Bagi para ibu bapa mungkin pernah melihat anak2 kalian mengigau. Kadangkala ketawa, bercakap2 atau menangis. Ada juga yg tersenyum mahu pun mencebikkan muka semasa tidur. Bila dah besar sikit, semua itu akan hilang perlahan-lahan.
Ini hanya pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman aku membesarkan 5 orang cahayamata.
Biasa terjadi anak2 aku susah nak tidur setiap kali habis tengok cerita seram di TV. Tau2 je lah sekarang ni macam2 ada kat TV tu. Masa tu lah sibuk nak menempel tidur sebilik dgn aku. Sekali-sekala ok le, esok jangan tengok cerita tu lagi ye..
Apa yg aku buat utk hilangkan ketakutan mereka? Aku ajaklah baca ayat Kursi sama2. Lepas tu aku suruh anak2 baca Al-Fatihah berulang kali sampai tertidur. Tidak pun berzikir menyebut 'Allah' berulangkali juga sampai terlelap. Beri mereka semangat! Kadang2 melawak juga suruh mereka fikirkan perkara2 yg menyeronokkan.
Orang tua2 selalu pesan kalau bermain atau bergurau jangan berlebih-lebihan, nanti susah nak tidur atau mengigau. Kadang2 terjadi juga apa yg berlaku di siang hari terbawa ke dalam mimpi. Itu yg kadang2 aku dengar anak2 aku cakap sorang2 tengah malam. Adakalanya ketawa atau menangis. Kalau lama sangat, aku kejutkan anak aku tu, hishhh...naik risau pulakkan.
Kelakar juga bila ada yg tiba2 duduk, lepas tu baring semula. Atau aku yg terpaksa suruh mereka baring. Teringat masa aku kecil dulu bila aku pesan pada mak aku supaya kejutkan aku kalau ada cerita yg aku nak tengok di TV dah bermula. TV hitam putih masa tu..klasik! Esok paginya aku tanya kenapa mak tak kejutkan aku? Mak aku kata dah kejutkan, aku duduk & lepas tu baring semula...laaa.... Ikut akulah agaknya anak2 ni.
Bila anak2 tertidur di depan TV, seelok-eloknya jangan biarkan mereka jalan sorang2 ke bilik. Pimpin tangan anak2. Mereka separa sedar tu, takut entah ke mana-mana perginya nanti. Apatah lagi kalau terpaksa naik tangga nak ke bilik, takut pulak terjatuh.
Nak marah anak boleh..jangan pulak sampai budak2 tu menangis tersengguk2. Rotan tapak tangan tu sekali setiap satu dah la.. tak pun bagi lecturer yg logik sikit. He..he.. aku pun tak suka dengar masa kecik2 dulu! Sekarang terpaksa le buat kat anak2! Takkan nak biar je! Takut tiba2 anak menangis tersengguk di tengah malam.
Kerenah anak2 tidur memang selalu jadi perhatian aku. Aku ni sensitif dengan bunyi, mudah terjaga. Bila hati risau, pukul 2-3 pagi pun aku boleh bangun jenguk bilik2 anak2 aku. Check kipas, check aircond jgn sejuk sangat, check selimut & betulkan mana yg tidur melintang patah dgn yg sorang lagi.
Jealous juga bila ada orang dapat bacakan cerita utk anak2 sebelum tidur. Tak sempat aku nak buat semua tu. Cuma sebelum mereka tidur, mereka salam & cium tangan aku & hubby dulu. Jangan lupa doa tidur ye!
2 comments:
Aiseyh, bestnye ada anak..
tetiba rasa teringin plak nak ada anak..
HAHA
zwan dah berlesen ke? he..he..
Post a Comment