iklan

Followers

Pages

Wednesday, 2 February 2011

Suka bayar lambat!


Bukan semua orang, tapi ada antara kita yg punya sikap suka bayar selepas due date, minimum (kad kredit) atau lagi susah bila lupa nak bayar. Mana yg tak nak bayar tu lain ceritalah pulak. Bayar apa ni? Bayar hutang bank ; kereta, rumah, kad kredit, loan, etc. Dan bayar segala jenis bil.

Alhamdulillah kalau korang bayar hutang sebelum due date & bayaran penuh untuk kad kredit. So tak adalah peluang bank nak caj korang lebih2. Cukuplah caj interest yg sedia ada. Itu pun dah peningkan!

Kalau kita bayar 2 hari sebelum due date dgn cara transfer duit on-line pun tak ok juga sebab biasanya payment masuk dalam masa 2 hari. Takut kena caj lewat bayar. Kecuali bila lepas buat payment, korang terus call bank utk maklumkan yg korang dah bayar. Biasanya mereka akan minta reference number.

Walaupun caj lewat mungkin tak sampai RM100 (banyak tu), tapi itu duit korang. Kalau setiap seorang, bank dah caj lewat dalam RM20 ke RM100, bayangkan berapa depa dapat dari setiap customer yg beribu-riban ramainya. Terbazir duit kita macam tu je. RM10 boleh buat apa utk korang?

Itu bila hutang dengan bank. Bagaimana dengan bil2 telefon, air, elektrik, & astro? Bila tertunggak, jadi beban pula pada kita nak bayar lump sum 2 bulan ; salah gaya bergelap bila elektrik kena potong. Kadang bukan sebab tak ada duit nak bayar, cuma terlupa nak bayar.

Bagaimana dengan caj penyambungan semula bila dah kena potong. Astro caj RM20...banyak tu. Boleh buat apa dengan RM20? Boleh beli kasut sekolah anak, makan 2 orang kat kedai mamak pun boleh ada baki lagi, bolehlah 2 kali aku pergi balik KL-UKM naik komuter..tambah RM4 je lagi kot, buat bayar tol aku pergi balik ambil anak aku kat sekolah di bandar baru bangi selama seminggu..pergh! Haa..... buat top-up handphone!

Apa yg aku buat utk diri aku sendiri ; nak elak dari lupa. Aku pun kekadang selalu terlupa. Aku buat check list macam kat atas tu. Tak kisahlah nak tulis tangan, print atau rekod dlm komputer korang. Aku lebih suka tulis tangan je kat buku nota kecik aku. Lagi pun dari senarai check list tu aku boleh nampak berapa belanja aku berbanding income. Kalau belanja lebih, dah liabiliti le! So paham2 le apa patut dibuat.

7 comments:

ada mokhtar said...

org kad kredit i akan call i tiap2 bulan 3,4 hari before tarikh akhir bayar.. rajin betulkan diaorang tu. so i tak pernah lewat bayar sbb sentiasa diingatkan =)

Shiqin Sunshine said...

HOHO....igtkan gambar tu income dr nuffnang, igtkan nuffnang byr lambat....rm300....perghh...manyak tuh...heheh.... ;p

ummiross said...

ummi pun selalu lupa, paling suspen bila lupa kat mana letak hand phone atau kunci...

Hanis Azla said...

saya pun kak, bab2 bil dan bayaran bank ni mmg priority.. bukan apa takut duit tu terpakai buat benda lain.. lagi serabut pula jadinya nnt..

Anonymous said...

[url=http://seoservicemarket.com]seo services[/url]

Liza @ Adzriel AB said...

ada mokhtar : ada juga begitu, tapi biasanya dpt sms.

beauty lover : amin...moga dimakbul Allah..he..he..

ummiross : bukan ummiross je, saya pun selalu begitu. kalau hp boleh nak call, kalau kunci melilau le mencarinya.

hanis :betul..kena bayar cepat, takut tershopping..*(^_^)*

Azah Rahaman said...

lain dicari, lain yang jumpa, kadang2 selalu macam tulah, haiyaaa