk kat sini - http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/tolonglah-ubah-sikap-kita.html.

atuk said...

Assalamualaikum Liza

memang betul...hanya segelintir yg buat, habis semua orang kata...

diana said...

ni nak kejar trip punya pasal la ni...silap2 orang lain jadi mangsa..
banyak driver lori yang saya jumpa gini..
dia ingat dia besar,dia kebal la...