iklan

Followers

Pages

Thursday, 29 March 2012

Wow! Berpuluh ganda mahalnya, tengok je laa..

RM288,000 tu bukan harga kereta MyVi hijau muda tu ye! 
Tetapi kereta Porsche 3.6cc New Face Lift. Itu pun tahun 2007 dan 2008. 
Amboi! lagi mahal daripada harga rumah teres yang aku duduk sekarang.



Amboi! Yang ini lagilah tak menahan harganya. 
RM738,000 untuk sebuah kereta Ferrari, F430 tahun 2007 dan 2008. 
RM8,000 pun aku tak ada.. he...he.. Boleh beli rumah banglo dua tingkat dengan harga sebegini. 


Aku hanya mampu memakai kereta Kelisa yang comel ini sahaja sejak tahun 2003 lagi. 
Itu pun kereta gear manual second hand yang aku beli dengan harga RM26,000 sahaja. 
Berpuluh gandalah murahnya. Itu saja yang aku mampu.

Jika aku jual pun Kelisa ni rasanya tak sampai RM10K dah nilainya. Inilah kereta aku yang pertama hingga kini. sayang sangat. Tak mau jual sampai bila-bila rasanya. Kalau aku teringin nak beli kereta baru (berangan dulu!), kereta ni aku simpan untuk anak sulung aku guna masa dia masuk IPT nanti (amin... tahun depan SPM). Belum kerja kena pakai kereta murah-murah dan gear manual je. Bagi mahir sikit guna kereta gear manual. Jangan suka merempit macam mak dia sudahlah.

Aku sayang sangat kereta Kelisa aku ni, Nur Syafikah nama dia. Anak aku, si Asyikin yang bagi nama ni. Banyak dah jasanya dan merata juga perginya hingga ke Pahang dan Perak. Banyak sentimental valuenya. Eh! syahdu pulak!

p/s : Siapa nak order kereta jenis Proton dan Perodua boleh contact aku. Begitu juga dengan part kereta untuk kedua-dua jenama ni. Email pertanyaan ke adzriel573@gmail.com. Boleh trade-in, term & condition ye!

11 comments:

Amie said...

Banglo bergerak tu.... sekarang ni nak beli kete baru pun kena fikir 2 kali, walaupun ia barang keperluan tapi semahal manapun nilainya susut juga... beli yang berpada2 ajelah.

muslimah rempit said...

o o o kalau harga tu Kak So boleh beli 7 buah rumah (ikut harga rumah kak so sekarang), cukup untuk adik beradik Kak So, sebab dulu kecik2 berangan nak adakan setiap adik beradik sebuah rumah (verangan besor sungguh) hahahaha

pasai kete ni ermmm ikut la kemampuan dan kegunaan yer...

Selalunya orang yang beli kereta begini tak tahu nak tuju duit tu kemana dah... maklum ler Allah beri seluas rezeki untuk mereka...

sitiezahim said...

betul...asal boleh jalan ke mana mana dah le..cam kete kancil saya, beli rege 28k kalau tak salah, auto tahun 1997..nak jual mmg laku bawah 10k baik simpan..skarang berkhidmat dengan setianya pada mak kat jengka..walau masuk longkang, langgar pokok pinang dpn umah orang..hahahaha

Daddy Ziyyad said...

Banyak dah jasa Nur Shafikah tu kan...ekekekeke...

Kita pakai apa saja yg kita mampu..yg penting, selamat sampai ke destinasi...

ummiross said...

Nur Syafikah oh Nur Syafikah...cantik nama tu, dekat dihati,nama anak saudara ummi tu...

norliha said...

Akak pun masih simpan kereta kancil kesayangan akak, sebab itu kereta pertama akak sebelum tu akak pergi kerja naik bas atau teksi saja.

-Sara- said...

alala..comelnya nama nur syafikah..ehehe

-Sara- said...

alala..comelnya nama nur syafikah..ehehe

ummiarissa said...

ala kakliza kete murah ke mahal ke,janji boleh bawa kita ke mana2...yang penting tak rosaklah kereta tu...beli mahal2..seat untuk sorang dua je..buat apa kan...

Dinas Aldi said...

Uuiiiihh mahai berapi! Betoi, akak pun boleh tengok saja :)

Akak ni bukan tak sentimental dengan keta2 akak yg lama tu tapi memandangkan akak ni single, kalau dia buat hal lingkup kat tengah jalan ka apa, takdak encek hasben nak call. Jadi keta tu kalau dia start buat hal beberapa kali tak berenti, memang akak akan tukar baru saja. Itu jalah. Servis memang berkala, patuh akak ikut jadual, tapi ada masanya dia nak buat hal jugak, tak bleh nak cakap apa...

mas saari said...

mak oiii, mampu tengok jelah!