Anda masih juga tidak berjaya mencapai apa yang anda idamkan. Perjalanan pun tidak juga bermula, tetapi mahu berjaya. Bagaimana nak berjaya?
Cuba baca pantang larang orang yang nak berjaya ; Sebab-sebab seseorang itu gagal mencapai impiannya.
1. Tiada matlamat atau fokus yang tepat. Tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya.
2. Tidak pernah mencatatkan apa yang diinginkan sama ada di tampal, di dalam diari dsb. Hanya berlegar-legar di ruang fikiran ; berangan je!
3. Selalu tidak mahu bertanggungjawab atas kegagalan dengan menyalahkan orang/perkara lain.
4. Tiada tindakan yang berkesan ; selalu buat pelan tapi tiada tindakan (aku lah tu!)
5. Terlalu merendah diri dan merasa semuanya kurang ; terasa tua, kurang modal, lokasi tak sesuai, sekolah tak tinggi dsb. (biasa la..)
6. Malas ; selalu nak kerja sikit/mudah tapi duit nak dapat banyak. (aku jugak...adoii!)
7. Selalu mendengar cakap-cakap orang yang gagal. Berkawan tak pe lagi.
8. Tidak bijak dalam pengurusan masa yang mana dulu atau kemudian, yang mana penting atau kurang penting. (kena lagi!)
9. Tersalah strategi atau cara bertindak. Rajin berusaha tetapi hasilnya tidak seberapa.
10. Kurang mencari ilmu ; membaca, seminar, mendengar CD dsb.
11. Mudah putus asa dan menyerah kalah sewaktu menghadapi dugaan dan cabaran.
12. Hubungan sesama manusia tidak baik.
13. Sombong dan merasa diri hebat ; tidak sudi menerima pandangan orang baru.
14. Kurang menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan untuk memikirkan segala ciri-ciri di atas.
Jadi kalau nak berjaya, jangan buat 14 perkara di atas... pesanan buat Adzriel AB! Jangan bermimpi lagi!
4 comments:
penyakit malas tu, ada ubat tak? :D
kopak otak : kalau dah malas, tak dapat nak tolong cari ubatnya. *(^_^)*
oooh.. anat slalu gagal sbb anat cepat give up. T___T
Anat : tapi anat selalu ada option lain dgn matlamat sama. kita serupa je..he..he..
Post a Comment