iklan

Followers

Pages

Thursday, 3 February 2011

Ikutlah resmi padi


Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi. Inilah peribahasa melayu yg menggambarkan sikap bagaimana yang harus kita contohi. Lihat sahaja padi, bila mana semakin ia tunduk isinya juga semakin elok.

Maknanya semakin kita ni berilmu, semakin bijak, semakin kaya atau apa saja nikmat yang Allah berikan itu semakin berganda-ganda maka hendaklah kita semakin mensyukuri nikmatnya, semakin merendah diri, semakin menjaga budi bahasa dan tutur kata.

Jangan kita semakin sombong, riak, bangga diri atau apa-apa sahaja sifat tercela yang dibenci oleh manusia terutamanya Allah. Semua yang kita dapat adalah kehendakNya jua.

Kita perlulah mengingatkan diri kita bahawa segala nikmat yang Allah berikan bersifat sementara & bila-bila sahaja Allah boleh menariknya dari kita. Memang benar kita rajin berusaha, tetapi kejayaan itu juga atas izinNya.

Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, senior atau junior perlu menghormati antara satu sama lain. Tiada ruginya berlapang dada dan berbuat baik sesama insan melainkan ganjaran pahala oleh Allah dan ketenangan jiwa.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diriku sendiri. Moga diriku sendiri tidak lupa!

6 comments:

ummiross said...

Apa yg ada pada kita hanya pinjaman semata...

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : betul tu, takut juga lupa diri.

hana said...

salam kenal kembali kak...
tima kasih yer singgah blog saya... suke tgk anak akak makan.. cumil!!

Liza @ Adzriel AB said...

salam juga buat yg sudi singgah di sini. budak2 comel belaka. rugilah sesiapa yg tidak ada rasa sayang pd anak2 kecil ni.. *(^_^)*

Fiz said...

nice entry..

Liza @ Adzriel AB said...

Fiz : TQ