Kadang-kadang jual getah beku atau getah sekerap. Ketulan getah yang dah beku dalam pot tu di kutip dari satu pokok ke satu pokok. Pot tu lebih kurang macam mangkuk atau cawan untuk tadah getah yang diikat dengan dawai pada pokok getah. Ada juga jual getah susu, macam susu segar je rupanya.
Begini le rupanya ; Gambar ambil kat blog A Sharing Of Life Moment
Ada juga menolong mengutip getah ni bila cuti-cuti sekolah. Kenalah belajar memahami kesusahan mak ayah jugakan. Jangan tau main aje!
Sekarang ni mak selalu cerita tentang arwah ayah. Kasihannya arwah ayah dulu-dulu cuma dapat hasil getah paling tinggi pun dalam RM400 sebulan. Itu pun jarang nak dapat. Cukup ke nak hantar pada anak-anak yang duduk asrama ada 4 orang masa tu. Adik aku pun kecik lagi masa tu...
Nak makan ayam pun boleh le seminggu sekali, itu pun ayam pencen. Ayam dah tua...liat2 pun dibuat sup sedap juga.
Adakalanya seminggu dua aku tak berduit masa duduk kat asrama. Betul-betul makan apa yang asrama sediakan. Untungnya aku tinggal di Asrama Felda, sebuah asrama penuh yang makannya kira sedap juga. Setiap bulan sebanyak RM25 dipotong dari duit gaji arwah ayah untuk bawar sewa asrama. Itu dah termasuk segala kemudahan komputer, aktiviti asrama dan tusyen yang pihak Felda sediakan.
Aku akan segera bersarapan pagi sebelum ke sekolah pada pukul 6.00 pagi. Waktu rehat di sekolah memang tak makan le kalau tak berduit. Bawa aje lah bekal air masak dari asrama. Bila tengahari habis waktu sekolah barulah dapat makan tengahari di asrama pulak.
Begitu juga bila aku sambung belajar di POLISAS, Kuantan. Sehari makan nasi tu sekali je masa lunch. Itu pun share dua orang dan sanggup balik jalan kaki dari kampus ke asrama semata-mata nak beli bungkus kat cafe asrama sebab murah sikit. Tak kisahlah dapat sayur kangkung layu pun. Bila malam makan biskut je la. Makan nasi bila berduit je.
Alhamdulillah, dah memang rezeki aku dapat tinggal di asrama bagi semester 1,2 dan 4. Semester 3 ada praktikal, jadinya tak perlu le duduk asrama. Itu pun berapa sangat elaun yang dapat masa praktikal... tak sampai RM100 pun. Nak minta kat mak ayah, tak sampai hati pula. Nasib kakak aku dah kerja yang tolong mak ayah tanggung aku.
Dulu-dulu hidup penoreh getah memanglah sangat susah. Biasalah kita ni semasa susah mudah teringat nak berdoa mohon Allah murahkan rezeki kita. Sekarang Allah makbulkan doa itu walau pun mungkin terlewat untuk generasi lalu, namun memberi rahmatNya kepada anak cucu generasi lama.
Tapi tengoklah segelintir manusia ni bila dah diberi rezeki yang melimpah dengan naiknya harga getah yang berganda-ganda sekarang ni? Mengapa Nina Montok yang dicari? Sepatutnya mereka lebih bersyukur kepada Allah atas rezeki yang melimpah.
Baca berita tentang Nina Montok di sini : Beratur panjang di kebun
14 comments:
Kesenangan yang diperolehi dari keperitan hidup dulu lebih memberi erti dan pengajaran.
Semoga sukses dlm kehidupan.
Kak Jie pun... anak sulung 8 beradik..mak ayah motong getah.
Susah zaman dulu jangan nak cakap, masa sekolah petang, sebelum pergi sekolah kena tolong mak kutip getah dulu..cuti sekolah Jumaat & Sabtu ( Kedah ) jangan harap nak boleh jejakan sana sini.
begitulah pengorbanan ibu dan ayah, demi anak2.
Ummi pun ada baca pasal Nina montok tu,sedih dan kesal dgn sikap sesetengah orang, sedikit ujian kesenangan, sudah hilang pedoman.
hoho kekadang bile susah nak dapatkan seswatu..mmg rase berharga sgt kalo dah dapat..tapi skarang ni..tokey getah dapa beli merc dgn selambernye..ehhee
sikit pon tak tau pasal nina montok ni sebab tak baca metro hari tu. hehe.
tapi tu la. dula lain. sekarang dah lain.
dulu orang bersusah payah carik duit bila dapat duit pegi sekolahkan anak2. sekarang da dapat duit pegi carik benda haram.
inanur@TH : Alhamdulillah, hidup mak dah tak susah.
Kujie : teringat kena bangun subuh2 ye kak jie kerana nak ikut ke ladang getah.
ummiross : manusia sering terlupa bila dah senang. takut tau ummiross.
JIJI YU : itu le... terasa nak menoreh le pulak.. he..he..
ieka darlink : dah kemaruk agaknya..
humm betul kak, kami pon dulu siap pandai noreh..alhamdulillah, Allah bagi sikit kesenangan unt anak2 kita kan, tak de la merasa mcm zaman kita dulu..
sitiezahim : akak memang tak pandai menoreh... mak tak bagi, takut rosak pokok. jadinya nolong kutip getah je laa... teringat ikut antor getah kat PMG
Assalamualaikum. sedih juga baca entry nih. tapi rm 400 masa zaman dulu, kira okay lagi. ayah sy pendapatan rm300 semasa tahun 90an. seminggu skali makan ayam??? mewah la tu. sy hari2 makan telur. tp takpa. telur best! hehe... tapi betul, apa pun kita kena bersyukur dgn rezeki yg Tuhan bagi... Dgn itu, kita akan lebih menghargai.
Muhammad Burn : RM400 tu sekali sekala aje.. yang biasa dapat dalam RM280~RM320. ayam pencen...bukan ayam yang daging lembut tu. itu pun potong kecik2 biar semua dapat merasa...jadi le.. la ni ratah ayam saja..
Post a Comment