Awal pulak aku hantar anak ke sekolah hari ni. Pukul 6.57 pagi dah sampai sekolah ; pun kelihatan kereta ibu bapa yang menghantar anak masing-masing dah mula banyak. Jarang sekali aku turunkan anak-anak di depan pagar sekolah dan kemudian terus saja berlalu. Biasanya aku park dulu kereta di ruang parking depan sekolah atau agak jauh sikit bila keadaan sesak teruk.
Kenapa aku park kereta jauh sikit bila sesak teruk di depan sekolah?
1 - Berjalan kaki lebih cepat daripada beratur dalam kereta semata-mata nak turunkan anak-anak betul-betul depan pintu pagar sekolah.
2 - Aku tak berapa suka menambah bilangan kenderaan yang beratur dan menambah statistik kesesakan ; tak suka kesesakan sebenarnya (eh! Siapa yang suka melainkan orang yang suka mengambil kesempatan seperti nak meraba, nak mencuri dan entah apa lagi perangai tak baik!)
3 - Aku dapat beredar dari situ dengan lebih cepat selepas memimpin anak-anak aku ke pintu pagar sekolah.
4 - Aku simpati dengan para ibu bapa yang bekerja yang nak cepat ke pejabat. Jadi aku tak nak tambah kelam-kabut dan stress mereka dengan tambah statistik sesak tu. (Baiknya aku!)
Cadangan aku pada ibu bapa yang hantar anak-anak betul-betul depan pagar sekolah seelok-eloknya :
** Suruh anak siap sedia dengan beg sekolah sebaik sahaja semakin menghampiri sekolah. Bila sampai je boleh turun terus dengan pantas. Janganlah bila kenderaan berhenti barulah kalut nak cari tali beg nak sandang kat belakang. Dalam keadaan sesak, setiap saat adalah sangat bermakna.
** Bagi duit belanja siap-siap dari rumah dulu. Lainlah kalau terlupa, kelam kabutlah nak menghulur duit belanja pada anak-anak.
** Kalau rasa nak cium anak pipi kiri, kanan, dahi dan banyak nak bagi pesanan pada anak memang sepatutnya tidak turut serta dalam barisan depan pagar sekolah. Elok cari tempat yang sesuai untuk parking kenderaan dulu.
** Jangan suka-suka hon kenderaan depan sekolah untuk masalah kecil ; beralah sajalah. Anda pun dapat pahala dengan bersabar. Balik-balik muka itu juga yang nampak esok lusa nanti. Entah-entah orang tu juga yang akan bantu anda nanti bila susah. Kita bukannya tahu takdir Allah.
** Bila lalu depan pak guard sekolah tu, bukalah tingkap kereta, senyum kat dia atau lambaikan tangan. Walau pun perbuatan kita tu hanya beberapa saat, tetapi ia dapat meredakan stress pak guard tu yang kalut mengawal lalulintas depan sekolah. Dia akan terasa dihargai...psiko tu!
Cadangan aku pada ibu bapa yang park jauh sikit macam aku ni.
** Park la kenderaan tu betul-betul, janganlah ketara sangat separuh bandan kereta tertinggal kat ruang jalan. Menghalang orang nak lalu pula. Seolah-olah jalan jadi selorong.
** Had masa 5 minit aje sebab ada orang lain nak parking juga sebab nak hantar anak ke sekolah. Lain le kalau nak lepak lama lagi, pergi jauh-jauh sikit lagi. Alahhh...pahala kalau buat baik ni.
** Jangan halang laluan penduduk di taman berdekatan. Kesian mereka kerana terpaksa menghadapi masalah jem ni hari-hari. Untungnya anak-anak mereka pergi ke sekolah berjalan kaki je. Jimat duit minyak kereta atau van sekolah.
Ini apa yang aku rasa, kalau rasa nak tambah boleh je! Guna bahasa yang baik ye...
Cerita berkaitan : Jalan kaki ke sekolah
5 comments:
woo bagus parent mcm akak nih..hihi..boleh diamalkn utk bakal ank² sy sok..oppss~ ^_^
mmg sesak pagi2 bila nak hantar anak sekolah.. mmg kena byk beralah dan lebih kurang.. semua org nak cepat jd tak perlu nak buang masa kita dan org lain kan kak..
yana : alhamdulillah...cita2 dah ada tu.. he..he..
hanis : akak beralah le sebab waktu kerja ikut suka hati. memahami perasaan ibu bapa yg bekerja coz dulu pun bekerja juga. memang kalut antar anak pi sekolah.
1 tips yg brgune & berkesan. NIce sharing..
Salam perkenalan
Terbaru di SuaraSendiri
Wikileaks : Ariel tiada dalam penjara - Musa Hassan
De Mois : Salam kenal..TQ dtg visit sini..
Post a Comment