iklan

Followers

Pages

Saturday, 19 May 2012

Harta dunia yang inginku miliki

Hidup tanpa matlamat memang tidak memberi apa-apa makna. Kita hanya menurut arus kehidupan tidak tahu hala tujuan. Impian juga boleh menjadi kenyataan jika kita berusaha mencapainya. Selebihnya kita berserah pada Allah.

Bila kita punya impian, tulislah ia sama ada di dalam diary, dalam handphone atau lebih baik jika kita tampalkan di mana-mana yang sesuai dalam rumah kita. Ia kita jadikan sebagai peringatan dan pemangkin untuk kita lebih berusaha mencapainya.

Antara harta dunia yang aku ingin miliki setakat ini :

Mesin Jahit

Sumber Gambar : Mesin Jahit
Mudah untuk aku menjahit mana-mana pakaian ahli keluarga aku yang mana terkoyak atau benangnya tetas. Jimat pula pada setiap awal tahun untuk aku pendekkan kaki kain dan seluar sekolah anak-anak aku yang 4 orang tu. Bayangkan kos untuk sehelai saja paling murah pun RM5 ke RM7. Jika di darabkan tentulah berganda duit yang terpaksa aku keluarkan untuk upah memotong dan menjahitnya.

Senarai barang yang menjadi impian memanglah banyak. Apa lagi yang aku inginkan?

Samsung Galaxy Tab, Penapis Air Minum dan Vacuum Cleaner. Ada lagi tapi dah lupa... Ada 2 cara untuk aku dapatkan sama ada dengan minta hubby belikan atau aku kumpul duit dan beli sendiri. Rasanya kena kumpul duit sendiri baru dapat ni.

Kumpul duit sikit-sikit tentu dapat juga membelinya. Semalam dapat juga aku duit kutu dalam RM1K lebih sikit hasil simpanan selama 8 bulan juga. Seminggu simpan RM35, maknanya sehari RM5 lah. Terkejut jugakan tiba-tiba dapat duit banyak tu.

Bila kawan aku kata "giliran Kak Liza dapat duit minggu ni".

"Ohh! Ye ke? Ok! Dengan pantas Kak Liza datang ni!", amboi! Laju aje aku balas SMSnya semalam. Duit punya pasal memang laju aje nak dapatkan. Masa nak membayar, lambat-lambat je pergi jumpa dia. He..he.. tak patut betul!

Barang apa pun kita nak beli, ikutlah kemampuan diri. Kalau tak ada duit jangan gatal nak 'swipe' kad kredit korang kalau rasa tak penting sangat. Simpanlah duit tunai sendiri sikit-sikit. Takut kalau guna kad nanti terpaksa pula bayar interestnya bila korang tak mampu nak bayar nilai penuh yang telah digunakan. Lainlah kalau yakin bila tiba waktunya korang dapat bayar.

Belilah barang dalam senarai ikut giliran dengan kumpul sikit-sikit. Aku jenis suka beli barang tunai, bayar habis terus. Kalau tak cukup lagi eloklah duduk diam-diam dulu. Tunggu sampai cukup. Yang tak boleh nak tunai cuma kereta dan rumah sajalah.

Kalau berhutang biasanya kita dikenakan interest. Kalau 3% dari harga RM100 memanglah sikit, baru RM3. Kalau interest kad kredit lagi hebat dalam 17%~18%. Caj guna kad kredit untuk barang-barang atau perkhidmatan tertentu kadang kena 3%~4%. Ambil kalkulator, kira sendirilah pulak bila nak habis hutang kalau dah harga barangnya beribu-ribu pulak.

Jom menyimpan wang dalam dana Islamik Unit Amanah dengan aku. Sikit-sikit, lama-lama jadi banyak le.

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza


amalan yg baik tu....teruskan...
saya pun amalkan amalan tu...

steffany daph said...

jadi mesimjahit tu sngt penting la kan (: mudah nak guna kalo byk baju terkoyak.. kekeke.

ummiross said...

dah lama tak main kutu, masa mengajar dulu ada jugaklah.
Beli tunai lagi best kan, tak payah nak fikir pasal hutang yg tak berkesudahan.Sama2lah kita amalkan..

Daddy Ziyyad said...

kalau nak di senaraikan harta dunia yg saya mahukan..hmmmm..berderet list nya! ahaha

piNKjaMbU said...

Assalam,
nnt dh boleh ambil upah jahit.
skang nie upah jahit mahal...
kayo la awak.. huhuhu... amin.

Dinas Aldi said...

Akak pun dah 5 bulan tak menggesek kad kredit. Bagi dia berehat, kihkih.

ummiarissa said...

saya nak beli kamera yang boleh pusing2 depan dia tu...ribu2 juga regenya...ntahle bila boleh beli..

Muhammad Izuan said...

berapa rm mesen letrik ni.nk belikan utk mak.