iklan

Followers

Pages

Friday 4 May 2012

Bila aku nak buat sales ni?

Ini pun selalu juga buat aku sibuk.. he..he..
Sibuknya.... dah 2-3 hari aku tak bekerja dek kerana sibuk hal anak-anak. Kena pulak dah 2 hari hubby outstation, memang kalutlah aku dibuatnya nak hantar 4 orang anak ke 3 sekolah berbeza dan si kecil ke rumah pengasuhnya. Pukul 6.40 dah kena keluar rumah, itu pun dah kira lewat. Pagi-pagi dah merempit.

Bila dikirakan minggu depan pun aku ada hari Jumaat saja untuk bekerja sebab uruskan hal mak aku yang nak balik ke Jengka dari 7 hingga 9 Mei 2012. 8 Mei ada pengumuman 'durian runtuh' untuk para peneroka Felda di Jengka 8 rasanya. Berapa banyak rezeki tu, kena tunggu 8 Mei le. Kemudian 10 Mei pulak ada training di Public Mutual, Bangsar. Seharian juga kat situ.

Risau jugakan kalau tak ada pergi kerja buat sales, maka target tertentu tu lambat le nak capai. He..he.. apa target tu? Target nak pi jalan-jalan je, vacation yang Public Mutual tawarkan.

Tapi jika aku fikir-fikirkan semula, kerja aku tertunda sebab buat perkara-perkara untuk anak-anak, untuk mak aku. Bukanlah perkara-perkara yang mengarut. Perkara yang memang patut aku berikan perhatian dan memang tanggungjawab aku juga. Syukur juga waktu kerja aku fleksibel, jadi boss pada diri sendiri. Tak perlu nak apply cuti, nak risau tak boleh cuti. Sendiri yang tentukan.

Apa kerja aku? Boleh rujuk SINI.

Mungkin 2-3 hari ini bukan rezeki aku untuk buat sales, tapi mungkin ada sesuatu yang lebih baik telah Allah tentukan untuk kita seperti yang pernah aku ceritakan di SINI. Rezeki yang aku tak sangka-sangka yang turut mengingatkan aku agar bersikap positif. Siapalah kita nak melawan takdir Allah, hanya berusahalah dan bertawakal.

p/s : Syukur bila sales online untuk jamu-jamu aku dari blog Adzrien Shoppe semakin meningkat. Semakin ramai yang jadi repeat customer.

3 comments:

-Sara- said...

gud luck kak! usaha tangga kejayaan! ;)

Cik mama said...

gud luck... cik mama klu sale ni tak reti laaa,

http://pinkpurplemerah.blogspot.com/

Norfaizah said...

Salam perkenalan..nampaknya kita dlm bidang yg sama..tapi akk x brape aktive la..nak minta tunjuk ajar dan ilmu sikit boleh...