iklan

Followers

Pages

Friday, 18 February 2011

Jangan cari pasal ye!

Bila anda parking sesuka hati, ia boleh beri impak yg besar pada orang lain.

Anda mungkin menyebabkan masalah2 berikut :

1. Menghalang kereta orang lain nak keluar.
2. Menghalang kereta lain nak lalu di jalan berkenaan.
3. Menyebabkan jalan jadi sesak.
4. Menyebabkan orang lain doa tak baik untuk anda.
5. Menyebabkan anda sendiri panas hati bila orang lain bunyikan hon.
6. Menyebabkan pergaduhan kecil atau besar.
7. Memutuskan tali persaudaraan sesama insan.
8. Menimbulkan ketegangan masyarakat sekeliling.
9. Yg paling teruk, anda mungkin tercedera atau terbunuh.

Jadi, janganlah cari pasal. Berlalulah dengan segera bila anda menghalang laluan orang lain.

Bila orang hon anda :
--> Jangan fikir orang tu bermaksud "Woi! Tepilah aku nak lalu ni!" kerana akan menimbulkan reaksi negatif pada diri anda sendiri walau pun mungkin itulah maksud orang tu.
--> Fikir orang itu berkata "Minta maaf ye! Boleh ketepi sikit, saya nak lalu!". Mainkan kata2 itu dengan lembut dalam minda anda.

Sekadar meluahkan rasa dengan seorang insan yg tiba2 park kereta depan sebelah aku (posisi dia atas jalan utama) yg menyebabkan aku tak boleh bergerak walau pun dah 5 minit anak aku masuk kereta. Anak dia pulak boleh melintas dengan lenggang kangkung sambil melambai pada kawan2 dia. Kereta dari belakang datang dua tiga buah nak mula beratur belakang dia. Bila anak dia masuk kereta pun masih tak bergerak, ada benda tertinggal agaknya. Buka pintu nak keluar semula. Tak tahulah aku apasallah 'selfish' sangat dengan dua beranak ni.

Aku bagi hon pendek mintak dia ke tepi dulu. Kalau hon panjang nanti mesti lagi panaskan. Aku dah bagi masa 5 minitkan untuk sesuatu keputusan yang perlu dibuat dalam masa 5 saat je.

Bila dia dah ke tepi, barulah kereta lain dapat lalu & aku pun dapat keluar dari parking. Semasa aku lalu sebelah dia, si driver pandang aku semacam je. Aku buat tak tahu je la kan. Angin aku tak berapa ok juga semalam.

Anak aku le jadi mangsa tempat lepaskan geram. "Dia nak ajak gaduh ke? No hal... aku tak de taekwondo, karate ada!" Korang rasa aku buat ke? He..he.. tak de keje aku nak gaduh2. Anak pun sama sekolah. Tapi plate kereta, jenis kereta & warna tu memang sentiasa dalam ingatan aku. Aku jenis yg mudah ingat plate kereta orang.

Aku ajak anak aku beli air, nak sejukkan hati!

12 comments:

Luqman Zakaria said...

betul tuh!! bercakap pon kene ade cara barulah x timbul pergaduhan kan!

Hanis Azla said...

kdg2 org yg pentingkan diri sendiri boleh rosakkan mood kita kan kak.. kita dah bagi muka dia org naik tocang pulak.. sabar ajelah..

umiawadah said...

boleh sabar ke 5 minit...5 minit tu lama tau...kalau dengar satu lagu..habis 5 minit...mujur anda seorang yang penyabar...

Fairus Bin Mamat said...

MEMANG BENAR APA DIKATA.. DALAM BANYAK2 HAL KITA MASIH BOLEH BERSABAR. TAPI BAB BAWAK KERETA NI, MEMANG SUKAR UNTUK BERSABAR.. TAK TAHU LA APESAL..

Anonymous said...

pernah mengalaminya. ada kereta parking kat depan kitorang (waktu tu dgn member) - mmg sangat menghalang lalu lintas, datang lak si teksi betul2 berhenti belakang kereta. mmg time tu kitorang tak blh nk uat ape, camne nk reverse, teksi belakang rapat sangat, kereta dpn pun rapat, kitorang pun nk gerak gak..

lagi best, si teksi hon-hon. dalam hati nak je sound "weh pandai, kebelakangkan la teksi ko tu, bukan ade kereta pun kat belakang ko! kitorang tak blh gerak ni" after 5 minutes, baru teksi tu g undur and jalan, then lalu kat tepi kitorang, dia pi buka tingkap dia maki2 kitorang.

memang panassss je hati kitorang.. ceit! mentang2 kitorang perempuan je dlm kereta tu. pfffft. (tetibe emo :p)

LiFe KaMi said...

semenjak pandu kereta tak pernah lagi guna hon tu,rasa mcm tak sanggup nak sound org paling2 pun angkat lampu tinggi jer..:)

ummiross said...

Orang berfikiran positif awet muda kan...

Liza @ Adzriel AB said...

arep_lockermonth : serupalah macam kita baca sms. baca banyak kali dalam pelbagai tone.

Hanis Azla : alamak! ayat naik tocang tu akak biasa gunalah! itu yg kdg jadi...eee..geramnya. sabarrrrr!

ummiarissa : 5 minit memang lama bagi org yg tau hargai masa. macam tak ada perasaan je orang tu.. tapi tak nak jadi gaduh.

Fairus Bin Mamat : Betul tu, walau pun karektor seseorg tu lembut, tapi boleh jadi berbeza sgt bila memandu.

farah : situasi farah memang menakutkan. memang patut sabar, tak nak simbah minyak pada api lagi. sabarrrr...besar pahalanya.

LiFe KaMi : setuju sebab kesan bunyi hon boleh menimbulkan situasi tegang. serba salah juga, tapi 5 minit menunggu & dia dijalan utama pulak tu.

ummiross : yesss...setuju sangat! tarik nafas. minum air...istighfar banyak2...

rohaadam said...

memang boleh mendatangkan marah tu :-) agaknya memang xder perasaan org tu .

Liza @ Adzriel AB said...

rohaadam : mungkin kalau kena pada dia baru terasa agaknya.

LilyGrynn said...

Masalah negaranya sekarang, org yg selalu buat mcm tu, tak rasa bersalah langsung. Kita yg kena ni pulak berpukal2 dapat dosa sbb tak tahan sabar!

Liza @ Adzriel AB said...

LilyGrynn ; lepas ni kena belajar minda tak berperasaan... nak elak dosa tak tahan sabar. adoi... boleh ke?