iklan

Followers

Pages

Friday, 4 February 2011

Motosikal klasik ayah mertuaku


Klasik betul motorsikal ni. Dengan motorsikal ni le gamaknya hubby aku merempit 20 tahun lalu. He..he.. jangan marah yang! Gurau je! Aku mula kenal motor ni sejak 16 tahun yang lalu (1994). Baru kenal dgn hubby masa tu.

Motorsikal ni milik arwah ayah mertua aku. Sedih aku bila sebut nama ayah mertua! Aku hanya sempat mengenali arwah hingga tahun 1998. Arwah meninggal pada 6 Feb 1998 semasa aku sedang mengandung sebulan anak yg kedua ; yg kemudian lahir pada 19 Oktober 1998. Dua hari lagi genaplah 13 tahun arwah telah meninggalkan kami.

Bila balik kampung hubby je, aku akan teringatkan arwah bila aku memandang ke tali air depan rumah. Masih terbayang bila arwah menunggang motorsikalnya melalui titi kecil di depan rumahnya.

Pandangan depan rumah mertua aku - ada tali air di depannya

Anak sulung aku, Aishah cuma sempat mengenalinya sehingga usianya 1 tahun 5 bulan. Tercapai juga hajatnya inginkan cucu perempuan kerana 4 orang anak kakak ipar aku semuanya jejaka tampan. Inilah yg sulung ; aQistudio

Sayang benar arwah dgn Aishah ; walau pun dah tertidur dalam buai, arwah tetap juga terus menghenjut buaian tu. Bila Aishah menangis aje, cepat2 dia menjenguk ke dalam buai utk cuba meredakan tangisannya.

Aku suka juga duduk berbual dgn arwah ayah mertua aku. Tuturkatanya lembut aje, memang tak pandai nak marah. Sangat di senangi oleh semua anak2 saudara & cucu saudara juga.

Setiap kali azan di surau berdekatan, arwah akan bergegas utk turut sama berjemaah dgn org kampung. Arwah bukanlah jenis yg suka duduk bersembang lama2 utk mengumpat, tidak juga melepak di kedai2 kopi.

Kalau ke kedai, arwah terus saja pulang ke rumah selepas membeli barang yg dikehendaki. Jika duit yg dibawa tidak mencukupi walau pun 10 sen, arwah sanggup pulang dulu mengambil duit & kembali semula ke kedai mengambil barang yg dibeli.

Tekunnya arwah bekerja di bendang mengingatkan aku sifat yg turut ada pada arwah datuk aku di sebelah mak. Itulah yg sering diceritakan oleh mak mertua & mak aku.

Arwah ayah mertuaku meninggal di wad ICU Hospital Taiping pada pukul 12.05 malam.

Alfatihah buat arwah ayah mertua tercinta ; Haji Hashim bin Othman. Kasih sayang yg ayah berikan tiada bandingan yg akan aku kenang sampai bila2.

No comments: