Jiwa aku memang tak tenteram pun hari ni. Sebab tu entry pun tersekat-sekat nak keluar.
Sejak dia sakit, aku belum jenguk dia pun lagi. Bila dengar dia sakit, hati aku jadi sebak. Dulu aku nyaris2 jadi anak angkat dia. Tapi mak tak bagi sebab mak tak nak berpisah dengan aku walau pun adik dia yang nakkan aku tu. Adik mak masa tu janda tanpa anak. Aku panggil dia bik Sal. Dia beralih arah ambil cousin aku yang juga anak mak teh aku. Hubungan aku dengan mak teh pun special juga sebab lama aku menyusu dengan mak teh masa kecik2 dulu.
Masa tu umur aku dalam 3-4 tahun agaknya. Hari-hari aku ikut bik Sal dengan membonceng basikalnya ke kedai jahit di Kampung Lasah. Terletak dalam daerah Sungai Siput Utara, Perak. Bik Sal memang terkenal sebagai seorang tukang jahit di kampung tu. Memang manja benar aku dengan dia mengikut ke sana-sini hinggalah pada tahun 1978 aku terpaksa berpisah bila mak dan ayah berhijrah ke Jengka 16, Pahang.
Tadi aku call handphone cousin aku yang juga anak kandungnya selepas dia berkahwin lain. Anak2 tirinya yang lain pun sangat rapat dengan kami semua. Masa aku call tu kebetulan dia ada di hospital sebab bawa bik Sal ke hospital, ada appointment katanya. Bik Sal ada masalah dengan buah pinggangnya dan kencing manis.
Selepas aku bercakap dengan anak kandungnya, aku bercakap pula dengan anak angkatnya. Kemudian anak angkatnya tanya kalau aku nak bercakap dengan bik Sal. Bila dengar aje suara bik Sal di telinga aku, aku terus jadi sebak. Aku sedih sangat bila dia terpaksa menderita sakit begitu. Aku katakan aku rindu dan sayangkan dia, aku ingat bagaimana dia manjakan aku semasa aku kecik2 dulu. Masa tu pun air mata aku dah mengalir je. Bercakap pun dah tersekat-sekat dengan bik Sal. Malu pun ada! Tarik nafas panjang2....
Bik Sal layan aku tak sama dengan bagaimana dia layan kakak dan abang2 aku masa kecik2 dulu. Macam pilih kasih, kira aku ni special sikit. Sikit2 kena marah tu biasalah. Untung anak angkat dia yang juga cousin aku. Bik Sal pelihara dia sejak dia baby lagi. Menitis air mata mak teh semasa nak serahkan anaknya pada bik Sal. Hubungan cousin aku tu dengan mak teh tetap baik je. Untung dia belum kahwin dah ada 2 wanita yang di panggil mak.
Bila aku lambat menjenguk bik Sal sakit, dah tentu mak & kakak aku marah. Kereta aku agak sakit, tapi kena pergi juga. Hati dah tak boleh tahan. Rindu kat mak aku pun sama. Mak ada kat rumah abang di Ipoh. Bik Sal pun ada di Ipoh Specialist Hospital. Kalau tak ke rumah dia di Perlop. Jadi kira sehaluan aje lah.
3 comments:
Bersabar lah ya!
Wan Fakhrul Rin : tq kee.. tahan sabar le ni
sedihnye bila jadi macam ni...
pilu sangat...
:'(
Post a Comment