iklan

Followers

Pages

Thursday, 28 June 2012

Lama tunggu repair kereta, nasib ada Lite FM

Kelmarin sempat menemani jiran aku, Nia Adaman repair aircond keretanya yang panas tak mahu sejuk. Dari  1-2 bengkel yang dia refer sama-sama kata compressor punya masalah. Tak boleh nak bertahan dari kepanasan kerana hari-hari nak hantar dan ambil anaknya pergi dan balik sekolah. Maka hubby cadangkan padanya pergi ke bengkel ini, bertentangan dengan bangunan Tabung Haji Kajang. Kami lalu ikut Sungai Chua.


Di seberang jalan sana tu Tabung Haji Kajang.
Last aku pergi repair compressor aircond kereta Kelisa aku dah 4-5 tahun lepas rasanya. Hubby yang rajin ke sini. Kitaorang panggil pemilik bengkel ni 'Uncle' je.

Bestnya 'uncle' ni tak macam kedai-kedai lain yang akan cepat je nak suruh tukar part kalau rosak. Kalau dia boleh repair compressor tu, maka dia akan repair. Tapi kalau teruk rosaknya barulah dia suruh tukar. boleh bawa part sendiri atau beli di kedainya. Memang pakar aircond.

Tapi masa aku pergi dengan jiran aku ni, anaknya kata 'Uncle' dah pencen. Duduk kat rumah mengadap TV je.. he..he.. jadi bisnes turun ke anaknyalah.

Motor kapcai tokey kedai... Sempoiiiii!

Mangsa yang nak kena tukar compressor

Minta tolong check absorber sekali..
Cuak bila tokey bengkel kata condensornya pun problem. Habis setabung bahan cuci dia guna untuk cuci condensor, warna cecair yang keluar tetaplah hitam. Dia pakai thinner agaknya. Bukannya aku tau sangat pun.

Alamak! Kena tambah duit lagi le nampak gayanya.

Tukar compressor dan condensor aircond, ganti fog lamp (fog lamp dah beli sendiri), check absorber yang berbunyi mencecah juga ke angka RM1K lebih sikit. Duit jiran aku le! Aku tolong temankan aje... kalau aku maunya tepuk dahi dah. Apa nak buatkan, kalau tak di repair sekali semuanya nanti nak kena tambah kos berganda untuk kerja buka dan pasang bumper pulak.

Datang pada pukul 2.00 petang. Sejam lepas tu kami berdua pakat-pakat melintas hala ke seberang dekat Tabung Haji nak pergi minum di gerai depannya. Melintas jalan lebih penakut daripada budak sekolah je gayanya. Maklum sajalah dah lama tak buat kerja-kerja melintas kat jalan bandar yang sibuk ni. Bukan ada jejantas pun. Jangan ada yang kena cantas.

Habis makan kami menanti pulak dalam bengkel tu. Tokey tu bagilah dua buah kerusi plastik untuk kami duduk. Ini bukan bengkel mewah ye! Nyarislah dia pasang lagu-lagu yang menggamit kenangan silam. Aku ingatkan dia pasang CD lama, jiran aku kata "radio ni Kak Liza, ada orang cakap-cakap tadi!".

Lagu-lagu nostalgia dari Lite FM, 105.7 ; http://www.litefm.com.my/

Lagu yang aku hafal 23 tahun yang lalu... Leave A Light On! Wow!!

Lepas tu kami pakat set-up channel 105.7 kat radio kereta masing-masing... *(^_^)*...

Tuesday, 26 June 2012

Family Day Sapura Industrial di Sunway Lagoon

Hari Ahad, 24 Jun 2012 ada Family Day tempat hubby bekerja.

Aku copy gambar ni dari facebook seorang rakan, Mr. Yaz.

Happylah sangat anak-anak dapat datang ke Sunway Lagoon untuk bermandi-manda.

Dulu aku datang sini pun sebab join Family Day syarikat tempat hubby bekerja juga. 13 tahun yang lalu agaknya dan anak pun baru je 2 orang. Sekarang anak dah bertambah jadi 5 orang semuanya. Amboi, lamanya tak ke sini.








Anak-anak sedang menunggu ayahnya ambil tiket. Tak laratlah nak dukung Arif ni, dah 13 kg. So bawaklah stroller untuk dia. Konon-kononnyalah.

Tempat berkumpul dekat parking B6. Ramai sungguh rakyat company ni yang rata-rata memang muslim sajalah.

So kalau ada sesiapa yang nak bekerja dengan syarikat ni, memang banyak aktiviti agama Islam yang dijalankan, tak sama seperti syarikat-syarikat lain.

Setiap tahun ada Family Day, sambut Hari Raya, kuliah agama setiap petang Jumaat, gotong royong membersihkan luaran kawasan kilang yang meriah macam kat taman-taman perumahan atau kampung je.


Lain pulak jadinya ni! Arif terpaksa tolak stroller sendiri? Kakak-kakak dan abang-abang pakat letak beg masing-masing dalam stroller. Sebenarnya Arif nak berjalan je... Orang dah besar, 3 tahun je pun.
















Tiket sudah mari beserta peta Sunway Lagoon. Masing-masing hulur tangan je kat hubby untuk dipasangkan gelang tiket tu. Arif yang 3 tahun pun dapat tiket dewasa. Hentam sajalah, company bayar. Ada aku kisah! 

Nampak baju hubby warna kuning? Setiap staff ada rumah sukan masing-masing. Kuning? He..he.. bersih baju ni kata hubby aku. Eh! Kan warna di raja tu.


Arif pun support ayahnya pakai baju kuning juga.


Meriah! Ramai yang aku kenal pula tu. Maklum saja hubby bekerja di sini sejak 1992 dan aku berkahwin dengannya pada tahun 1995, jadi aku pun turut kenal rakan-rakan dan pasangan-pasangan mereka juga. Lagi pun bila ada aktiviti umum mereka, aku pun selalu join. Mulut pun peramah...ehhhh...


Ehh... takut sesat ke bang? Kusyuk benor menengok peta tu! Sama pulak tu rumah sukan dengan hubby. Rupanya meja sebelah meja family aku je. Sempatlah menyapa wifenya Lela si Gula Hangus. Inilah kawan hubby aku masa bujang dulu. Sekarang kawan baik aku kat blog jugak laa.. Mr. JeBateja!

Sorrylah sebab tak banyak gambar yang boleh aku share. Sibuk melayan anak-anak mandi manakala hubby bertugas menjaga beg-beg. Tugas aku layan anak mandi sejak anak sulung lahir lagi 16 tahun yang lalu. Hubby tak berapa suka turun ke air. Aku pulak suka main air. Kalau masa kecil-kecil dulu, paya belakang rumah tu pun aku terjun juga.

Gembira sangatlah si Arif dapat main air. Tak mahu air cetek, nak main di kedalaman orang dewasa. Akulah yang kena mendukungnya dan main putar-putar dan lompat-lompat. Naik lenguh kaki aku dibuatnya. 

Kalau orang lain perlu ke bilik persalinan dulu untuk tukar baju mandi tapi aku sempoi je. Baju yang aku pakai masa datang itulah yang aku pakai untuk mandi. Redah aje!

Nasihat aku bila mandi tu pakailah baju yang warna gelap seperti warna hitam, biru tua dan labuh sikit. Ini bagi wanitalah yang rasa nak jaga aurat atau urat. Agaknyalah! Kalau pakai baju warna cerah ni tidaklah bila masuk dalam air, boleh nampak pulak kesan-kesan yang buat mata lelaki segar je. He..he... Kalau nak jagalahkan, kalau tidak terpulang pada masing-masing.

Selepas mandi, bersiap-siap pulak bawa anak-anak meronda tengok zoo. Tak larat dah nak ke tempat lain sebab kaki dah lenguh. Arif pulak nak mamanya saja yang dukung. So hubby ajak makan di shopping mall.

Penat.... tapi anak-anak happy kira aku happy jugalah!

Keluarga Sapura Industrial


Monday, 25 June 2012

Sejuknya ulam dan panasnya durian Hanis Azla

Tak dapat juga jumpa Ummi Ross
Hujung minggu yang sangat sibuk nampaknya. Bila hari Sabtu aku masih perlu ambil anak sulung aku balik dari aktiviti Sukan Sekolahnya di stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Dah dekat sangat dengan rumah Ummi Ross ni.

Sepatutnya hubby yang ambil tapi dek kerana ada jemputan kenduri kesyukuran di rumah teman, Hanis Azla yang terletak di Seksyen 8, maka akulah yang ambil anak sulung.

Tak sempat nak jenguk dia bersukan. Harap tiada lagi masalah longkang tak bertutup di kawasan stadium seperti tahun lepas.

Pergi ke rumah Hanis Azla ditemani 4 orang anak-anak aku. Cuma anak ke-2 saja yang tak nak ikut. Hubby pun ada kerja, tak dapat nak turut serta. Bukan aku ingat pun alamat rumahnya, main agak-agak saja kalau-kalau ternampak keretanya parking di depan rumah. Itu pun berpandukan pengalaman tahun lepas berkunjung ke rumahnya.kerana meraikan harijadi anak sulungnya yang ke-12.

Tapi sekarang anak sulungnya sudah pun berada di tingkatan 1 dan masuk sama sekolah dengan anak sulung aku, SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Bersukan jugalah nampaknya. Rupanya masa aku sampai, anak sulungnya belum pun balik dari stadium lagi. Kalau tau tadi boleh le naik dengan acik Liza sekali balik rumah, kan Hanum!

Mana Ummi Ross? Tak sampai lagi rupanya. Melihat hidangan nasi dengan sambal belacan, tempoyak dan ulam-ulaman buat aku lupa diet aku.

"Kak Liza tak boleh tengok ulam-ulam ni!", mengadu pada Hanis Azla.

Memang betul pun, anak sulung aku jadi mangsa untuk tolong ambilkan nasi tambah. Tak malunya..he..he..

Berulas-ulas pula durian aku baham. Dah dia letak di depan mata, mana boleh tahan!

Sempat juga aku mengintai ruang dapurnya yang dah dibesarkan. Seronoknya! Kalau nak buat kenduri, boleh pakat ramai-ramai duduk sambil memotong bawang. Luas! Macam biasa bila balik rumah, tentu saja aku ceritakan pada hubby. Ehemmm... bagi gambaran pada hubby saja idea dari rumah Hanis Azla sebab hubby pun bercita-cita nak membesarkan ruang dapur, bilik air dan bilik tidur tingkat bawah.

Alhamdulillah! Gembira melihat rezeki dan kebahagiaan yang Allah berikan pada Hanis Azla dan keluarganya. Jangan kita melihat untuk merasa cemburu yang negatif tetapi lihatlah ia sebagai pendorong atau contoh untuk kita mencapainya juga. Moga aura yang positif darinya bergetar ke dalam kehidupan aku juga, memperbaiki mana yang kurang dan mengekalkan mana yang sedia indah.

Maaflah tak ada gambar semasa kenduri... sedap sangat makan!

p/s : Timing nak jumpa Ummi Ross tak kena juga lagi...

Monday, 18 June 2012

Sparkling powder diskaun hingga 70%! Wow!

Iklan jap, ternampak posting ni kat facebook. Offer best dari FCC Farmasi Colour Cosmetics ni kenalah aku share kat blog aku ni.

"SPARKLING POWDER - SAPA NAK RM 10 JER... NAK CLEARKAN STOCK. POS RM 6"

Nak dapat info lebih lanjut boleh email ke pemiliknya kak Zarina di beautyfarmasi@gmail.com atau pm je dia kat fbnya FCC Beautyfarmasi Colour.

Harga biasa RM33.90... banyak diskaun tu!

Selagi stok masih ada, limited stok! Sapa cepat dia dapat!




Jom intai : http://beautyfarmasi.blogspot.com/2012/06/diskaun-70-sparkling-powder-fcc.html

Sunday, 17 June 2012

Herbalife For Diet, satu lagi blog dari aku!

Lega sangat bila dapat siapkan lagi satu blog untuk rakan aku. Kenalan atas kenalan sebenarnya yang terus boleh 'ngam' untuk terus berkawan bila kita ramah, tidak berkira dan mudah menerima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan.

Kali ini aku dah pun menyiapkan satu blog kesihatan untuknya, Herbalife For Diet.


Dia menceburi perniagaan Herbalife ini setelah merasakan hasil positif dari penggunaan produk ini. Kini dia dan suami ingin sama-sama membantu mereka di luar sana yang mungkin sedang menghadapi masalah obesiti yang menyebabkan ada penyakit-penyakit kronik yang lain. Sama seperti yang pernah dia dan suaminya alami dulu.


Serius aku suka tengok gambar mereka berdua, romantis je. Malah kehidupan seharian mereka aktif berdua ke sana-sini mempromosi perniagaan ini bersama-sama. Kiranya hampir 24 jam ke mana-mana selalu berdua sejak menceburi dalam bidang perniagaan Herbalife.

Intai-intai blognya hasil tangan dan kreativiti aku yang tak seberapa ini di Herbalife For Diet. Aku harap ianya menjadi satu blog yang dapat dijadikan panduan di kalangan mereka yang ingin mencari info tentang Herbalife dan paling penting ianya 'friendly user'. Hanya guna template blogspot.

Terima kasih Shamsahida dan suami atas kepercayaan kalian pada aku untuk menyiapkan blog ini.

p/s : Menu untuk bulan puasa di SINI.

Friday, 15 June 2012

Bila anak demam, jangan ambil mudah!

Gambar lama Arif..
Aku masih lagi batuk dan selsema. Demam orang dewasa tak mengapa lagi tapi bila melibatkan anak-anak, hati jadi tak keruan jadinya. Lebih-lebih lagi bila yang demam tu anak aku yang kecil sekali, baru 3 tahun umurnya. Sangatlah merisaukan.

Sejak semalam memang tak dapat jumpa clientlah aku. Semua appoinment telah aku batalkan kerana si kecil Arif demam panas. Nyaris saja dia tak pasif dan masih mahu makan sedikit dan kerap minum.

Bila tak dapat jumpa client, maka blog inilah menjadi sumber pendapatan aku dengan usaha mengambil upah buat blog sejak seminggu dua ini. Alhamdulillah, ada rezeki yang Allah berikan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh customer.

Moga Arif cepat sihatnya dari batuk, selsema dan demam panasnya. Syukur juga muntahnya cuma sekali dua. Tidaklah teruk sangat demamnya tetapi jika aku jaga sambil lewa, takut nanti makin teruk pula. So... layan ajelahhh.

Wednesday, 13 June 2012

Bila tak sihat, semua kerja tergendala..

Gambar dari SINI
Panas dan terasa bahang matahari yang menyentuh kulit. Semalam memandu sendirian ke KL bertemu client. Client unit trust aku yang sedia ada tetapi ingin mendapatkan sentuhan aku untuk mencipta blog niaganya. Wah! Bertambah lagi seorang ahli perniagaan secara on-line.

Alhamdulillah... terima kasih atas kepercayaannya pada aku walau ada sebut harga yang lebih murah dari yang aku tawarkan katanya. Tetapi dia tetap memilih aku untuk buatkan blognya.

Sememangnya dah dua hari aku batuk yang tak serius pun. Terasa juga kulit wajah agak kering. Kurang minum nampaknya. Selesema pun agak menjadi dan tekak terasa perit.

Balik ke rumah sempat aku jenguk satu blog yang aku baru saja siapkan headernya. Blog sebuah taska. Dah siap tentu saja aku akan share nanti. Jenguk sekejap je, lepas tu baring kejap. Ofis dalam bilik tidur sendiri, suka hati ajelah kan. Ofislah sangat yang cuma ada laptop dengan satu rak file client yang aku letakkan di luar bilik tidur.

Lama berfikir, aku pun bangun nak ke klinik dengan bertemankan anak aku, Asyikin yang baru pulang dari sekolah ugama. Doktor yang biasa aku jumpa cuti pula. Tak mengapalah doktor ganti pun.

Doktor tanya "esok nak MC ke?". Keadaan aku yang batuk dan selsema dengan suhu badan yang orang kata agak dedar (suam-suam) macam nak demam je. Kepala pun sakit.

"Tak pe doktor! Saya cuti ikut suka hati je, kerja sendiri!", sengih je doktor dengar jawapan aku.

Dalam hati nak je aku tanya "Doktor nak jadi client unit trust saya?". Tak terluah pun! Bila tak sihat, mood nak bertanya pun tak ada... he..he..

Bila dah makan ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik buat badan aku jadi lemah semacam pulak. Lansung muntah malam tadi, nyaris sakit kepala hilang. Cuma badan rasa tak bermaya je. Sekejap-sekejap aku minum air oren twister silih ganti dengan air mineral.

Maka malam tadi dinner anak-anak disediakan oleh hubby aku. Masing-masing dapat burger special hasil air tangan hubby. Daging burger berbalut telur.... burger speciallahkan. Thank you yang!

Baju sekolah anak-anak yang di sekolah rendah pun hubby tolong gosokkan. Dua orang yang menengah kena sterika baju sendiri le macam biasa. Dah besar!

Hubby tak bertanya khabar pun keadaan aku. Dia memang bukan lelaki romantis pun malah hari jadi aku pun dia tak pernah ingat. Kalau aku merajuk pun tak adalah dia nak pujuk. Pujuk diri sendiri je lah. Lagi pun aku memang jenis yang merajuk sekejap je. Tengah marah, merajuk le. Lepas dah lega, ok le balik.

Tapiiii... "ada aku kisah?". Aku dah maklum, jadi tak ada istilah nak kecil hati macam sesetengah orang. Kekurangan dirinya yang bukan masalah besar pun bagi aku. Lagi pun kalau hubby nak bagi hadiah bukan kira waktu hari-hari istimewa. Ikut suka hati dia je bila-bila nak bagi.

Pagi ni tak adalah sakit kepala, tinggal batuk dan selsema. Tapi itulah aku, malasnya nak makan ubat kecuali terpaksa sangat. Dapat minum teh 'o' limau suam memang sedap ni.

Nampaknya production kerja aku merosot sikit hari ini. Harap esok sihat untuk jumpa client-client aku. Kita merancang, Allah tentukan. So jangan takbur dengan kelebihan yang kita ada. Kalau Allah nak tarik balik nikmat tu, bila-bila masa je kan. Mmmm... pun aku selalu terlupa nak bersyukur.


Tuesday, 12 June 2012

Suka tidur lama atau sekejap je?

Gambar dari SINI
Semasa aku di sekolah rendah dan tinggal di kampung, aku tak biasa tidur siang. Malah memang payah nak lelap diwaktu siang. Mungkin sebab cukup tidur agaknya. Berbeza benar bila mula ke peringkat menengah seawal tingkatan 1 dan tinggal di asrama pula. Aku mula mudah lena terutama diwaktu petang. Mana taknya aku terpaksa bangun tidur seawal 5.30 pagi dan paling awal tidur pun pukul 10 malam setiap hari. Mengantuk! Aku ni dah lah jenis kuat tidur.

Zaman selepas sekolah lagilah tak tentu masa tidurnya. Ikut suka hati je. Usia bertambah, mula masuk alam rumahtangga dan ada anak. Masa ni waktu tidur aku agaknya tak tentu hala. Bila ada anak kecil, tidur tak berapa nak lena. Aku mudah terjaga kerana agak sensitif dengan bunyi, apatah lagi bila anak kecil menangis. Peliknya masa bujang dulu tak sensitif pun, lena je kalau dah dapat tidur.

Terasa perbezaannya kualiti tidur semasa zaman bujang dan bila dah punya anak 5 orang ni. Jika masa bujang dulu aku susah nak mula tidur jika ada bunyi-bunyi yang mengganggu seperti bunyi radio/TV yang kuat, orang berbual-bual, enjin motor yang kuat. Tapi sekarang aku dah tak berapa kisah sangat sebab dah malas nak layan rasa terganggu dan marah. Tak larat nak menegur dah.

Anak-anak suka bermain-main dalam rumah, kadang aku pula rasa nak terlelap sekejap maka lelap sajalah. Budak-budak jika ditegur kadang tu diamnya sekejap aje, lepas tu sambunglah semula bisingnya.

Kadang terfikir juga masa muda hati kita ni mudah terasa, mudah tersentak dan cepat marahnya. Bila usia semakin meningkat, perasaan cepat marah mula kendur, lebih bertimbang-rasa. Samalah seperti kulit badan dan tenaga juga turut akan susut keanjalannya. Putaran hidup memang begitu.

Kadang tak faham bila lihat ada orang yang sifat pemarahnya tak susut-susut sejak muda hinggalah ke tua. Tidur pulak berlebih-lebihan lamanya mengalahkan baby baru lahir. Macam letih sangat bekerja siang malam. Bila waktu bekerjanya kalau dah tidur sepanjang malam dan siang pun kejap-kejap nak tidur juga.

Sifat marah memang tak akan susut kalau kuat tidur sebab bila kuat tidur maka buat kerja pun kurang. Bila buat kerja kurang maka duit pun susah nak dapat. Bila duit tak ada, memang nak marah sajalah sebab ada banyak hutang, nak beli makanan pun susah. Bak kata orang banyak perkara yang tak sudah.

Terlebih tidur pun bukannya elok, buat badan makin letih dan jadi lebih malas.

Monday, 11 June 2012

Blog FCC Alor Star dah siap.. komen please!

Semalam aku dah pun menyiapkan satu blog tempahan pelanggan dari Utara Semenanjung. Nun jauh di Alor Star. Hanya berhubung melalui email dan pm di facebook. Sekali-sekala melayan SMS. Ikutkan pandangan mata aku rasa macam dah ok je...he..he..

Sebuah blog menjual kosmetik...ehhhh... sama dengan blog kakak aku FCC Farmasi Colour Cosmetics pulak ye! Tapi gambar-gambar yang aku upload tidaklah aku copy dari blog kakak aku, tentunya dari blog rasmi produk tersebut.


Ini dia blog Kak Suriani dari FCC Alor Star (klik link!)

"Korang jenguklah blog tu dan komenlah apa yang patut di entry ini. Nak tahu juga apa kelebihan dan kekurangannyakan."... Boleh?

Jenuh juga nak menyiapkan tapi kalau dah minat, Insyaallah usahakan jadi juga dengan ilmu aku yang sangat terhad ini. Sekarang aku ambil upah buat blog secara sambilan saja. .. kalau ada yang sudi, bolehlah email ke adzrile573@gmail.com.

Orang niaga 'online', dia pun nak juga!

Ada yang bertanya "OK ke niaga online ni?", "boleh untung ke?".

Bagi aku buat apa pun OK dan insyaallah ada untungnya kalau berusaha, bersikap proaktif dan konsisten. Perniagaan sekarang tidak kira cara online atau tidak, sudah tentu banyak saingannya. Kalau malas dan banyak alasan maka akan bersawanglah 'kedai online' kita.

Orang tak kenal kita kalau kita tak perkenalkan diri. Jaja 'kedai online' kita merata-rata tapi biarlah dengan cara yang terhormat. Jangan buat orang rasa terganggu (annoying je) pulak. Annoying ni subjektif bagi setiap orang kerana ada orang tak kisah dengan cara kita promosi tapi ada juga yang rimas.

Antara cara paling glamour sekarang tentunya promosi produk kita di facebook dan buat kerja 'tag'. Jangan suka-suka hati juga nak 'tag' orang, nanti ada yang marah. Sebaiknya minta kebenaran dulu.

Promote jugalah barang kita di twitter, blogwalking atau di mana-mana laman web khas untuk perniagaan seperti di web mudah.my atau wanita.com. Banyak lagi, aku pun tak tau nak bagi tau sebab aku sendiri tak konsisten dalam bab promosi ni. Cakap je pandai...

Tapi terus-terang aku kata, nak berjaya kena konsisten. Kalau boleh sekurang-kurangnya sehari sekali tu buatlah promosi, apatah lagi kalau 'kedai online' kita ni baru nak bertapak. Jangan berharap bila kita dah buka 'kedai online' maka menunggu orang melawat kedai kita tu. Kalau Siti Norhaliza buka 'kedai online' tanpa promosi pun siapalah yang tahu, inikan kita yang siapalah yang kenal.

Bila kita dah menjual tu kenalah jujur, jaga etika. Jika pembeli lambat bayar tentunya rasa bengang jugakan. Kata nak bayar petang, tapi tak ada pun. Kemudian janji tunda esok pagi pula, pun tak bayar lagi. Padahal barang dah ready nak pos ni. Lagi angin kalau barang dah pun kita pos tapi bayaran belum pun kita terima.

Jika kita sebagai peniaga ada rasa marah bila pembeli asyik bertangguh membayar, begitu juga dengan pelanggan yang tentu saja bengang bila peniaga tak pos barang seperti yang dijanjikan. Asyik bertangguh atas alasan yang tidak munasabah. Minta maaf pun tidak dengan pelanggan atau tidak maklumkan lebih awal jika ada masalah.

Hari-hari kena semak email atau message facebook. Mana tahu kalau-kalau ada tempahan pelanggan. Takut kalau tak semak nanti, terlepas pandang dan lambat jawap. Pelanggan pun hilang mood nak beli.

Aku tak galakkan terima tempahan melalui SMS atau panggilan telefon kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi jika asyik berbalas SMS. Akhirnya pelanggan tak jadi membeli pun kerana produk tidak menepati citarasanya. Apa yang kita dapat, hanya kena bayar bil SMS yang berganda.

Kurangkan kos dengan berhubung melalui email, YM, facebook, twitter atau sebagainya dengan internet. Bil yang kita bayar biasanya dah tetap, sama ada guna banyak atau sikit. Pandai-pandailah nak pilih perkhidmatan internet syarikat mana.

Orang lain niaga 'online' dan kita pun nak juga. Nampak macam senang je kan. Rasanya senang sikit nak urus berbanding kedai biasa. Tetapi pelanggan yang datang ke 'kedai online' tak sama perasaannya dengan yang melawat ke kedai nyata. Bila di kedai yang nyata, mereka dapat memegang dan merasa dengan tangan produk yang ditunjukkan.

Bila memaparkan gambar produk biarlah cantik dan jelas, sertakan ciri-ciri dan spesifikasinya. Susun atur dengan baik agar mudah pelanggan nak lihat dari satu gambar ke satu gambar. Kalau diri sendiri rasa tak best dengan susun atur produk dalam blog tu, betulkanlah. Letak diri kita sebagai pelanggan.

Kelebihan mereka yang punya kedua-dua 'kedai online' dan kedai nyata tentu saja mampu terus 'mengikat' pelanggannya. Ada pelanggan yang menyinggah di kedai kita atau kaunter kita di mana-mana karnival dan tertarik membeli produk kita. Lalu bagaimana pula kita mahu mereka terus membeli daripada kita? Tentu saja datang lagi ke kedai kita jika kita ada kedai dan jika kedai kita dekat dengan tempat tinggal atau tempat kerja pelanggan. Ohhh... mungkin mereka akan jauh dari kita maka cadangkan mereka terus membeli dari kita secara online.

Bagaimana jika hanya ada 'kedai online' saja. Ada pelanggan yang ingin melihat produk secara depan mata pula. Maaflah cik pelanggan! Tak dapat saya nak menolong.

Blog niaga yang cantik atau kedai nyata yang cantik mungkin penting. Tapi bagi aku itu bukan juga sebab utama pelanggan nak membeli dari kita. Apa yang penting tentunya produk yang berkualiti dan harganya berbaloi. Pun perkhidmatan kita yang konsisten dan berhemah juga penting untuk menjadikan pelanggan yang ada menjadi 'repeat buyer' atau 'pelanggan ulangan'. Tidak pun sesuatu yang baik tentang kedai kita mungkin juga pelanggan sudi nak jaja ceritanya secara percuma. Iklan dari mulut ke mulut tanpa disuruh pun.

Aku suka susun atur blog tudung Asterisk Boutique yang kelihatan simple tapi mudah untuk pelanggan menikmati gambar-gambar tudungnya dan membuat pilihan. Gambar-gambar cantik dan jelas. Siapa kata dia perlukan jurugambar profesional? Semua dibuat sendiri oleh mereka suami-isteri. Blog pun diolah sendiri. tak perlu nak upah aku tolong buatkan.

Blog ini ;  FCC Farmasi Colour Cosmetics memang aku yang buat. Rasa macam ada lagi nak diperbetulkan agar lebih 'friendly customer'. Dulu pemiliknya tak pandai nak up-date blognya, sekarang tiap-tiap minggu berusaha untuk letak entry sama ada tentang produk, tips, event dan sebagainya. Kalau tak pandai kena belajarlah, lama-lama tentu pandai.

Hasil kerjatangannya yang kreatif ; boleh order beg custom made kat SINI
Nak berjaya dalam niaga 'online' bukanlah boleh diperolehi dalam sekelip mata. Kena ada usaha yang gigih dan konsisten. Jujur dan beretika. Cara pun kena betul juga. Hormati rakan niaga lain yang mungkin menjual produk yang sama. Jangan ada sifat nak menjatuhkan atau menghina. Buat kerja kita saja, jangan sibuk dengan kelemahan orang lain. So... tabahkanlah hati!

Berkecamuk minda aku!

Rasa tak betul bercampur-campur dalam minda aku dua tiga hari ni. Kadang gagal juga aku mengawal rasa marah, geram, kecewa dalam diri.

Sabar! Pesan hubby! Aku sabarlah ni! Kononnya sabar tapi mulut aku asyik membebel je! Marah bila orang lain buat salah. Kesalahan yang patut aku boleh maafkan, yang patut aku boleh tegur. Kesalahan yang bukan dia sengajakan dek kerana kelemahan dirinya untuk melaksanakannya dan kurangnya pengetahuan.

Kadang ada juga rasa dia tak berusaha untuk mengatasi kesilapan itu. Egonya aku yang sering juga bersikap serupa, tak berusaha dan sambil lewa. Biasalah! Salah orang lain memang pantas kita nampak. Marah ditambah kecewa bila rasa tidak dihargai. Padahal itu bukanlah niatnya nak buat aku begitu.

Aku memang faham tetapi sisa-sisa sifat baran aku sejak zaman muda masih banyak. Maka itulah kesempatan digunakan oleh syaitan untuk mempengaruhi aku. Kadang aku marah,kadang aku redha.

Sebaiknya aku tak mau layan lagi rasa negatif yang bercampur-campur tu. Ada banyak lagi tugasan yang aku kena buat. Kalau asyik nak fokus pada sesuatu yang menambah-buruk keadaan, kualiti hidup aku juga yang susut. Buang masa, buang tenaga aku je.

Bergerak terus dengan segala perancangan dan tugasan yang lain. Allah yang tentukan rezeki kita, berusaha ajelah untuk dapatkannya. Kalau malas, tak ada siapa boleh tolong. Maafkan je lah! Aku pun bukan bagus sangat yang nak bengang-bengang sangat ni.

Thursday, 7 June 2012

Sweetest fruit in frienship tree...

Friendship tree oleh anak aku, Asyikin dalam facebooknya...
 walau pun sekadar suka-suka tapi terharunya mama!!
SWEETEST FRUIT... i lap u!


Wednesday, 6 June 2012

Nak makan pun tak selera...

Berblog sambil nyum2.. tangan saper tu?
Homemade popcorn!
Agak sibuk aku semalam hingga lupa nak makan. Pagi hanya sarapan dengan segelas teh tarik. Kemudian 2-3 gelas milo panas semasa mengadap laptop mengemaskini blog, melayan facebook dan buat persediaan untuk jumpa client unit trust dan proposal blog.

Tengahari pula aku jumpa client yang nak minta tolong aku buatkan blog niaganya di Bangi. Nantilah kalau dah siap aku kongsikan di blog ni. Mudah berurusan dengannya. Pun sambil berbincang aku cuma minum air tembikai kurang ais... teringin juga nak minum ais. Perut terasa lapar tapi tiada selera nak makan.

Selepas tu aku bergegas pula berjumpa dengan client baru untuk pelaburan unit trust. Syukurlah tak susah aku nak terangkan padanya. Maka masa yang digunakan pun tak sampai sejam pun.

Bergerak ke kereta masih lagi ada yang menelefon bertanyakan tentang nak minta aku buatkan blognya dan ada juga yang bertanyakan tentang unit trust. Appointment seterusnya aku set pada lusa pula sebab esoknya (hari ini) sudah ada tugasan lain yang perlu aku lakukan.

Sempat aku call beberapa client lama untuk jumpa mereka pada minggu depan. Hari Selasa depan paling sibuk rasanya nak jumpa client unit trust yang minta aku buatkan blog untuknya di Bangsar dan nak jumpa blogger yang nanti aku ceritakan kalau jadi jumpa. Kalau tak ada cerita pasal blogger tu maknanya tak jumpalah..ha..ha..

Jam sudah pun pukul 6.30 petang, aku masih lagi dalam kereta di kawasan parking depan tempat kerja client aku tadi melayani panggilan handphone dan juga buat panggilan. Teringat perut yang terasa lapar, minum seteguk dua air mineral yang sentiasa aku bawa.

Aku call hubby "Yang! Kat mana?".

Hubby menjawap "Dah sampai rumah dah! Kenapa?". Alaaa... terasa sedikit kecewa.

"Mama kat Bangi ni, depan SMC lagi ni. Baru lepas jumpa client-client kat sini. Ingatkan nak ajak minum!", beritahu juga hajat aku walau pun tahu hajat tak tercapai. Tak mengapalah, minum kat rumah ajelah!

Sampai kat rumah aku tak masak untuk dinner. Biasanya hari Selasa sama ada aku atau hubby beli makanan kat pasar malam je. Pun tak ada selera juga nak makan. Buat air milo panas je. Badan letih agaknya, tak selera walau terasa lapar.

Lama dah rasanya tak buat kerja terlebih sikit. Orang lain buat sampai 6-7 appoinment pun masih steady lagi tapi aku baru 2-3 appointment dah terasa sibuk sangat dah ni. Itulah bezanya orang yang rajin bekerja dengan aku ni yang suka buat kerja ikut suka hati je. He..he.. kena belajar berubah jadi rajin ni baru boleh berjaya dalam apa jua yang kita impikan.

Entry berkaitan : Sibuk sangat! Perlu belajar urus masa dengan lebih baik!

Tuesday, 5 June 2012

Kadang terasa tua, adakala perasan muda!

Terasa usia semakin menghampiri taraf warga emas bila mana baju aku dan anak sulung aku, Aishah mula dah sama saiz. Ini gambar tahun 2008, 4 tahun lalu bersama anak sulung dan anak aku yang ke-4, Azri. Anak ke-5, Arif lahir pada tahun berikutnya. Gambar semasa beraya di Jengka 16, Pahang.


Baju kurung ni aku beli yang dah siap. Aku dan Aishah sama-sama memakai baju kurung yang sama saiznya iaitu saiz M. Syukurnya bila hingga hari ini pun baju ni masih muat aku pakai, begitu juga dia. Cuma dia semakin tinggi. Hingga hari ini pun, 5 June 2012 dia kelihatan lebih tinggi daripada aku (160 cm) jika memakai kasut yang bertumit setengah inci tingginya. Tapi aku masih lagi lebih ringan daripada dia walau pun katanya berat badannya dah susut 4 kg. Sebab hari-hari dia pun makan Jamu Sihat Wanita agaknya... promote lagi! Jangan marah!

Baju-baju aku yang lain pun kadang disambarnya juga. Tak semua baju aku dia boleh pakai sebab saiz aku yang kecil sikit daripada dia sekarang ni. Sikit je kecilnya..he..he.. Ye! Usia bakal mencecah 40 tahun pada tahun depan. Dapat anak sulung pada usia 23 tahun, patutlah terasa "Eh! Tua dah aku rupanya!". Betul-betul tak sedar diri!

Memang aku tak sedar diri bila ada yang menegur "adik ke ni?". Dalam hati ini terdetik juga "nampak muda lagikah aku?" atau "saja nak amik hati le tu!". Masa ni perasan mudalah pulak... alahai..

Pipi aku pun dah makin chubby..alahai..

Chubby aku pun, chubby lagi pipi Aishah (mode saja nak mengena!)

Aishah nampak innocent... baju sekolah (2011)
Ini gambar-gambar tahun lepas, 2011. Gambar terbaru berdua macam ni masih terperap dalam handphone. Malas betul nak upload. Bukan ada beza banyak pun. Paling tidak adalah sikit kedut kat mata dan dahi aku bertambah.

Tua atau muda kena ingatkan diri selalu. Dah tua-tua ni tak elok pulak terkinja-kinja macam anak muda. Yang muda pun tak elok terkinja-kinja, apatah lagi yang tua buat macam tu. Lagilah nampak hodohnya. 

Janganlah sebab rasa diri dah tua maka dah tak ada mood nak jaga penampilan dan kesihatan. Sesuaikan penampilan dengan usia agar nampak kemas dan rapi. Jaga pemakanan, senaman ringkas dan ambil supplement yang sesuai, elok dapatkan nasihat doktor untuk kesihatan yang baik.

Usia tetap akan bertambah, fizikal, stamina juga akan turut menyusut tapi jangan biarkan kadar menyusutnya laju melebihi usia akibat tak ambil peduli. Berusahan sekadar mampu secara natural. Kita orang Islam, bukan bedah plastik, bukan suntik botox yang palsu belaka.

Kita mungkin merasakan orang lain cantik wajahnya tapi ia bukan penyebab untuk kita merasa rendah diri. Cantik wajah itu anugerah Allah yang tak boleh kita ubah, usah kita kesali. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Budi bahasa yang buruk boleh kita ubah menjadi cantik jika berusaha. Yakin pada diri sendiri.

Wajah cantik tak menjamin hubungan berpanjangan sesama manusia jika sifat pula tak cantik. Yakinlah sifat yang cantik itulah yang akan menjadi ingatan selamanya. Senyum-senyum selalu.

Monday, 4 June 2012

Petua anak lemah menulis dan manja

Setuju bebeno le teman dengan apa yang dikatakan ni... kome bace le sendiri ye..

Edu Cahayaku, salah satu siri buku-buku yang anak-anak aku guna untuk pembelajaran semasa mereka diperingkat tadika. Pengasasnya Chahaya Abdul Manan.

Mohamad Shuhmy Shuib, penceramah untuk bimbingan, kaunseling dan motivasi. Lawat facebook fan pagenya di Bimbingan dan Lathan Pekerja/Pelajar atau facebooknya sendiri, Mohamad Shuhmy Shuib.

Sunday, 3 June 2012

Tangkai jering di Changkat Jering... alahaiii!

Jumaat lepas hubby balik ke kampungnya di Parit 3, Jalan Gula dengan ditemani anak lelaki aku, anak kedua yang berusia 14 tahun. Ada kenduri kahwin saudaranya di sana sambil melawat maknya, mak mertua aku.

Aku dan anak-anak lain tidak turut serta kerana nak menghadiri kenduri kahwin anak sepupu aku di Kelana Jaya. Lagi pun tempoh baliknya cuma sekejap ; petang Jumaat balik dan Ahad pula dah nak bergegas semula balik ke Bandar Seri Putra. Perjalanan tentunya mengambil masa berjam-jam dengan 5 orang anak dalam satu kereta termasuk kerenah anak bongsu lelaki yang baru berusia 3 tahun tentu melelahkan juga.

Pulak tu musim cuti sekolah, tentu saja aku tak mahu turut serta dalam kesesakan jalan raya menuju ke Utara. Memang betul pun jalan jem. Lewat malam baru hubby dan anak teruna aku tu sampai ke kampung.

Hubby janji nak balik semula pada hari Ahad. Kebiasaannya dia akan sampai ke rumah dalam pukul 8 malam. Tapi hingga pukul 10.00 malam masih belum tiba. Rata-rata rakan facebook ada yang kata jalan sesak sama ada dari Pantai Timur dan dari arah Selatan. Jadi aku pun menelefon hubby aku yang dijawap oleh anak teruna aku kerana hubby sedang memandu :

Aku : Abang (panggilan pada anak aku!) dah sampai mana ni?
Amirul : Kita kat mana ayah? (diajukan soalan pada hubby aku pula)
Hubby : Kita dah lalu Changkat Jering.
Amirul : Haaa ma! Ayah kata dah sampai Tangkai Jering!
Aku : Sampai mana? (salah dengar ke aku?)
Amirul : Tangkai Jering! (macam yakin je!) Mana ayah? (nak kepastian lagi dari ayahnya)
Hubby : Changkat Jering laaa.. bukan Tangkai Jering! (ketawa..)
Amirul : Changkat Jeringlah mama! Tadi baru gerak pukul 9.00.
Hubby : Jalan jem teruk!
Aku : Changkat Jeringlah Amirullll... bukan Tangkai Jering!
Amirul : He..he..

Mmmm... alahai anak aku... 'Tangkai Jering' tu peribahasa, maknanya kedekut.

Gambar dari entry 'Janganlah kedekut'
'Changkat Jering' baru betul nama sebuah tempat di negeri Perak.

Gambar dari entry 'Cuti di Teluk Batik'

Gambar exit Changkat Jering ni menghala ke Utara rasanya. Hubby pulak hala ke KL nak balik rumah. Jalan sesak kerana masing-masing ambil peluang bercuti sempena cuti sekolah selama 2 minggu.

Aku cuba check trafik di website http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx tapi ini hasil yang aku dapat. Kamera tak berfungsi, bolehlah nak speed! Tak faham aku fungsi website ni kalau tak dapat nak bagi info terkini.


'Generally all traffic clear'... banyaklah clear! Realitinya jalan jem teruk bagai nak rak!! Huhh.. Emosi sikit pulak dah..


Friday, 1 June 2012

Bila anak tak mengaku siapa ayahnya

Arif with Daddy, old picture
Entry ini 'Sedihnya.. Anak sendiri tak mengaku ayah' menarik perhatian aku. Hati siapa yang tak sedih bila satu-satunya anak yang ada tidak mengaku dirinya sebagai ayah kandung. Terasa hancur luluh hati mengenangkan bila itulah anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang semasa kecil dulu tetapi tergamak menafikan haknya sebagai ayah. Ingin mengadu pada isteri pun, telah lama kekasihnya itu pergi. Maka merataplah si ayah yang telah uzur seorang diri.

Melihat situasi begini sudah semestinya jari dituding kesalahan pada si anak. Bersikap cuba melepaskan tanggungjawab pada si ayah yang telah pun tua, uzur dan nyanyuk. Dalam Islam sendiri meletakkan kedudukan ibu bapa itu penting selepas solat. Baca 'Berbakti Kepada Ibu Bapa'. Biar apa pun kesalahan ibu bapanya semasa mereka sihat dahulu, ia bukanlah alasan untuk kita bersikap mengabaikannya.

Namun sebagai manusia biasa adakalanya kita mungkin sukar dan sangat sukar melepaskan rasa dendam di hati jika memang benar si ayah pernah bersikap buruk semasa sihatnya dulu. Rasulullah sendiri ada mengajar bagaimana untuk mengatasi rasa marah dalam entry INI. Kuat dan tabahkan hati untuk mengamalkannya kerana itulah yang terbaik pun.

Tetapi jika sebelum ini si ayah telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik, memanglah dia benar-benar anak derhaka.

Bagi kita yang telah pun menjadi ibu bapa atau pun bakal menjadi ibu bapa sebaiknya menjadikan kisah ini sebagai ikhtibar dan pengajaran. Jangan kita pantas meletakkan kesalahan penuh pada si anak atas kejadian begini. Sebelum terlambat, didiklah apa yang sepatutnya sebagai dilakukan oleh ibu bapa yang baik.

Aku sendiri punya banyak kelemahan dalam mendidik anak yang 5 orang ini, tetapi bila aku mengingatkan kalian di sini umpama memberi amaran pada diri aku sendiri juga.

Selagi anak-anak kita masih berada di sekeliling kita, apatah lagi yang masih kecil perlulah kita lebih kerap memberikan perhatian. Dekati hati mereka, ambil tahu kesihatan mereka, siapa kawan mereka, sering luangkan masa bersama mereka, ajak mereka ke majlis-majlis ilmu bersama-sama, jadikan tabiat agar mereka bersalam dengan kita sebagai ibu bapa setiap malam sebelum tidur kerana sentuhan salam itu ada aliran kasih sayangnya.

Janganlah dek kerana kesibukan kerja kita selalu acuh tak acuh dengan anak-anak. Sekali-sekala luangkan makan bersama-sama, pergi bercuti bersama-sama dan janganlah terlalu cerewet dengan kesilapan-kesilapan kecil yang kadang mengganggu mood anak-anak.

Letih juga aku kalau semuanya nak anak buat sempurna sedangkan mereka pun dalam proses belajar makan dengan bersih, tersenget memotong kek, pinggan pecah kerana terjatuh, basuh pinggan tanpa kesan kotor atau sabun ada lagi tercalit sikit, minuman yang tiba-tiba tertumpah (orang dewasa pun selalu buat) dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya kita marah mereka bagaikan itu kesalahan yang sangat besar.

Luangkan masa baca blog Analisis Hadith Psikologi. Sangat menarik!

Alfatihah buat ayahanda mertua dan ayahandaku tercinta yang telah pergi buat selamanya.

Gambar dari entry 'Jangan abaikan orang tua kita'