Monday, 7 February 2011
Mulut anda berbau? Spoil betul!
Zaman sekolah dulu aku terbaca satu cara nak check mulut kita ni berbau atau tak. Mudah saja! Ambil segelas air suam dan hembus ke dalamnya. Cuba cium, ada bau yang macam mana. Kalau segar je ...Alhamdulillah. Kalau rasa macam mual dan nak termuntah, elok cepat-cepat le pergi gosok gigi betul dan kumur le dengan listerin tu. Aku takut boleh spoil first date korang nanti. Muka cun, alamak! Ada bau... sendiri mau ingatlahkan.
Boleh juga test dengan hembus ke tapak tangan dan cium cepat-cepat. Ada bau tak?
Hati-hati bila rakan anda tiba-tiba nak bagi gula-gula berangin atau chewing gum macam 'Dentin' tu kerana mungkin ada dua kemungkinan. Sama ada dia memang saja nak bagi atau tak selesa sebab mulut anda berbau. So janganlah nak menolak pulakkan. Ambil je gula-gula tu! Tak kiralah sama ada anda rasa mulut anda berbau atau tidak.
Ada tak rakan-rakan anda memalingkan muka atau menjarakkan diri bila bercakap dengan anda? Itu mungkin juga tahap bau mulut anda agak melampau. Mungkin juga ada yang malu bertentang mata... he..he.. itu saham tinggi namanya.
Orang kata pemakananpun kena jaga juga ; jangan makan yang makanan yang berempah banyak sangat. Iye ke? Kalau aku ni main bedal je! Tapi ok je..(perasan bagus)!
Aku tak tahu sangat apa penyebabnya. Cuma aku nasihatkan rajin-rajinlah pergi jumpa doktor gigi. Check mana-mana gigi yang berlubang atau mungkin ada masalah gusi. Kadang-kadang ada makanan yang terselit di tempat-tempat yang sukar dicapai oleh berus gigi. Suruh guna flos tak nak pulak tu. Dah dewasa ni janganlah takut nak jumpa doktor gigi.
Ini ada petua sikit yang aku jumpa di Google search : Mulut Berbau? Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasinya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wah.. ada juga kaedah mcm tu untuk check nafas sendiri yer.. bagus juga tu.. kdg tu kita tak tahu kan. org nak menegur pun segan. Jadi beringat adalah lebih baik..
harap2 tak berbaulah.. he..he..
hanis : pakai lawa2, tiba2 ada bau lak... kena pulak yg mulut lepas tanya "apa yg bau busuk ni!" rupanya depan mata je...parah!
salam kenal,
hembus ke air suam ..
ini baru tahu cara tu..hihi
FLW U..112 ^__^
Ati Masrif : dah test dah? alhamdulillah ok je kan.
ada jugak org ckp, mslh digestion pn punca mulot berbau..mmg kena jg pemakanan =)
so far dak encem x pernah komplen lg psl bau mulot..hikss..xbest wooo klu kena tegur mulut berbau kn =_=
YanaMIB : dak encem tak leh komplen laa.. nanti rugi..he..he..
cuba check lepas bgun tido..wahaha.
saya baru perasan, blog saya tersenarai dalam list blog minda. sangat2 terharu..terima tak terhingga ya :)
hafzan : itu confirmlah ada bau. lama dah list tu. sejakku memfollow mu lagi.. *(^_^)*
tol tu kak..ada kwn tu bau mulut dia alamakkkk xtau nak bgtau dia mcm mana..kang takut terasa..deela kalo depan dia tarik nafas dlm2.. :D
Meh singgah: 070211 Happy Besdayy!!
deela : kalau ada plan nak jumpa dia, siap sedia dgn chewing gum. Deela makan dulu, lepas tu hulur satu kat dia "nah!" deela borak je selamba dgn dia. biasanya akak jarakkan diri.
Post a Comment